TAHNIAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
0
TAHNIAH KEPADA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KERANA MERAIKAN KEJAYAAN BERGANDA DI ATAS KEJAYAAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DAN PERHIMPUNAN AMAN DAMAI DAN TENTERAM SEMPENA PELANCARAN KELAB NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN EVOLUSI BELIA 4B DI ICITY SHAH ALAM SELANGOR.
PADA 8 JUN BERMULA JAM 5.00 PM MPAT GB4B KE 36 TELAH BERLANGSUNG DENGAN BAIK DI HOTEL GOLDCOURSE KLANG SELANGOR.MESYUARAT TELAH DIPENGERUSIKAN DENGAN BAIK DENGAN KEHADIRAN MEMNUHI KORUM MESYUARAT. TAHNIAH KEPADA AJK GB4B MALAYSIA DAN PERWAKILAN YANG MENUNJUKKAN KOMITMEN TINGGI DALAM MESYUARAT TERSEBUT. INI ADALAH SATU PETANDA BAHAWA GERAKAN BELIA 4B SEDANG MELALUI EVOLUSI BELIA YANG MENUJU PENYATUAN WALAUPUN MELALUI PELBAGAI BADAI DAN RINTANGAN.
USUL TELAH DIBACA DENGAN BAIK OLEH WAKIL DARI EXCO 4B MALAYSIA IAITU SDR ZAIDI MOHD YANG JUGA MERUPAKAN PENGERUSI 4B MASJID TANAH DAN SEKALI LAGI ORANG MELAKA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MEMBAWA USUL INI DI DALAM MESYUARAT.
PERBAHASAN DAN HUJAH DIBERIKAN SANGAT BERNAS DAN BAIK MENYENTUH PERANAN KBS DALAM MEMAJUKAN BELIA DAN KEMENTERIAN LAIN DALAM MENYAHUT CABARAN PM YANG MENGATAKAN BELIA ADALAH PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA. DALAM UCAPAN DASAR PRESIDEN JUGA ADA MENYENTUH TENTANG MENGEMBALIKAN RUH PERJUANGAN 4B TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI APABILA MENJAWAT JAWATAN TERTINGGI DALAM PERSATUAN BELIA 4B INI. DAN UCAPAN INI TELAH MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA PERWAKILAN DI MANA MENGENANG KEMBALI SEJARAH SUSAH PAYAH PEMIMPIN DAHULU DALAM MENAKHODAKAN PERJUANGAN BELIA DAN MATLAMAT BANGSA. KERANA KITA SEDAR DAN TAGU GERAKAN BELIA 4B ADALAH PERSATUAN BELIA MELAYU YANG TERBESAR DAN MEMPUNYAI HALATUJU YANG NYATA IAITU MEMBAYA BELIA MELAYU BERAGAMA ISLAM KEPUNCAK KEJAYAAN...
DALAM UCAPAN PENANGGUHAN SEKALI LAGI BELIA SEMUA DITEGASKAN SUPAYA TIDAK HANYA BERGANTUNG KEPADA PERUNTUNKAN DAN SUMBANGAN LUAR SEBALIKNYA KREATIF DALAM MENCARI SUMBER KEWANGAN DAN YAKIN DALAM PERJUANGAN 4B. KITA SEHARUSNYA BERJAYA MELAHIRKAN BELIA YANG BERAWASAN DAN BERINTEGRITI SESUAI DENGAN PEREDARAN ZAMAN YANG PENUH RANJAU DAN ONAK BERDURI.
SAYA PERCAYA DAN YAKIN DENGAN MENGHAYATI RUH PERJUANGAN 4B SEBAGAIMANA YANG DILONTARKAN OLEH SAUDARA PRESIDEN 4B MALAYSIA KITA BELIA 4B MAMPU MENJADI KUASA PENENTU DAN PENDESAK KEPADA KERAJAAN YANG KITA DOKONG DAN SOKONG SEKARANG AKAN MENJADI KERAJAAN YANG DINAMIK DAN STABIL LAGI TEGUH. KITA TIDAK SEPATUTNYA BERSETONGKOL DENGAN PUAK PENGKHIANAT YANG BERTOPENGKAN HUJAH HUJAH PALSU DAN FITNAH HANYA SEMATA MATA MENGUTAMAKAN KUASA UNTUK MENAKLUKA PUTRAJAYA DENGAN KEKERASAN DAN SENTIMEN KEBENCIAN SESAMA RAKYAT.
WALAUPUN PADA UCAPAN PENAGGUHAN SAYA TIDAK DAPAT MELONTARKAN PANDANGAN DAN IDEA UNTUK MEMBUKA MINDA PARA PERWAKILAN DAN EXCO NAMUN SAYA YAKIN DENGAN UCAPAN PRESIDEN SEKIRANYA PARA PERWAKILAN MEMAHAMI DENGAN JELAS APAKAH MAKSUD DENGAN KEMBALI KEPADA RUH PERJUANGAN ASAL 4B DAN MENGHAYATI RUH PERJUANGAN 4B PASTI KITA AKAN SEDAR DAN INSAF BAHAWA KITA SEBENARNYA DITUGASKAN DAN DIAMANAHKAN OLEH AHLI 4B MALAYSIA UNTUK MEMBAWA BELIA KITA KE ARAH JALAN YANG DIREDHAI ALLAH DAN BUKANNYA MENYUMBANGKAN KE ARAH KEHANCURAN DAN KEMELARATAN DI NEGARA SENDIRI.
TAHNIAH KEPADA 4B MALAYSIA DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG PEJUANG BANGSA KITA..
BERGERAK!!!!
MOHD NIZAM OMAR
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
NEGERI MELAKA