MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TERIMAKASIH PENGHULU DUN ASAHAN

0






PENGHULU YUSOF BERSAMA PENDUDUK
KG ABBEY BERGOTONG ROYONG

ASAHAN- Program gotong royong ini di adakan sebagai persiapan perasmian nama surau kampung Abbey dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung Abbey yang akan disempurnakan oleh SS Datuk Wira Haji Rashid Redza bin Hj Md Salleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Penghulu Yusuf bin Botak (Penghulu Dun Asahan) telah bersama-sama bergotong royong pada petang itu. Memasak juadah kari kambing , kari itik dan ayam masak kurma bersama nasi beriani.
Ulasan Penghulu
Semangat Gotong Royong perlu di semai bagi merapatkan ukhuwah dan silaturrahim dikalangan penduduk kampung.Usaha Lembaga Surau Kampung Abbey ini adalah satu usaha yang murni kerana aktiviti ini terbukti mampu menyatupadukan penduduk kampung. Program seperti ini seharusnya sentiasa diadakan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan penduduk kampung terkawal.
Ulasan Pengerusi Lembaga Surau – Haji Ali bin Soho
Kami mengucapkan ribuan terimakasih kerana kehadiran Datuk Penghulu dalam majlis gotong royong ini. Sokongan dari penduduk kampung dan Lembaga Surau Kampung Abbey juga dengan kehadiran Datuk Penghulu boleh menjamin kelancaran majlis pada petang ini. Kami juga akan sentiasa berusaha mengekalkan tradisi gotong royong ini untuk mengekalkan perpaduan kampung kami.






0 comments: