MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

AUDIT MENGEJUT BANGUNAN / ASET MPJ - HOTEL / RUMAH REHAT MPJ

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada hari ini saya bersama team audit memeriksa bangunan dan asset di Hotel milik MPJ yang telah disewa oleh penyewa yang menguruskan golf di sebelah hotel tersebut. Dulu hotel ini dikenali dengan Hotel Alamanda dan kini telah bertukar wajah dan dinamakan Hotel Herritage Jasin..


Hotel ini mempunyai 20 bilik dengan 3 jenis bilik ++ bilik vip dan mampu menyediakan bilik yang selesa , bersih dan kemas.


Hotel ini diuruskan oleh En Ruben dari Syarikat Jeram dan kami dimaklumkan mereka telah menghabiskan hampir RM 200k untuk menjenamakan kembali hotel tersebut supaya standing dan sebaris dengan hotel2 yang lain..


Hasil pemerhatian saya Hotel Herritage Jasin ini bertambah cantik , selesa dan bersih. Dan sewajarnya menjadi kebanggaan Majlis Perbandaran Jasin.. Penyewa ini sememangnya mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan hotel ini terus anggun dan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung2nya.




0 comments: