MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

10-11/2/2017 - HARI BELIA 4B MALAYSIA

0


 Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah syukor kepada Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama dalam sebuah program yang baik dan berprestasi tinggi. Saya mewakili kontigen GB4B Melaka mengucapkan syabas dan tahniah kepada GB4B Malaysia kerana berjaya mengadakan Hari Belia 4B dan Sukan Muhibbah 2018. 


Program ini berlangsung 2 hari 1 Malam pada 10-11 / 2 /2018 yang diadakan di Banghuris Homestay , Sepang Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YAB DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang kita cintai.


Program ini telah berjaya menarik peseerta seramai 30,000 orang daripada seluruh pelusuk tanahair. Tahniah diucapkan kepada Sdr Nizam Omar Presiden GB4B Malaysia kerana mempunyai komitmen dan semangat tinggi untuk merealisasikan program ini setelah 13 tahun tidak diadakan.
Ini adalah merupakan Hari 4B dan menjadi kenangan manis kepada semua kepimpinan 4B untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.


Kami sentiasa doakan agar program ini akan berterusan dan terus mendapat bantuan dan sokongan semua pihak untuk kejayaan kita bersama.
TAHNIAH

BERGERAK!!!!!!



#support4B

SUHAIZAN HAJI NOH
Ketua Kontigen Merangkap ,
Setiausaha Kehormat GB4B Melaka

0 comments: