MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

DIPENGHUJUNG RAMADAN

0
Assallamualaikum dan Salam Perjuangan..
Salam Aspirasi Transformasi Peneraju Generasi

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita hari ini terus dipinjamkan nyawa dan hayat kepada kita oleh Allah SWT untuk kita terus berbakti dan beribadah kepada Allah..segala pekerjaan dan perlakuan kita Lillahi Ta'ala. Alhamdulillah nikmat nafas yang Allah kurniakan ini terlalu indah dan agung.

Dipenghujung Ramadan ini hati berasa pilu untuk meninggalkan bulan yang penuh rahmat ini kerana kita sendiri tidak pasti dan semua orang tidak boleh memastikan bahawa adakah kita akan bertemu Ramadan ini pada tahun tahun akan datang..Kerana saya insan yang bersifat pelupa dan lemah ini tidak mampu sepenuhnya melakukan amalan sunat dan amalan amalan yang terbaik untuk dilakukan dibulan Barakah ini. Saya bermohon kepada Allah supaya diampunkan dosa dosa dan melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada saya..keluarga saya..ibubapa saya..guru guru saya..sahabat sahabat yang sayang pada saya dan sekalian umat muslimin dan muslimat yang hidup ataupun mati.

Dipenghujung ramadan ini juga sering dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Semalam ada kematian yang melibatkan kemalangan jalanraya iaitu anak kepada en Yusof ketua UMNO cawangan Ganun..dan berita ini pasti sedih apatah lagi aidilfitri kian menjelang tiba. Namun segalanya adalah ketentuan Allah dan kita sebagai hambaNya perlu redha dan berdoa utk kebaikan arwah.

dan semalam juga berlaku kemalangan melibatkan kakitangan Jakim yang mengorbankan 4 orang di sarawak. Kemalangan berlaku ketika mereka ingin menghadiri majlis berbuka puasa di sana.

harap semua sahabat berhati hatilah memandu dijalanraya dan kurangkan kelajuan semuga pemanduan kita semua akan selamat..kita tidak membahayakan nyawa diri kita dan penumpang dan juga tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain..

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_19/Empat-pegawai-Jakim-maut-nahas#ixzz2alkT6MD5
SRI AMAN 1 Ogos - Empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk Penolong Pengarahnya maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Skrang dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika Ibrahim Hailee, 35, bersama lima lagi pegawai Jakim dalam perjalanan ke Betong untuk menghadiri program berbuka puasa bersama masyarakat di sana.
Ibrahim yang memandu MPV jenis Toyota Innova berkenaan serta tiga lagi mangsa, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; serta Qurratu Aini Rolfandy, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mangsa yang parah dan dilaporkan kritikal ialah Fakih Ikhwan yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala yang cedera ringan ialah Firdaus Ahmad, 23, dan dirawat di Hospital Betong.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohamad memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku selepas lori balak tanpa muatan itu gagal dikawal ketika melalui satu selekoh sebelum masuk ke laluan bertentangan
“Kejadian itu menyebabkan MPV dipandu Ibrahim yang menghala ke Sarikei gagal mengelak lori berkenaan lalu bertembung.
“Akibat pertembungan itu, MPV mangsa remuk dan terhumban ke bahagian kanan jalan. Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mat Jusoh, mayat kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_19/Empat-pegawai-Jakim-maut-nahas#ixzz2alkT6MD5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: