MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KENYATAAN MEDIA LOKMAN NOOR BIN ADAM EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

0


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pada hari ini harapan kita umat Islam termakbul dengan keputusan mahkamah rayuan yang menolak rayuan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan Majlis Agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Heral. Perjuangan kita selama ini di bawah naugnan Kesultanan Melayu selaku penjaga Daulat dan Kesucian Agama Islam akhirnya memperlihatkan sesuatu yang positif kearah menjaga maruah dan kesucian kalimah Allah.

Perlu diingatkan bahawa dalam kes ini jangan kita terkeliru dengan dakyah-dakyah dan tomahan pihak-pihak tertentu bahawa perkataan ini biasa digunakan oleh golongan arab kristian, malah dikatakan bahawa Allah itu adalah perkataan arab bagi tuhan.

Memang benar, "Allah" dirujuk sebagai tuhan di Mesir umpamanya, namun dalam kes ini perkataan Allah digunakan untuk penulisan Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Arab. Umum sedia maklum bahawa "Allah" dalam konteks bahasa Melayu bermaksud Tuhan kepada orang-orang Islam dan ini juga sama untuk Bahasa Inggeris di negara ini. Sebab itu dapat kita lihat, terjemahan ucapan dua kalimah syahadah ditulis sebagai..

“Aku naik saksi, bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi, bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Malah kalau kita lihat terjemahan dalam Bahasa Inggeris pula

Allah - The name of God among Muslims (and Arab Christians).
- Oxford English Dictionary-               Menjadi kegusaran umat Islam dan Melayu terutama di Semenanjung Malaysia apabila pihak gereja katolik mahu menggunakan perkataan Allah hanya untuk penulisan Bahasa Melayu sahaja dan membiarkan perkataan God untuk Bahasa Inggeris. Sememangnya ada yang menyatakan bawah perkataan Allah ini telah digunakan oleh penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Indonesia namun harus di ingat bahawa kesucian agama Islam adalah di bawah jagaan Sultan dan Yang Dipertuan Agong dan kami berpegang teguh kepada panji ini di bawah semangat perlembagaan.

Saya merasa lega bahawa mahkamah telah memutuskan perkara yang betul. 
Janji saya dan teman-teman Pemuda UMNO, perjuangan ini akan diteruskan selagi mana kesucian dan kemuliaan agam Islam dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab demi Agama, Bangsa dan Negara.

22hb Ogos, 2013

0 comments: