MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PAS - TIDAK PERLU BERSAMA DAP LAGI

0

Kerjasama Pas, DAP terbukti rapuh: Rais

KUALA LUMPUR: Kemelut politik pakatan pembangkang di Kedah dengan tindakan DAP negeri itu keluar daripada Pakatan Rakyat semalam sekali lagi membuktikan perbezaan dan ketidakmampuan mereka membina negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, perkembangan terbaru itu juga membuktikan pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh dan berasaskan kepada "kerjasama untuk mencapai kepentingan tertentu" serta tidak boleh lagi dipercayai rakyat.

"Saya sendiri berpendapat bahawa penarikan DAP ini menunjukkan pakatan itu tidak boleh kekal, kerana asas perjuangan mereka berbeda. DAP sertai pakatan pembangkang di Kedah kerana mereka mahu kuasa.

komen saya.....
PAS perlu kembali kepada perjuangan asal supaya lebih dihormati oleh rakan dan lawan.Siapalah DAP untuk membuat tawar menawar kepada PAS..baru pegang negeri sudah demand macam2..bayangkanlah kalau sudah memerintah negara?? Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudara ku

0 comments: