MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PENCAK SILAT DI NUSANTARA

0


Pencak silat atau silat adalah suatu seni bela diri tradisional asli dari Nusantara sesuai dengan penyebaran berbagai suku bangsa Nusantara (jawa-melayu). Istilah "pencak" yang digunakan dalam bahasa Jawa dan "silat" Dari kata bahasa Melayu. Yang tercipta dari Kerajaan Majapahit dan Srivijaya. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan daripada generasi kepada generasi. Dan dikenal luas sampai ke Serata pelusuk Dunia. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.sekarang di negara Asia tenggara sudah memiliki aliran atau perguruan tersendiri. 


Dalam amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seseorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelar pendekar. 


Antara senjata jawa-melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong,tombak,cindai,kapak,sabit dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara amnya, sesebuah aliran silat yang mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'resmi' bagi aliran itu. 


Pergerakan silat terbagi kepada bunga yang sesetengah perguruan menganggapnya sebagai (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) tapi sebenarnya ia adalah langkah untuk memusatkan tenaga/mengumpul tenaga atas tubuh badan seorang pesilat dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, ia barangkali kelihatan seperti sejenis tarian. Namun, terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah daripada tari sembah atau sejurus daripada bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan keadaan berakhir dengan perdamaian dan bermaaf-maafan. 


Telah terjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, yang mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini. 


Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' bersinonim dengan silat. 


0 comments: