26.3.2016 - ALHAMDULILLAH SEMUGA DIPERMUDAHKAN ALLAH SEGALA URUSAN
0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
MAJLIS KHATAM TAPAK MERAH PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG NURZULFAKAR KAMPUNG ABBEY , MELAKA
TARIKH : 26.03.2016
MASA : 8.30 MALAM
LOKASI : GELANGGANG NURZULFAKAR , KG ABBEY
PERASMI : TUAN MOHD NIZAM BIN HAJI OMAR (TIMBALAN PRESIDEN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA)
KEHADIRAN : 24 PERGURUAN / WAKIL DAN SEKITAR 300 ORANG MENYAKSIKAN
PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG TELAH MENGDAKAN MAJLIS KHATAM TAPAK MERAH UNTUK GELANGGANG NURZULFAKAR KG ABBEY JUGA DISERTAI GELANGGANG DURIAN TUNGGAL MELAKA.
SERAMAI 14 ORANG TELAH BERJAYA MELEPASI SILIBUS PERGURUAN UNTUK KHATAM TAPAK MERAH SETELAH MEREKA KHATAM TAPAK HIJAU(ASAS) PADA TAHUN 2014.
UNTUK KHATAM TAPAK MERAH MEREKA PERLU MAHIR 21 GERAKAN PUKULAN DARI SEGI KETEPATAN , GAYANG , SENDENG , RUMAH PUKULAN/SASARAN DAN SENI. MEREKA HARUS MENGUSAI PUKULAN TERSEBUT SEBELUM MELALUI PERUJIAN PERTAMA DAN KEDUA.
MAJLIS KHATAM TELAH DIADAKAN SECARA GOTONG ROYONG DENGAN PENDUDUK SETEMPAT. BERMULA DENGAN PERSIAPAN TEMPAT SEHINGGALAH BERGOTONG ROYONG MEMASAK.
TUAN GURU UTAMA RAHMAN BIN HAMID
SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PESILAT YANG BERJAYA KHATAM TAPAK MERAH DAN INI ADALAH SATU PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN SELEPAS MEREKA MELALUI PELBAGAI UJIAN DAN CABARAN UNTUK DIIJAZAHKAN TAPAK MERAH. WARISAN PERSILATAN BANGSA INI HARUS DITERUSKAN SEHINGGA PESILAT ITU MAMPU MENGAJAR SILAT KEPADA ORANG LAIN. DENGAN CARA INI SILAT TIDAK AKAN TERHENTI ATAU TERPUTUS DARI DITELAN ZAMAN.
TUAN MOHD NIZAM BIN HAJI OMAR (PERASMI)
SAYA MENYOKONG PENUH AKTIVITI PERSILATAN INI KERANA DENGAN CARA INI BOLEH MENDISPLIN REMAJA DAN MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI. PERSILATAN MEMBERI KEYAKINAN DAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MEMPELAJARINYA KERANA KITA SEMUA MAKLUM BELIA HARI INI ADALAH PENENTU KEMPIPINAN MASA DEPAN NEGARA. DAN DARI ITU KITA HARUS MEMPERSIAPKAN BELIA HARI INI DENGAN SECUKUPNYA DAN MODAL INSAN YANG SEIMBANG SUPAYA DAPAT MELAHIRKAN BARISAN WARGANEGARA DAN PEMIMPIN YANG BERKUALITI DAN BERIMAN.
SETIAP WAKIL GURU/PERGURUAN MENERIMA CENDERAMATA DARI GELANGGANG NURZULFAKAR SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN.
GELANGGANG NURZULFAKAR KG ABBEY TELAH DIPIMPIN OLEH CIKGU SUHAIZAN HAJI NOH YANG MERUPAKAN JURULATIH PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG DAN SETIAUSAHA PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG , MELAKA.
SUHAIZAN HAJI NOH
017-6876799