SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi
menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
SOLAT QASAR
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat
Zuhur, Asar dan Isyak.
SYARAT-SYARAT SOLAT
QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat
tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan
pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي
فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat
Qasar kerana Allah Taala.
SOLAT JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn
syarat-syarat tertentu.
Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib
dan Isya’.
Solat Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK
TAQDIM – Menghimpunkan
2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar
dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram.
Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat
yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam
sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat
yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya)
kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama
(Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut
bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk
waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu... Jadi
amat wajarlah kita dahulukan solat(Zohor/Maghrib)
kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang... belum
masuk waktu.
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama,
tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan
rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang
kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku
pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan
kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara
kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana
keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda
solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.
Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh
azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana
mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah
keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah
syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya
Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah
TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan
solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin
sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama
itu sah.
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu
(Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat
yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat
Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي
فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ
لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat
dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3
rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah
Taala.
أُصَلِّي
فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4
rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam
waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam
waktu Asar.
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama
(Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama.
Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua
(Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh
itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
Cara melakukan solat JAMAK
TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’)
kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan
solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak
Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan
solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ
العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ
لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada
Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3
rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah
Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga
diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar
dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt
mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar
sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib
kekal 3 rakaat.
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar
dan Jamak.
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan
solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat
Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي
فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ
تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan
solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat
Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي
فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2
rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي
فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan
solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي
فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada
Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي
فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ
تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan
solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.