TAHNIAH MGBM & DATUK IR IDRIS HARON
0
misi kemanuasiaan dan program anak angkat MGBM di dabo singkep indonesia
BANYAK kawasan di Indonesia sudah dijejaki, tetapi perjalanan kali ini ke bumi Dabo Singkep, Kabupaten Lingga, Propinsi Kepulauan Riau, Indonesia cukup berbeza.
Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke situ, terasa seolah-olah berada di bumi sendiri, masyarakatnya, pertuturan, bahasa dan budayanya sama. Mereka bertutur bahasa Melayu Riau, lebih tepat jika dikatakan sama ketika berada di Melaka atau Johor. Apa yang pasti, peluang menyertai Program Perkampungan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) cukup bermakna dalam usaha menjejak salasilah Melayu di nusantara dan pastinya ia mampu mengukuh serta mengeratkan hubungan kedua-dua negara.
Program itu diadakan serentak dengan Program Bakti Sosial Pembedahan Bibir Sumbing oleh sepasukan doktor Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan sokongan beberapa universiti dan jabatan lain termasuk Kementerian Kesihatan.