senang , mudah , rehat dan santai itulah yang dapat saya gambarkan
dengan kata-kata anak anak melayu kini..itulah kata kata yang dapat saya
gambarkan pesilat pesilat muda kini secara khususnya.mereka tidak perlu
bersengkang mata , tidak perlu mengeluarkan peluh yang banyak dan tak
perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan sesuatu apatahlagi ingin
mendapatkan bengkung , selendang dan sebagainya..ini menyebabkan mereka
seolah-olah tidak membezakan perjuangan ataupun mengisi masa terluang..
kerana
mudah inilah jua mereka sukar untuk menghargai perhubungan antara
sahabat yang sama sama berjuang menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang
kita inginkan.
adakah kerana tuntutan nafsu yang menggunung dan juga adakah kerana nama dan status yang mereka kejarkan..
segala
persoalan yang saya lontarkan adalah pertanyaan untuk diri saya
sendiri..guru hanya membimbing dengan ilmu yang haq dan suci sehingga
kita mencapai tahap yang mengikut kriteria dan silibus yang
disediakan..walaupun kita boleh menghafal dan menepatkan pukulan pada
tempat yang dikehendaki tapi adakah kita benar benar faham bahawa segala
perilaku itu adalah zahirnya tapi tepatkah hakikat kita dalam pukulan
itu..adakah yang sebenar benar guru itu yang bertinta hitam diatas
kertas putih yang dilakarkan..adakah guru itu yang menzahirkan suara
membimbing kita membetulkan segala pukulan..adakah dengan apa yang ada
kita miliki sekarang boleh menidakkan apa yang guru tegah dan kehendaki
atas dasar 'guru' itu manusia dan tidak Ma'som.? adakah semua manusia
itu sempurna dan adakah semua arahan guru perlu kita ikut.
dan
apabila kita berada di tahap yang hebat kita tidak perlu lagi bersama
dengan rakan-rakan yang sama jatuh bangun dengan kita untuk mengecapi
kejayaan dulu?
rakan sparring , partner latihan pukulan , sama
sama menghafal doa dan kitab...perlukah kita tinggalkan mereka hanya
kerana mereka tidak 'sekepala' atau sealiran dengan kita..pastinya semua
itu memerlukan pertimbangan dari seorang insan yang kenal dirinya dan
tahu asal usul dan kemana ia akan kembali..sekiranya jika ia masih
mengatakan bahawa dirinya yang berkata kata atau empunya diri maka
kesemua persoalan di atas tidak akan kita ketemu jawapan.
kerana
itu hidup di alam fana ini kita harus bahu membahu , membawa syariat
rasul dengan nyata , dengan nafas dan angin yang kita syukuri kita harus
sama sama memahami Persahabatan dan Perjuangan.
semuga perguruan
ini dan perguruan silat melayu yang lain akan kekal teguh dan utuh demi
perjuangan bersama sahabat untuk membela diri sendiri , keluarga , agama
Islam tercinta , bangsa melayu dan negara yang menjadi amanah kepada
kita..
Ya Allah Ya Rabbi kami meminta atas segala pinta , kami
memohon atas segala permohonan agar selamatkanlah kami atas keselamatan
kepada kami didunia sampai akhirat..
amin..
SUHAIZAN HAJI NOH
PSSKS Asahan Melaka