MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

24/7/2017 - KEHIDUPAN YANG PENUH SUKA DUKA

0
 
 
Assallammualaikum dan salam perjuangan
 
Sudah lama rasanya tidak menulis dan update dalam BlogSpot ini..mmm mungkin juga sibuk , atau mungkin juga buat buat sibuk ataupun dah muak menulis atau share dalam BlogSpot ini..
Namun saya tak nafikan...banyak sejarah sejarah besar yang berlaku sejak penghujung bulan mac hinggalah ke hari ini..
 
Kenangan dan sejarah kehidupan yang tidak mungkin akan dilupakan dan semuanya itu mempunyai pelbagai cerita , emosi dan pelbagai criteria kehidupan yang tidak mungkin akan berulang kembali...
 
bermula dengan majlis kenduri akikah siddiq naufal , selepas itu kemenangan bersejarah sdr Nizam Omar menduduki jawatan presiden GB4B Malaysia , kejayaan mesyuarat Agung PSSKS yang dirasmikan oleh YAB KM Melaka di restoren Melayu Melaka.
 
dan berita sedih yang kekal sedih dalam lipatan sejarah hidup saya apabila insan yang banyak berjasa kepada saya dari saya sebesar tapak tangan hinggalah saya besar dewasa kini...orang yang saya panggil abah akhirnya dijemput Illahi dan takkan kembali selama lamanya ke pangkuan saya...detik ini amat sukar untuk saya lalui dan saya amat terasa kehilanggan seseorang yang memberi saya panduan , sokongan , dorongan dan segala galanya dalam hidup saya....
 
selepas kehilangan ayah saya...kehidupan amat rasa kehilngan hingga ramadhan dan syawal disambut amat sederhana...keperluan raya untuk anak anak sahaja...
 
baru baru inilah saya kembali menyertai persembahan dan himpunan persilatan kerana kaki ini masih lagi lemah untuk bergelanggang kerana rindu pada ayahanda tidak dapat disangkal lagi...
 
InsyaAllah..jika ada masa lagi saya akan berkongsi cerita di BlogSpot ini semuga menjadi tatapan dan penceritaan untuk tinggalan anak anak nanti..
 
YA Allah... Allahu Akbar..

0 comments: