disini saya ambil intipati ucapan ds najib yang terbaik utk belia dan pemuda..
TALKING POINTS
YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA "100 HARI YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BERSAMA RAKYAT"
PADA 11HB JULAI 2009 (SABTU), JAM 10.35 PAGI
DI EXHIBITION HALL 2, LEVEL G
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE, (KLCC)
15. Baru-baru ini pula, demi untuk mencapai matlamat KPI tersebut dengan lebih berkesan saya telah menggariskan NKRA atau bidang-bidang keberhasilan utama nasional yang meliputi 6 lapangan:
i)
Mencegah Jenayahii) Memerangi Rasuah
iii)
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuaniv) Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
v) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
vi) Menambah baik Pengangkutan Awam sebagai jangka masa sederhana
4. Selain itu keempat, secara umumnya ke seluruh Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM 150 juta untuk skim TEKUN bagi faedah peniaga dan penjaja kecil. Manakala RM 15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda mereka.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
12. Perkara yang kedua belas berkaitan lesen memandu. Sesungguhnya generasi muda adalah taruhan masa depan negara. Kerajaan amat memahami bahawa generasi muda adalah generasi yang idealistik dan mempunyai aspirasi, citarasa serta gaya hidup yang tersendiri. Dunia mereka adalah dunia internet, hiburan dan bersosial sesama mereka di tempat-tempat yang popular. Ini termasuklah kemampuan untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Makanya, motosikal menjadi mod pengangkutan pilihan sebilangan besar anak muda.
Namun begitu, berdasarkan kepada maklumat jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), hanya 6 juta pemegang lesen memandu motosikal kelas B2 yakni 250cc ke bawah.Ini bermakna ramai yang menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Rata-rata terdiri dari anak muda yang berkapcai ke hulu dan ke hilir.
Masalahnya, saya dapati kos mendapatkan lesen memandu adalah tinggi iaitu di antara RM500 sehingga RM700. Sehubungan ini, sebagai kerajaan yang memahami naluri anak muda, kita memutuskan untuk membantu secara keseluruhan pengguna motosikal mendapatkan lesen memandu mereka dengan mengurangkan kadar bayaran belajar dan kadar lesen memandu. Ini tidak akan menjejaskan kompitensi di mana ujian kelayakan masih lagi dikekalkan. Saya gembira, institut memandu menyambut baik hasrat kerajaan dan telah bersetuju
mengurangkan caj bayaran latihan kepada sebanyak RM211. Inisiatif baru ini akan berkuatkuasa
mulai 1 September 2009 sempena bulan kemerdekaan. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Amanah Saham Wawasan untuk golongan miskin di Bandar
13. Akhir sekali yang ketiga belas, dalam rangka untuk meratakan kemakmuran Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Skim Amanah Saham Wawasan terutamanya bagi golongan miskin tegar di bandar. Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak. Menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu "Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)”.
Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10billion unit tertakluk kepada permintaan semasa. Penubuhan tabung unit amanah baru pada ketika ini adalah sesuai selaras dengan jangkaan pemilihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang
jom belia dan pemuda kita rebut peluang ni..
tq ds Najib...