MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

JEJAK HANG TUAH DIBUMI TEMASIK “WARISAN BANGSA MENGUKUH UKHUWAH”

0











JEJAK HANG TUAH DIBUMI TEMASIK
“WARISAN BANGSA MENGUKUH UKHUWAH”

 ANJURAN

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

DENGAN KERJASAMA

KERAJAAN NEGERI MELAKA
SKRETERIAT DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA
PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA



KETUA DELIGASI

YB DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
TIMBALAN EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA


TARIKH

17,18,19 APRIL 2015

DIRASMIKAN OLEH

Y.A.B DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON
KETUA MENTERI MELAKA




PENDAHULUAN

Warisan adalah wadah penyatuan bangsa.Warisan seni silat adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Dengan kesedaran itu kami Biro Kebudayaan dan Keseniaan UMNO Bahagian Alor Gajah bersama-sama pertubuhan persilatan yang bernaung di bawah kami bersetuju mengadakan  bagi membina semangat nasionalisme dan patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang berdaulat ini merentasi Nusantara dan kali ini kami memilih singapura untuk berkongsi pengalaman hidup dan berguna demi survival bangsa Melayu ini.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

ANJURAN
BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

DENGAN KERJASAMA
KERAJAAN NEGERI MELAKA
SKRETERIAT DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA
PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA

KETUA DELIGASI
YB DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
TIMBALAN EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA

TARIKH
17,18,19 APRIL 2015

DIRASMIKAN OLEH
Y.A.B DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON
KETUA MENTERI MELAKA
ATURCARA
17.4.2014 (JUMAAT)

Petang
2.00             - Berkumpul di Audoturium Seri Negeri
3.00             - Ketibaan Tetamu VIP
                             - YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar bin Atan
                             - YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol
                             - YB Senator Tan Sri Mohd Ali b Mohd Rustam
3.15             - Ketibaan YAB Datuk Seri Ir Haji Idris Haron Ketua Menteri Melaka
                   - Nyanyian Negaraku dan Melaka Maju Jaya
                   - Bacaan Doa
3.30             - Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah Abdol , Timbalan Exco Pembangunan
                     Belia dan Warisan Melaka merangkap Ketua Deligasi Ke Singapura
                   - Ucapan YB Datuk Wira Haji Abd Ghafaar Atan , Exco Kerajaan Negeri
                     Melaka , Merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
4.00             - Ucapan Perasmian YAB Datuk Seri Ir Haji Idris bin Haron
                   - Gimik Perasmian
4.30             - Jamuan Ringan
5.00             - Pelepasan Jejak Hang Tuah ke Temasik oleh YAB Datuk Seri
Malam
9.00             - Jamuan Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Johor di Johor Baharu
                   - Malam Kebudayaan bersama Negeri Johor
11.00            - Penginapan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor


18.4.2014 (SABTU)

Pagi
8.00             - Sarapan pagi
9.00             - Lawatan ke Istana Negeri Johor
9.30             - Taklimat Sejarah dan Pembentukan Negeri Johor
10.30            - Minum pagi
11.00            - Sessi bergambar
12.30            - Makan Tengahari
Petang
2.00             - Bertolak ke Singapura
3.00             - Lawatan Makam Habib Noh
                   - Lawatan ke Istana Kg Gelam
                   - Taklimat Sejarah dan Perjuangan Singapura
                   - Minum petang
Malam
7.00             - Makan malam
8.00             - Ketibaan tetamu Singapura dan Malaysia
8.30             - Ucapan Alu aluan dari Singapura
9.00             - Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah bte Abdol
9.30             - Persembahan Pencak Silat dan Kebudayaan dari Melaka
10.45            - Persembahan Pencak Silat dan Kebudayaan dari Singapura
11.30            - Selawat dan bersurai
11.45            - Bergerak ke Johor Baharu


19.4.2014 (AHAD)

Pagi
8.00             - Sarapan pagi
10.00            - Bertolak ke Melaka
ATURCARA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DARI MELAKA

Masa
Acara
Tindakan

9.30
Bacaan Utusan Ukhuwah dari YAB Ketua Menteri Melaka
YB Datuk Hajah Norpipah bte Abdol
9.45
Persembahan Pencak Silat dari Persatuan Seni Silat Kota Sendeng , Melaka
PSSKS
10.00
Epik Puteri Gunung Ledang
Pencak Silat Panji RIA Malaysia
Panji RIA Malaysia
10.30
Pencak Silat Chemande Gerak Sendi
Chemande Gerak Sendi

                         
  
I. PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.
  
IKHLAS DALAM PERJUANGAN,


DISEDIAKAN OLEH :


(SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB )
Pengerusi
Biro Kebudayaan dan Keseniaan UMNO
Bahagian Alor Gajah
Melaka
017-6876799


0 comments: