8.1.2017 Hiking ke Lampong Jatuh , Gunung Ledang Asahan
3
Assallammualaikum dan salam perjuangan.
Lampong Jatuh adalah salah satu kawasan air terjun yang cantik dan masih asli lagi di Gunung Ledang. Kedudukan Lampong Jatuh adalah di sebelah Asahan. Untuk menuju ke lampong jatuh perlu hiking bermula dari Kolam Air Asahan.
Perjalanan kami bermula dari lokasi masing masing dengan berkenderaan motorsikal kecuali sdr Azlan yang menaiki keretanya. semua kenderaan akan diletakkan di kolam air dan hiking pun bermula. Hiking ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bersantai atau bersahaja.
Tidak dinafikan keadaan flora dan fauna masih lagi asli dikiri kanan jalan denai yang kami lalui.dan kami amat teruja dan amat gembira dengan perjalanan yang santai dan rehat...
setelah 35 minit berjalan kita akan berjumpa dengan kolam Y iaitu kawasan yang akan memisahkan 2 jeram...keadaan amat asli dengan udara yang segar dan bersih..berehat sebentar sambil mengambil gambar selfie atau bersama dengan rakan rakan yang lain.
hiking kami diteruskan dengan jalan yang agak mencabar dengan suasana mendaki.perjalanan diteruskan sehingga berjumpa dengan lampung jatuh tempat yang dituju...
Alhamdulillah suasana amat segar dan asli.....syukur..