KANDUNGAN
BIL
|
KANDUNGAN
|
MUKA
SURAT
|
1
|
Pendahuluan
|
3
|
2
|
Sorotan
Literatur
|
5
|
3
|
Pengaruh
Khurafat Dalam Persilatan Melayu
|
9
|
3.1
|
Menyebut
atau menyeru nama nama tertentu sebelum memulakan latihan
|
9
|
3.2
|
Memakai
wafak dan Azimat
|
10
|
3.3
|
Terdapat
mantera dibaca yang tidak tahu maknanya dan diselang seli dengan
ayat Al Quran
|
11
|
3.4
|
Amalan
Bertapa / bersedirian dengan amalan tertentu
|
12
|
3.5
|
Situasi
naik syeikh atau Isim
|
12
|
4
|
Kesimpulan
|
13
|
5
|
Rujukan
|
15
|
1.0
PENDAHULUAN
Apabila bercerita
tentang silat maka tidak akan lari dengan dua perkara yang telalu
sinonim dengan silat iaitu Sejarah Hang Tuah dan tentang kesaktian
keris senjata Melayu.Kini sejarah dan kebenaran Hang Tuah sedang
dirungkai walaupun dalam pelbagai versi namun kewujudan Hang Tuah
semakin dihampiri buktinya. Penyelidikan demi penyelidikan sentiasa
dijalankan dan kebanyakkan bukti bukti tersebut ditemui catatan di
luar negara seperti di Jepun , Goa India dan di Muzium Protugal.
KUALA
LUMPUR 4 Dis. – Surat tulisan Laksamana Hang Tuah kepada Maharaja
Ryukyu di Jepun pada abad ke-15 yang ditemui dalam dokumen rasmi
Rekidai Hoan membuktikan tokoh itu wujud dan bukan sekadar mitos
semata-mata.
Menurut
Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Dr. Hashim
Musa, surat itu ditulis oleh Hang Tuah bagi pihak Sultan Melaka,
Sultan Alauddin Riayat Shah. Katanya, beliau mendapati surat yang
bertarikh 11 April 1480 itu melalui kajian yang telah
dilakukannya bersama Pensyarah Kanan fakulti itu, Dr. Rohaidah
Kamaruddin di Ryukyu atau kini dikenali sebagai Okinawa baru-baru
ini. (Sumber : Utusan Online 05 Disember 2015)
Keris
juga kekal sebagai senjata Melayu yang kekal mistik disegelintir
pemikiran orang Melayu kerana keris sinonim dengan kuasa ,
kependekaran dan perubatan. Seorang pesilat akan sempurna bila
mempelajari ilmu keris lantas memiliki keris dan sentiasa mengkagumi
hang Tuah sebagai seorang Laksamana yang setia dan Hang Jebat yang
berani menegakkan kebenaran dan keadilan sejagat.
Sebenarnya
sudah lama dunia tahu berkaitan dengan penemuan sebilah keris purba
di sebuah kuil purba “Enkakuji Temple”di dasar lautan Pulau
Okinawa Jepun.Dunia juga sudah lama tahu tentang penemuan sebuah
piramid di dasar lautan Okinawa.Sudah sekian lama juga dunia tahu
gambar ukiran keris telah diabadikan di dinding candi borobudur yang
diberi nama Kujang itu.
The
Star : By : Devid rajah, OKINAWA: An ancient blade of a keris found
recently at the royal Enkakuji Temple grounds near the 15th century
Shurijo Castle might unravel the ties the Malay world had with these
southwestern islands of Japan. As the war-ravaged Enkakuji Temple was
being restored, construction workers stumbled upon a protruding
porcelain pot handle at a spot where offerings were made to the gods.
The ensuing archaeological dig unearthed nine other items, including
the wavy blade of a keris, foreign to this part of the world.
Star
Online, June 26, 2003
Terjemahan
: Pisau kuno iaitu
keris yang dijumpai di kawasan Kuil Enkakuji Diraja berusia abad
ke-15 Shurijo Castle mungkin mempunyai hubungan dengan Alam Melayu
dan dengan Pulau-pulau barat daya dari Jepun. Seperti Kuil Enkakuji
ini sedang dipulihkan, pekerja-pekerja binaan terjumpa di atas
pemegang periuk porselin protruding tempat di mana tawaran yang
dibuat untuk Tuhan-Tuhan. Informasi arkeologi yang berikutnya
membongkar sembilan item yang lain, termasuk sebilah keris yang
berkarat sebuah benda asing daripada dunia luar.(Sumber : Disesuaikan
dari Google Transletter)
The
blade measuring 22.1cm from the tip to hilt was found without the
handle and sheath, as the wooden parts had been destroyed.According
to the Okinawa Prefecture Archaeological Centre officials the blade
was found buried along with other items, including a clay plate with
carvings of a dragon shaped boat, a glazed pot, a gold-plated door
hinge and a metal door skirting. The castle restoration work started
in 1989 and the Shurijo Park was opened to public in 1992 while
restoration work at the temple is still ongoing. Star
Online, June 26, 2003
Terjemahan
: Bilah
yang berukuran 22.1cm dari hujung ke hilt dijumpai tanpa hulu dan
sarung Keris, kerana bahagian-bahagian kayu telah musnah. Menurut
Pegawai Pusat arkeologi Wilayah Okinawa bilah dijumpai ditanam
bersama-sama dengan perkara-perkara lain, termasuk pinggan tanah liat
dengan ukiran seekor naga berbentuk perahu, dalam periuk kaca, pintu
bersalut emas dan pintu logam. Kerja-kerja pemulihan kuil bermula
pada tahun 1989 dan Taman Shurijo telah dibuka kepada orang ramai
pada tahun 1992 manakala kerja-kerja pemulihan di tokong tersebut
masih berterusan.(Sumber
: Disesuaikan dari Google Transletter).
Di
dalam Al Quran juga ada menyebut berkaitan besi yang boleh memberi
menafaat kepada manusia seperti ayat berikut :- “..Dan
Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu)
dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan
rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha
kuat lagi maha Perkasa.”(Surah Al-hadid, ayat 25).
2.0
SOROTAN LITERATUR
2.1
Definasi Silat
Silat
: sj seni (permainan dsb) atau kepandaian berjuang dgn menggunakan
ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak;
jenis-jenisnya: ~ cekak, ~ gayung, ~ pulut; ahli ~ orang yg cekap
(mahir) tentang silat; bersilat bermain silat (pencak), berjuang dgn
silat: sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah
(kata) ki pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih
(berhelah); menyilat mengelak (pukulan, serangan, dll) dgn gerak
silat, menangkis; persilatan yg berkaitan dgn silat: gimnasium itu
akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat
yg menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn menguji
kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata); pesilat orang yg
bersilat: ~ sedang bersedia utk memulakan pertandingan. (Sumber :
Gerbang kata Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat
)
Pencak
silat atau silat adalah suatu seni bela diri tradisional asli dari
kepulauan Melayu yang
terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei Singapura, Filipina
selatan, dan Thailand selatan sesuai dengan penyebaran berbagai suku
bangsa Nusantara(melayu). Ada yang menganggarkan seni ini telah
berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan daripada generasi
kepada generasi. Dan dikenal luas sampai ke Serata
pelusuk Dunia.Mereka yang belajar silat digelar pesilat.sekarang di
negara Asia tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan
tersendiri.Dalam amalan sekarang, pegajar atau guru silat
digelar jurulatih dan seseorang yang mewarisi aliran sesuatu
perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini
menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya
sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang
kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah
diri.
Pada kali ini saya
mengambil contoh Silat Cekak Malaysia adalah salah satu persatuan
silat yang terbesar di Malaysia. Silat Cekak melalui pelbagai proses
pembaharuan dari awal penubuhan hinggalah berdiri sebaris dengan
persilatan yang ternama sekarang.
2.2 Contoh
Perkembangan Silat Cekak
Silat Cekak berasal
dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di
zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.Panglima Ismail, salah
seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang
batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini
kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah
mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari
Batu Kurau, Taiping sebagai'pemegang amanah'.
Panglima
Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu
berumur 20 tahun:"Jika
ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah
kaupulangkan kembali".Silat
ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji
Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan
Yahya Said. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat
ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi
kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan
1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie
Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah;
Silat Cekak berjaya
dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah
yang ditubuhkan pada Februari 1964. Kemudian pada 19 Ogos 1971,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM
Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni
Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana
ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin
Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.
Beliau telah
meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan
mengembangkan silat ini keseluruh negara selama 21
tahun.Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam
selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986.
Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau
di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji
Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk
pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.
Seterusnya hingga
sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang
di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan
di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia. (Sumber :
https://www.silatcekak.org.my).
2.3 Definasi
Khurafat
Khurafat pula
bermaksud menurut kamus Idris Al Marbawi ialah cerita karut marut.
Dari definasi yang diutarakan boleh disimpulkan khurafat ialah semua
cerita samada rekaan atau khayalan,ajaran ajaran , pantang larang ,
adat istiadat , ramalan ramalan , pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang dari ajaran Islam.(sumber : Garis Panduan Khurafat &
Azimat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cetakan 2008)
Firman Allah yang
bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya
dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48)
Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama
ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran
Islam. Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak
bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis;
cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan
kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam;
berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan
memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek
tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu
dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
Demikianlah antara
ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam,
memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia
masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam
kehidupan seharian.
Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti
kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan
sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang,kubur wali
keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti
adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada
waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
2.4
Kaitan Silat Dengan Khurafat
Namun
begitu silat tidak lari dikaitkan dengan pengaruh khurafat ataupun
amalan yang bertentangan dengan Islam ini kerana Silat telah wujud
sebelum kedatangan Islam di Nusantara lagi. Ini adalah kerana sebelum
kehadiran Islam di Nusantara masyarakat mengamalkan agama Animisme
iaitu penyembahan nenek moyang , patung dan alam semulajadi.Ini
secara tidak langsung akan mempengaruhi amalan dan ilmu persilatan
itu sendiri.
Menurut Setiausaha
Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia, Datuk Megat
Zulkarnain Omardin, dalam zaman teknologi masih wujud tanggapan
salah dalam amalan silat oleh segelintir individu dalam
masyarakat.“Betul tanggapan ini wujud dan ia secara tidak langsung
menjadi halangan kepada anak muda mendapat dorongan ibu bapa mereka
untuk menyertai pertubuhan silat. Justeru, tanggapan ini harus
diperbetulkan.“Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan pihak
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan membangkitkan isu ini dalam
pertemuan tersebut, ternyata mereka pun bersetuju tiada amalan
khurafat dalam silat sebagai seni mempertahankan diri. Kalau tidak,
masakan Perdana Menteri kita akan menyokong aktiviti silat,”
katanya.(Sumber : Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015)
Hal tersebut tidak
dinafikan Pengasas Pertubuhan Seni Penchak Melati Puteh, Muzafar
Shah Mustapha Kamil yang berkata, terdapat segelintir individu
masih mengamalkan perkara-perkara khurafat untuk menjadi kebal, kuat,
tangkas dan sebagainya.“Bila kita menyelusuri semula sejarah
kedatangan Islam di Tanah Melayu sekitar kurun ke-11 hingga ke-13,
silat telah pun wujud dan pengamalnya pada masa itu adalah orang
bukan Islam seperti Parameswara, Majapahit, Palembang dan
sebagainya.“Lantaran itu, amalan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
alam ghaib seperti bantuan jin dan syaitan untuk menjadi kebal,
hilang sekelip mata dan sebagainya sudah diamalkan sebelum kedatangan
Islam.“Sejak itu, ramai orang masih menganggap silat mempunyai
kaitan dengan ilmu-ilmu ghaib tersebut sedangkan, kita menuntut ilmu
berteraskan al-Quran dan Sunnah serta berharap keredaan Allah SWT,”
katanya.(Sumber : Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015)
Dalam pada itu,
Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Johor, Johari
Shuhadak berkata persepsi negatif masyarakat terhadap silat masih
ada.“Silat sebenarnya hanyalah ilmu mempertahankan diri dan amalan
khurafat pula bergantung kepada individu pesilat itu sendiri untuk
berdampingan dengan jin dan syaitan.“Tetapi, masyarakat perlu tahu
perbezaan antara amalan khurafat dan adat dalam ilmu silat. Ia sama
seperti penggunaan pulut kuning dalam meraikan sesuatu majlis.“Begitu
juga dalam amalan silat, seperti mandi limau. Ia hanyalah sebuah adat
dalam ilmu silat bertujuan meraikan ahli baharu.” jelasnya.(Sumber
: Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015)
Persekutuan Silat
Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengingatkan pertubuhan seni silat
Melayu supaya tidak mencampurkan unsur khurafat dalam amalan silat
masing-masing.Presidennya, Tan Sri Dr Mohd Ali Rustam, berkata PESAKA
menolak keahlian persatuan silat yang tidak bersandarkan tuntutan
Islam, termasuk menyeleweng menerusi amalan ilmu
hitam."Alhamdulillah, setakat ini tiada yang terbabit dengan
ajaran sesat atau khurafat. Semuanya mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah,
al-Quran dan hadis," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Presiden PESAKA Turun Gelanggang peringkat negeri di Universiti Sains
Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.(Sumber : Berita
Harian ,29 April 2016)
3.0
PENGARUH KHURAFAT DALAM PERSILATAN MELAYU
3.1
Menyembut atau menyeru nama nama tertentu sebelum memulakan latihan
Didapati
terdapat silat yang mengamalkan menyebut nama nama Syeikh yang telah
meninggal dunia untuk mendapatkan kekuatan atau hajat tertentu
sebelum memulakan latihan atau pun pertarungan. Selalunya para
pesilat tersebut akan membaca mentera tertentu dan memfidyahkan surah
Al Fatihah kepada arwah arwah Syeikh tertentu mengikut ajaran guru
masing masing untuk mendapat keberkatan arwah tersebut. Sebagai
contoh Syeikh Subhakhail , Syeikh Asif ibnu Burkhaya , Syeikh Siti
Jenar dan lain lain lagi. Selalunya menyeru atau menyebut nama Syeikh
ini akan berkait rapat dengan penjaga sesuatu hajat atau keperluan
kerana masing masing syeikh dipercayai menjaga sesuatu bahagian
seperti air , angin , tanah dan api. Seperti
hadis Nabi Muhamad SAW apabila meninggal sahaja manusia maka
terputuslah hubungan dengan dunia kerana yang meniggal dunia berada
di alam lain iaitu alam barzakh. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila
seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :
sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith
Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) .
3.2 Memakai Wafak
dan Azimat.
Ada di antara
persatuan silat yang memakai wafak atau azimat sebagai pelindung dan
juga mengikut hajat masing masing. Wafak ini ditulis oleh orang yang
mahir mengikut hajat dan kehendak sesorang persilat. Selalunya wafak
dan azimat ini digunakan sebagai pendinding diri dari serangan
kebatinan seperti ilmu sihir dan ganguan syaitan. Ada juga yang
menggunakan azimat ini untuk menampakkan diri digeruni dan sering
mendapat bantuan ghaib untuk memenagi sesuatu pertempuran.Wafak atau
azimat ini dipakai samada berbentuk baju , talipinggang,
rantai,diikat dikepala ataupun ditulis di badan si pemakai. Memakai
wafak dan azimat ini tertakluk kepada pantang larang tertentu seperti
tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas , lalu bawah ampaian ,
memakan makan yang bercucuk seperti satay atau ada yang tidak boleh
di bawa masuk ke rumah.
“Bahawasanya,
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka
sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya
ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Pemakaian
wafak ini boleh menyebabkan pergantungan kita selain dari Allah dan
ini boleh mendatangkan dosa syirik dan ini perlu diharamkan dan
ditegah penggunaannya sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al
Maidah Ayat 72 tersebut. Pengamalan pemakaian wafak ini banyak
diamalkan oleh Silat Melayu Lama dan telah terhapus dari masa
kesemasa hasil dari kesedaran yang telah dijalankan oleh pihak JAKIM
dan Jabatan Agama Negeri masing masing.
3.3 Terdapat mentera
dibaca yang tidak tahu maknanya dan diselang seli dengan ayat Al
Quran
Terdapat beberapa
patah mentera yang dibaca tetapi tidak tahu maknanya dan diselang
seli dengan ayat al Quran. Mantera tersebut dibaca yang menjadi
amalan kepada pesilat untuk mendapatkan kekuatan atau pun bantuan
ketika menghadapi saat pertempuran. Adakalanya mantera tersebut dalam
bahasa jawa lama dan bahasa melayu yang tidak difahami maksudnya.
Sebagai contoh salah satu mentera yang dibaca ialah “Akulah Harimau
Allah, Akulah Hulubalang Ali, Akulah yang memakai isim alam tunggal ,
yang tidak berlawanan dengan Lailahaillah Muhammadur Rasulullah”.
Mentera mentera ini mempunyai cara amalan tertentu mengikut aturan
yang ditetapkan oleh guru mereka masing masing. Aturan tersebut
adalah seperti mengamalkan selepas subuh atau maghrib atau pun ketika
bulan Muharram ataupun ketika bulan mengambang penuh. Ada juga amalan
hanya dilakukan di gunung gunung ataupun di pulau seperti di Gunung
Ledang ataupun di pulau besar. Kadangkala amalan ini beserta puasa di
siang hari ataupun puasa memutih mengikut amalan jawa lama. Bacaan
mantera yang tidak difahami ini boleh mendatangkan keraguan kepada
pesilat yang tidak memahami maksud dan makna tersiratnya. Pengamalan
mantera ini ada diamalkan dalam Pertubuhan Persaudaraan Al Maunah dan
persatuan ini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Tidak
dinafikan pengamalan ini ada juga diamalkan dalam persilatan lain
namun semakin terhapus dek kesedaran dan guru guru lama yang tidak
lagi mengajar kepada pelajar mereka. Sesungguhnya Allah memelihara Al
Quran dan menegahkan ayat al quran dari diubah dan ditambah tokok
untuk sesuatu perkara. Seperti dalam firmanNya ;
“Sesungguhnya
Kami-lah yang menurunkan Al-Qur`an, dan sesungguhnya Kami benar-benar
memeliharanya.” (Surah Al-Hijr:9)
“Bahawa
sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al Quran yang
mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan
dalam Kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan
oleh makhluk makhluk yang diakui bersih suci. Al Quran itu diturunkan
dari Allah Tuhan sekalian alam”(Surah Al Waaqi’ah, ayat: 77:80)
3.4 Amalan Bertapa /
Bersendirian dengan amalan tertentu.
Amalan bertapa atau
bersendirian di gunung ganag atau di gua gua adalah satu amalan biasa
dilakukan sebelum tamat peringkat tertentu dalam persilatan. Pesilat
tersebut akan diletakkan disatu tempat dalam kawasan gunung untuk
bertapa dengan mengamalkan amalan tertentu atau bacaan mentera secara
berulang ulang hingga satu tempoh masa yang ditetapkan. Setelah
melalui proses ini pesilat tersebut difahamkan akan mendapat sesuatu
kelebihan samada dari segi kekuatan fizikal ataupun bantuan ghaib
ketika pertempuran sebenar.Sebelum melalui amalan bertapa ini
seseorang pesilat tersebut perlu melalui proses pembelajaran
persilatan yang ketat supaya pesilat tersebut bersedia untuk
menghadapi dugaan dan cabaran ketika bertapa. Ketika bertapa pesilat
tersebut akan menjalani kehidupan yang serba ringkas samada berpuasa
ataupun hanya makan makanan tertentu. Tempoh pertapaan adalah
mengikut aturan yang telah disediakan guru mereka dan ini juga
bergantung kepada hajat dan matlamat pertapaan tersebut.Dimaklumkan
ketika bertapa pesilat tersebut akan mengalami beberapa perkara pelik
seperti bertemu dengan syeikh syeikh dan orang orang ghaib. Sekiranya
pesilat tersebut bernasib baik akan dihadiahkan barang barang hikmat
seperti keris , batu cincin atau sepersalina pakaian silat. Amat
khuatir jika kurang kefahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu ini akan
membabitkan kerosakkan akidah dan kepercayaan yang boleh mengundang
dosa syirik seperti firman Allah SWT ;
"Sesungguhnya
Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa
yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya.
Barangsiapa yang mempersekutukan Allah SWT, maka sesungguhnya ia
telah berbuat dosa besar." ( An-Nisa : 16) dan,
"..... dan
siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka
sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari
akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )
3.5 Situasi Naik
“Syeikh” Atau Isim
Terdapat berlakunya
situasi atau keadaan naik syeikh atau luar kawalan apabila sedang
melakukan latihan persilatan akibat daripada pengamalan ayat tertentu
ketika bersilat. Perkara ini sering berlaku apabila seorang pelajar
itu terlalu taksub dengan apa yang dipelajari hingga terlupa dengan
apa yang dilakukan ketika itu. Ini akan menyebabkan pesilat tersebut
akan memukul tanpa belas kasihan walaupun sahabat sendiri ketika
latihan. Apabila berlaku keadaan ini jurulatih akan menjampi pesilat
tersebut supaya sedar kembali seperti keadaan asal. Keadaan isim atau
naik syeikh ini berlaku apabila badan pengamal tersebut sakit terkena
pukulan ataupun keadaan marah yang menguasai dirinya. Pesilat
tersebut perlu dalam keadaan marah untuk mendapat situasi tersebut.
Apabila dalam keadaan isim atau naik syeikh pesilat itu akan dalam
keadaan sangat berani dan mendapat kekuatan yang luar biasa seolah
olah ada satu kuasa ghaib yang membantunya. Kelihatan apabila
pesilat naik isim seolah olah ada unsur jin dalam pergerakan mereka
dan keadaan ini adalah dilarang dalam ajaran Islam seperti firman
Allah SWT :
"Dan bahawa
sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka
menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin
72:6 )
4.0 KESIMPULAN
Sebagaimana yang
kita tahu , negara kita mempunyai beribu guru guru silat dengan
pelbagai nama persilatan yang wujud. Ini adalah kerana silat adalah
merupakan warisan bangsa Melayu dan seluruh kepulauan Nusantara. Epik
pertembungan di antara Hang Tuah dan Taming Sari pahlawan Jawa adalah
satu penceritaan tentang kemahiran bersilat di antara pendekar
tersebut. Walaupun berbeza negeri asal usul yang dipisahkan oleh
selat Melaka tetapi mereka tetap mengamalkan ilmu persilatan yang
menjadi benteng negara ketika itu di kepulauan nusantara. Apabila
kita bercerita tentang silat maka tidak lari dengan senjata Keris
walaupun bangsa Nusantara amat kaya dengan seni senjata lain seperti
kerambit , parang lading , tumbuk lada , rencong acheh , sundang dan
sebagainya namun keris ternyata mempunyai unsur mistik yang terkuat
dikalangan senjata yang lain. Keris dan persilatan ibarat isi dengan
kuku yang tidak boleh dipisahkan. Ternyata unsur unsur khurafat
sentiasa berlegar legar ditengah tengah pengamalan kedua kedua
perkara tersebut.
Kita sebagai pewaris
kelestarian warisan bangsa tidak seharusnya melupakan atau
mengabaikan silat untuk terus diamalkan oleh anak anak bangsa kerana
terlalu menyangka bahawa silat itu penuh dengan khurafat , syirik dan
tahyul. Kita juga tahu bahawa satu ketika dahulu bukan sahaja Empayar
Melaka tetapi empayar Majapahit dan kerajaan kerajaan lama yang
terdiri di kepulauan Nusantara adalah berteraskan kekuatan ekonomi ,
pentadbiran dan ketenteraan. Sudah pastinya kekuatan ketenteraan
adalah berasaskan dari ilmu seni beladiri ketika itu iaitu Seni Silat
, seni pertempuran dan kekuatan jati diri sesebuah bangsa.
Justeru itu pihak
kerajaan melalui agensi berwajib hendaklah turun padang membantu
memutihkan persatuan silat ini dari gejala gejala khurafat ini. Pihak
JAKIM juga telah menyediakan garis panduan berkaitan amalan khurafat
dan pihak persatuan silat perlu mengikuti garis panduan
tersebut.Namun hasil pemantauan dari kaca mata selaku pengamal
persilatan , rata rata Persatuan Silat Melayu sudah meninggalkan
amalan khurafat yang wujud di dalam perguruan masing masing sebagai
contoh mantera mantera telah di gantikan dengan doa doa yang
diamalkan oleh para nabi , amalan bertapa juga telah digantikan
dengan amalan berzikir mengikut sunnah nabi dan memisahkan antara
pelajaran persilatan dan amalan keagamaan kerana amalan keagamaan
hanya dipimpin oleh ustaz yang bertauliah oleh jabatan agama di
negeri masing-masing. Persatuan silat kini lebih kepada teknik
pukulan dan pertahanan juga kaedah kaedah teknik seni beladiri yang
menggunakan fizikal dan mental pesilat. Pengurusan persatuan silat
juga diperkasakan supaya silat kekal menjadi Warisan Negara Malaysia
kerana ada negara di Asia Tenggara ini cuba mendakwa silat adalah
warisan negara meraka. Kementerian yang berkaitan perlu memandang
perkara ini dengan terperinci supaya silat dan persatuan silat di
negara kita akan terus survival dan berdaya saing tinggi untuk
merentasi arus digital dunia tanpa sempadan dan menjadi pemangkin
kepada jatidiri bangsa merdeka. Ayuh! Jom belajar silat.
5.0
RUJUKAN
Sumber
: Gerbang kata Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi
Keempat
-
Sumber
: Berita Harian ,29 April 2016
Sumber
: Utusan Malaysia ,7hb Februari 2015
Sumber
lisan : Tuan Guru Rahman bin Hamid dan Tuan Guru Sham bin Abd
Rahman
Sumber
: Utusan Online 05 Disember 2015
Star
Online, June 26, 2003