MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MALAM PENDEKAR MUDA MELAKA 2016 di STADIUM JASIN

0










ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH , TELAH SELESAI PERHIMPUNAN PENDEKAR MUDA MELAKA 2016 YANG TELAH DIADAKAN DISTADIUM JASIN PADA 23.102016 JAM 9.00 MALAM.
TERIMAKASIH KEPADA UNIT SAHABAT BELIA JABATAN KETUA MENTERI DAN YB DATUK WIRA HAJI GHAZALE BIN MUHAMAD DAN JUGA PESAKA MELAKA.
SEMUGA USAHA MURNI INI AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN KEBERKATAN DARI NYA.

PESERTA

1) Cekak Malaysia - 90 org
2) kota sendeng - 20 org
3) Setiabakti - 3 org
4) 3 serangkai - 12 orng
5) p,panca gerak sejati malaysia - 4 org
6) Abdul munir bin Abd karim 
persatuan Seni silat gerak lincah
7) Gayug Fatani -50 Org
8) Warisan UTAG - 5 orang
9) Warisan Sendeng - 42 org
10) Persatuan Seni Silat Hulubalang Melaka - 25
11) Lingkaran Karet -17
12) Cekak Harimau - 80 org
13) Harimau Bentara Garang - 10 org
14) Pertubuhan Seni Silat Helang Putih Malaysia - 14 org
15) Seni Silat Melayu Keris Lok 9 - 3 org
16) Seligi Tunggal - 4 org
17) Mohd Idrus - Silat Berembang 3 orang
18) Silat Sendeng Bakri Muar - 8 org
19) Pertubuhan Seni Bela Diri Gerak Ilham Malaysia - 10 orang
20) Persatuan Seni Silat Tongkat - 10 Orang
21) Warisan Tanah Berada - 20 orang
22) warisan gendang wirma sari- 5org

23) Persaudaraan Cahaya D'Lima - 5 orang
24) Persatuan Seni Silat Hamboran Rimou Puteh - 5 orang 

0
Assallammualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah sudah lama tidak menulis atau memaparkan sesuatu dalam weblogs ini..adalah kerana tidak mempunyai kemudahan internet yang baik dan juga mungkin kerana masa yang membataskan segalanya..

pelbagai cerita dan memories yangberlaku sehingga hari ini dan ada yang menjadi kenangan manis dan ada yang menjadi kenangan pahit...mmmmm kenangan pahit ya..tercari cari juga mana yang dinamakan kenangan pahit...

apapun yang pahit namun ku telan akan menjadi manis..kerana jangan sekali kali kita mensiasiakan kehidupan kita dan jangan kita menjadikan kehidupan kita medan kekecewaan.

Sesungguhnya yakinlah apa yang berlaku dalam hidup kita adalah takdirNya. dan perancangan dari Allah adalah Maha Besar dari segalanya..
Semuga Allah melindungi kehidupan kita dimuka bumi yang fana' ini..

Allahu Akbar

Allahu Haq

Walilla ilham....


SUHAIZAN HAJI NOH

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPADAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS BILANGAN 42

0




Mesyuarat Agung PIBG SK Nyalas Kali ke 42 telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Abd Ghafaar Atan.
YB Datuk Wira telah melancarkan sarana ibu bapa iaitu sarana Karisma dimana setiap murid lelaki akan dibekalkan dengan tali leher supaya lebih berketerampilan dan kemas.

Suhaizan Haji Noh - YDP PIBG SK Nyalas
Pada tahun ini PIBG SK Nyalas telah merangka 3 jenis sarana ibubapa iaitu sarana Warisan dengan membuka kelas latihan silat dan telah berjalan selama 2 bulan. sarana 1 keluarga 1 sejadah untuk disumbangkan kepadasurau sk nyalas dan sarana karisma iaitu pembekalan tali leher kepada pelajar pelajar lelaki
sarana ini diwujudkan untuk membantu pihak guru dan sekolah dalam mengurus tadbir dengan lancar dan berkesan

Cikgu Mohd Nizam bin Abd Aziz - Guru Besar SK Nyalas
SK Nyalas mensasarkan pelajar cemerlang untuk peperiksaan UPSR kali ini dengan memberi peningkatan dari tahun lepas. pihak sekolah sentiasa memantau pencapaian pendidikan murid murid supaya berdaya maju dan saing. SK Nyalas senstiasa memantau kebajikan murid murid sekolah, Mengucapkan terimakasih kepada PIBG kerana sentiasa membantu pihak sekolah dan sama sama memastikan anak anak terus cemerlang.

YB Datuk Wira Abd Ghafaar Atan
mengucapkan terimakasih kerana menjemput beliau merasmikan mesyuarat dan tahniah kepada pibg kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung.
mengharapkan agar pihak sekolah terus meningkatkan mutu pendidikan anak anak sekolah dan mendapat keputusan yang terbaik dalam upsr dan kokurikulum.
menggesa pihak sekolah terus bekerja kuat sambil dibantu oleh pibg supaya memastikan anak anak murid mendapat pendidikan yang sempurna kerna itu akan menjamin masa depan yang baik dan gemilang.

DOKUMENTARI SILAT

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH KEPADA PELAJAR UITM YANG MENJADIKAN SILAT SEBAGAI BAHAN DOKUMENTARI MEREKA

ALHAMDULILLAH
TAHNIAH