MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERWIRA NEGARA YANG GUGUR DI SEMPORNA SABAH

0

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara :

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

JAWAPAN LOKMAN ADAM SEBAGAI PENASIHAT SULTAN SULU

0

Jawapan Bro Lokman Adam Terhadap Kenyataan Pihak Pembangkang Mengenai Beliau Yang Menjadi Penasihat Kesultanan Sulu :

Penasihat Sultan Sulu (1)

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka. 

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah. Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013

GOTONG ROYONG PEMASANGAN BANDERA BN

0

salam perjuangan
tahniah kpd sahabat pemuda Umno yang bertungkus lumus memasang bendera di sekitar pejabat UMNO Bhgn Alor Gajah semalam.ini membuktikan komitmen dan moral yang tinggi utk menghadapi pru 13 kelak..walaupun tidak mendapat upah sebagaimana andaian sesetengah pihak tetapi pemuda umno telah berjaya menghias bangunan umno di selandar ini dengn benderan BN dengan indah dan teratur..
dan ini telah berjaya menenggelamkan bendera Pas pkr dan dap yang cuba dipasang dibangunan umno tersebut.perbuatan biadap parti pembangkang ini yg memasang bendera mereka disekitar bangunan umno telah dibalas dgn menenggelamkan bendera mereka yg langsung tidak berguna dan senantisa menabur fitnah..
tahniah pemuda BN parlimeb Alor Gajah

perjuangan UMNO membela Agama Bangsa Negara
ikhlas dalam perjuangan
BN menang besar PRU 13

PEMUDA UMNO DUN ASAHAN SEDIA HADAPI PRU

0

Tahniah dan syabas kepada sahabat yg sama sama dlm prog ronda ronda pdm di dun Asahan.sebanyak 20 buah motorsikal dlm short notis berjaya dikumpulkan utk sama sama santai ronda ronda pdm di dun Asahan.
dalam program tersebut kami menyerahkan bandera BN gergasi utk setiap 11 pdm di dun asahan.
ini juga merupakan proses perkenalan dan utk membiasakan pemuda dgn pdm di dun asahan..
tahniah sahabat semua dan terimaksih kpd wakil pdm yg menanti kehadiran kami..
Kami bersedia utk PRU ini..
BN Menang Besar!!!!!