MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MESYUARAT PEMILIHAN IMAM PSSKS

0
salam
dimaklumkan pada 7 januari 2009 ini akan diadakan mesyuarat pemilihan imam perguruan seni silat kota sendeng di rumah Tuan Guru Abdul Rahman b Hamid di Asahan.mesyuarat ini akan dihadiri oleh pembantu jurulatih dan jurulatih tetap disamping ahli biasa tapak merah dan hijau sebagai pemerhati.pemilihan imam dikalangan kami adalah bertepatan dengan matlamat perguruan ini.menjadikan ajaran Islam dan ilmu tarikat yang kami amalkan sebagai tunjang kepada kehidupan seharian..ciri-ciri imam tersebut tentulah seorang lelaki / pemegang cula merah / hafal surah yaasin / mampu mambawa tahlil / doa selamat / berkarisma dan berwibawa dan mampu manjadi contoh dan tauladan dikalangan kami.kami mengakui tiada yang sempurna dikalangan insan namun apa yang kami perjuangkan dan harapkan adalah penghijrahan dari mazmumah kepada mahmudah..memang dijangka sekiranya mengikut tatasusila perguruan pastinya kita akan melantik pemegang selendang putih sebagai imam iaitu Jurulatih Encik Rostam bin Muahamd (LR) dari gelanggang Felda Bukit Senggeh.Beliau adalah murid yang lama bermula dari zaman Tuan Guru Sidek bin Jantan (LR).Kesetiaan dan kesungguhan beliau memang tiada tandingannya bagi memastikan kesinambungan ilmu pencak persilatan Kota Sendeng ini.Saya sebagai jurulatih muda bercula merah pastinya menyokong diatas perlantikan beliau sebagai imam bagi perguruan ini.
dan perlantikan imam ini akan dimasyhorkan semasa demontrasi pencak silat sambutan hol muharam di seri leka , sarang buaya semerah batu pahat johor pada 10 januari ini di rumah Allahyarham Haji Raden Ismail bin Raden Sanif induk Perkumpulan Silat Panji Malaysia.
Insya Allah.

ISLAM TINGGI MENJULANG

0 comments: