MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PROGRAM PERASMIAN SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

0





























 


DIRASMIKAN OLEH SAHIBUS SAMAHAH DATUK WIRA HAJI RASHID REDZA BIN HAJI MD SALLEH
KG ABBEY-

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Rashid Redza bin Hj Md Salleh malam tadi telah menyempurnakan nama baru bagi Surau Kampung Abbey iaitu Surau Al Abidin. Sebelum itu beliau telah menyampaikan ceramah dihadapan 300 orang jemaah sempena sambutan Maulidur Rasul bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah. 

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Lembaga Surau Kampung Abbey , dengan kerjasama JKKK kampung Abbey Pondok Batang , Gerakan Belia 4B dan Pergerakan Pemuda UMNO dan Persatuan Wanita Kampung Abbey Pondok Batang. Majlis Perbandaran Jasin dan Perpustam telah memperlengkapkan lojistik seperti rakaman , lcd dan layer juga aspek kebersihan , keceriaan dsb.


Majlis tersebut telah dihadiri Encik Halim bin Ahmad Pegawai Daerah Jasin , Encik Yusof bin Botak Penghulu DUN Asahan , Ustaz Khuzailan dari RKSK , dan Ustaz Haji Sidek bin Haji Raus dari JAIM.
Usli bin Abu (42) – Setiausaha Lembaga Surau Kampung Abbey



Kami mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya kami berjaya menamakan surau kampung ini dan lebih-lebih lagi disempurnakan oleh Tuan Mufti sendiri.Ini akan memberi semangat dan iltizam kepada barisan jawatankuasa untuk mempelbagaikan lagi aktiviti di surau ini bagi mengimarahkan surau ini yang nanti akan memberi berkat kepada penduduk kampung.
Walaupun hujan turun agak lebat pada malam itu namun tidak mematahkan semangat para hadiri untuk terus tekun mendengar ceramah dari tuan mufti.
 

Haji Noh bin Darmo (75) – Penduduk Kampung
Kami penduduk kampung ini merasa bangga kerana surau kami telah diberi nama dan disempurnakan oleh Datuk Mufti dan mengharapkan para belia , pemuda , wanita dan penduduk kampung meneruskan usaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti berteraskan keagamaan di kampung ini.

0 comments: