Pencak silat atau silat adalah suatu seni bela diri
tradisional asli dari Nusantara sesuai dengan penyebaran berbagai suku
bangsa Nusantara (jawa-melayu). Istilah "pencak" yang digunakan dalam
bahasa Jawa dan "silat" Dari kata bahasa Melayu. Yang tercipta dari
Kerajaan Majapahit dan Srivijaya. Ada yang menganggarkan seni ini telah
berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan daripada generasi kepada
generasi. Dan dikenal luas sampai ke Serata pelusuk
Dunia. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.sekarang di negara Asia
tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan tersendiri.
Dalam amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih
dan seseorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama
aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana
bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini
menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan
kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama
berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan
kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada antaranya mewarisi
beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat
dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar
pendekar.
Antara senjata jawa-melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong,tombak,cindai,kapak,sabit dan sundang.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan
perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara
amnya, sesebuah aliran silat yang mengajar kedua-dua kemahiran dan
aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit.
Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada
kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi
sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai
adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata,
terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'resmi' bagi
aliran itu.
Pergerakan silat terbagi kepada bunga yang sesetengah perguruan
menganggapnya sebagai (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni
atau tari) tapi sebenarnya ia adalah langkah untuk memusatkan
tenaga/mengumpul tenaga atas tubuh badan seorang pesilat dan buah
(pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni
pertahanan diri ini, ia barangkali kelihatan seperti sejenis tarian.
Namun, terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan
Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan
sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap
aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai
bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan
aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan
langkah daripada tari sembah atau sejurus daripada bunga yang
diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan
memungkinkan keadaan berakhir dengan perdamaian dan bermaaf-maafan.
Telah terjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh
guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat.
Selain kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di
atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan
untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan
bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan
sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga
sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk
memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga
yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja
memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba
melepaskan diri, yang mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk
perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam
kuncian pesilat aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak
menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh.
Istilah 'kunci mati' bersinonim dengan silat.