MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MAJLIS PENGUKUH UKHUWAH SILATURRAHIM PERPADUAN PERSAHABATAN PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA BULAN BINTANG DAN MATAHARI

0
MAJLIS PENGUKUH UKHUWAH SILATURRAHIM PERPADUAN PERSAHABATAN PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA BULAN BINTANG DAN MATAHARI


TARIKH
30 MEI 2015 (SABTU)

LOKASI
GELANGGANG SILAT RUMAH HANG TUAH
PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG MELAKA

A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.


SENARAI NAMA PASUKAN SILAT YANG MENYERTAI SETAKAT 27.5.2015


  1. PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , ASAHAN MELAKA
  2. PENCAK SENDENG SINGAPURA
  3. PERSATUAN SENI SILAT LINGKARAN KARET MELAKA
  4. PERSATUAN SENI SILAT MAKRIFATUBILLAH JOHOR
  5. PERSATUAN KUDA KEPANG SINGA BARONG
  6. PERSATUAN SENI SILAT SELIGI TUNGGAL
  7. PERSATUAN PUKULAN MERSING
  8. PERSATUAN SILAT CEKAK LANGKAH TIGA SEREMBAN
  9. PERSATUAN SENI SILAT HULUBALANG MELAKA
  10. PERSATUAN SENI SILAT PENDEKAR SILANG
  11. PERSATUAN WARISAN UTAG
  12. PERSATUAN SENI SILAT KUNCI MELAYU






0 comments: