MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TAHNIAH PSSKS

1






1 comments:

PERBINCANGAN BERSAMA NYDP PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Terimakasih kepada Yg Bhg Pak Hassan yang sudi menerima kunjungan kami untuk santai dan berbincang mengenai halatuju persatuan seni silat kota sendeng.

banyak juga perkara yang disampaikan dan dikongsi bersama untuk kemajuan dan kestabilan persatuan di masa hadapan. kami amat teruja dan berterimakasih di atas semua pengalaman yang dikongsi bersama anak anak perguruan.

kami akan cuba membawa harapan dan merealisasikan segala harapan NYDP untuk pembangunan sahsiah dan rohani PSSKS yang kita cintai ini.

terimakasih pak hassan...

Allahu Akbar.




0 comments:

MESYUARAT PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS 19.02.2014

0








0 comments:

MESYUARAT KHAS AJK GERAKAN BELIA 4B KAW ALOR GAJAH

0
Sebaran Media

Perkara : Mesyuarat Khas AJK Gerakan Belia 4B Malaysia Kaw Alor Gajah
Lokasi : Balairaya Kg baru , Pekan Alor Gajah

Agenda Mesyuarat

1. Membincangkan aktivti GB4B Alor Gajah meliputi program sukan , rekreasi , pendidikan dan keagamaan
2. Akan mengadakan mesyuarat cawangan selaras pada bulan Mac hingga Jun selaras dengan arahan dengan GB4B Malaysia dan negeri
3. Membincangkan persiapan Malam Cinta Rasul , Belia 4b Berselawat di kediaman YAB KM pada 27 Februari 2014 yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Melaka
Ucapan pengerusi GB4B Alor Gajah : SUHAIZAN HAJI NOH
Gerakan Belia 4B Malaysia Kaw Alor Gajah mengucapkan tahniah kepada Sdr Mohd NIzam OMar Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Melaka yang telah dilantik sebagai Timbalan Presiden GB4B Malaysia bagi penggaal kedua dalam Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan GB4B Malaysia yang telah diadakan di Lipis Pahang. Tahniah juga kepada YB Mas Ermiyati binti Shamsudin kerana kekal sebagai MKT GB4B Malaysia dan Sdr Zaidi Mohamad sebagai pemeriksa kira kira GB4B Malaysia. Kami mengharapkan agar GB4B Malaysia dapat menyusun pentadbiran dengan lebih effisyen untuk memantapkan persatuan belia Melayu yang terbesar ini. Mengucapkan tahniah juga kepada Sdr Muamar Ghadaffi Jamal bin Datuk Wira Jamaludin kerana kekal sebagai presiden GB4B untuk penggal seterusnya.
Menyeru kepada barisan AJK GB4B kawasan untuk memnperkemaskan pentadbiran dan lebih kreatif untuk mencari peruntukan supaya setiap program akan berjalan dengan licin dan sempurna.

Mesyuarat berlangsung

Terangkan


0 comments:

JOM LAYAN WAYANG PACAKKKKK

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

ASSALLAMMUAALIKUM WMT WBT. SAHABAT SEMUA DIJEMPUT MENYAKSIKAN WAYANG PACAK (MENGIMBAU NOSTALGIA ERA 80AN) PADA 22.02.2014 SABTU DI PADANG REKREASI KG ABBEY BERMULA JAM 8.00 MALAM..MOHON HADIR SAMA SAMA MEMERIAHKAN DAN MERAMAIKAN PROGRAM INI...JOMM LAYAN WAYANG PACAKKKKKK.



......tqvmSHN

0 comments:

MESYUARAT KHAS AJK GERAKAN BELIA 4B MELAKA

0
Assallammualaikum wmt wbt dan Salam Perjuangan

Alhamdulillah malam tadi telah selesai mesyuarat KHAS JK Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka yang telah dipengerusikan oleh Sdr Nizam Omar Pengerusi GB4B Melaka. Mesyuarat ini lebih berkisar kepada persediaan negeri dan kawasan juga cawangan untuk menghadapi mesyuarat agung tahunan pada tahun ini.

Program belia berselawat akan diadakan pada 27 Februari 2014 di kediaman rasmi YAB di Seri Bendahara. Dijangka seramai 500 orang belia akan menyertai majlis tersebut.

Semuga apa yang dirancang akan mendapat menafaat dan sokongan dari semua pihak..terimakasih semua..

BERGERAK




0 comments:

TAHNIAH GELANGGANG KG AIR REPAT NYALAS...

0





0 comments:

TAHNIAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

0

Assallammualaikum dan Salam perjuangan

Tahniah diucapkan kpd GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA GB4BM kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan yang berlangsung du Hotel Centrepoint Kuala Lipis Pahang..

Mesyuarat telah diadakan dengan baik dan terkawal. Ini menunjukan pengalaman yang luas dan mengetahui citarasa anak muda masa kini.

Ucapan presiden juga mempunyai iti pati yabg tulen utk membakar semangat pemimpin GB4B utj meneruskan perjuangan agenda agama bangsa dan negara..

Ucapan para perwakilan juga nampak matang dan realistik sebagai mana yg telah dizahirkn dalam bahas usul dan ucapan penangguhan.

Tahniah semua

BERGERAK...

0 comments:

MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT PERGURUAN KOTA SENDENG

0

Sebaran Media

Majlis perasmian gelanggang silat kota sendeng di kampung abbey
perasmi : Tuan Rospandi Bin Leman Timbalan Ketua Umno Bhgn Alor Gajah
tetamu yg hadir
1. Tuan Guru Utama Rahman Hamid Ydp Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka
2. Encik Usly Abu Pengerusi Jkkk Kg Pondok Batang Abbey
3. Tuan Haji Noh b Darmo Guru Tua Silat Kota
4. Encik Ismail Ahmad dan Zahari Khalil AJK Umno Bahagian Alor Gajah
5. Encik Shahril Samzainal AJK GB4B AG
Tarikh : 14 Februari 2014
Masa : 9.00 malam
Jurulatih : Suhaizan Haji Noh
Majlis ini bermula dengan ucapan dari Pengerusi JKKK dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Kota Sendeng. Setelah itu ucapan perasmian dari pada Timb Ketua Umno Bhgn Alor Gajah iaitu Rospandi Leman.
Diantara ucapan beliau ialah beliau menyokong dgn usaha sebegini utk membentuk displin dan jatidiri dikalangan anak bangsa.Beliau juga bersedia untuk membantu dari segi sokongan dan kewangan utk memastikan keselesaan untuk anak anak bangsa mempelajari Seni Silat warisan bangsa ini.
Setelah itu majlis disemprnakan dgn bacaan doa pembukaan gelanggang oleh Suhaizan Haji Noh dan anak anak murid baru disajikan dgn bubur putih bubur merah sebagai melangkapi adat istiadat membuka gelanggang dan menerima murid baru.

0 comments:

Terimakasih Melaka Hari Ini

0

Terimakasih Melaka Hari Ini

0 comments:

SEMUGA SELAMAT PERGI DAN BALIK MEMBAWA MISI NEGERI MELAKA KE INSTANBUL TURKI

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
KAMI DOAKAN AGAR YB DATUK WIRA HJ ABD GHAFAAR ATAN SUKSESS DALAM MEMBAWA MISI NEGERI MELAKA KE INSTANBUL TURKI. LEBIH 40 ORANG AJK UMNO ALOR GAJAH BERSAMA SAYAP SAYAP PARTI MENGIRINGI YB DW KE KLIA MALAM TADI.

KAMI BERHARAP MISI KERAJAAN NEGERI TERCAPAI DAN MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA NEGERI MELAKA.

DIMAKLOMKAN JUGA SELEPAS SELESAI MISI KR INSTANBUL,YB DW AKAN SINGGAH KE TANAH SUCI MEKAH UNTUK MENUNAIKAN IBADAH UMRAH.

KAMI DOAKAN SEMUGA MISI INI BERJAYA DAN ALLAH SWT MELINDUNGI PERJALANAN YB DW DAN ROMBONGAN NEGERI MELAKA YANG DIKETUAI YAB DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON KETUA MENTERI MELAKA.

BERSAMA SAHABAT PUTERI UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

BERSAMA PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0 comments:

NASIB PENOREH GETAH DIKAMPUNG, SIAPA NAK BELA?

1





Hari ini 10.2.14 saya diminta komen pasal harga sigrap (Lantun) yg harganya semakin merudum jatuh sahingga RM2.10 sekilo. bg yg mengambil upah menoreh getah org lain.. bila di bagi 2 dapatlah RM1.05, skrg pn cuaca panas getah pn segan nk menitis, nak dapat RM50.00 pn ssh, peritnya kehidupan sipenoreh getah skrg ni, dlm masa yg sama barang2 keperluan harian mendadak naik, wlu pn ada kedai 1Malaysia. anak2 baru saja memulakan alam persekolahan, ibu bapa bertungkus lumus menyediakan wang keperluan anak2 sekolah, klu ada 4 org anak sekolah rendah, 2 menengah, 1 dikolej, bayangkn lh.. duit yg klr lbh byk dari yg masuk, ada ibu bapa yg mula ikat perut, kais pagi mkn petang. kepada bapak2 menteri yg berkenaan.. tolong tengok.. kehidupan pekebun kecil dikampung kampung, mereka ini bkn nya peneroka Felda.. yg nasib mereka terbela, saya percaya kebanyakan bapak2 menteri pn asalnya anak atau cucu penoreh getah. apa kah kita nak biarkan rakyat menderita.semasa kita ada kuasa. benarkah harga getah ini dimanopoli oleh estate2 terbesar dinegara ini. sahinggakan kerajaan tk bolih nk campur tangan? fikir-fikirkanlah.. lakukanlh sesuatu untuk membela nasib mereka semakin hari semakin terhimpit dgn kemiskinan. IGM jgn membisu? negara maju.. rakyat..!!!
Saya sampaikan dan suarakan.. isi hati mereka.





1 comments:

TERESSA KOK MULUT LONGKANG

0
Jika Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah menyerahkan surat saman berjumlah RM10 juta terhadap bekas pembantu peribadinya, Tony Tan, kini tiba giliran Tony Tan pula yang menyerah dan mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan Kok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya ke sini (pejabat SPRM) untuk memberi bukti kepada SPRM berhubung (dakwaan) penyelewengan tersebut selain untuk membersihkan nama saya," kata Danny Leong Eng Tiom kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen tersebut di pejabat SPRM.
   
Bekas pembantu peribadi Kok, Tony Tan turut mengemukakan dokumen yang didakwa bukti mengenai penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 oleh bekas majikannya itu untuk tujuan dana DAP.
   
Leong menerima surat saman itu baru-baru ini kerana mempersoalkan dana kutipan untuk kempen DAP pada PRU13 lepas berjumlah RM186,000 didakwa diselewengkan oleh Kok.    

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao yang turut hadir mendakwa pihaknya mempunyai 10 lagi bukti penyelewengan dilakukan oleh lima pemimpin PKR dan lima pemimpin DAP.
   
"Kita masih mengumpulkan bukti yang betul-betul lengkap sebab mereka (PKR dan DAP) boleh 'spin' jika kita beri bukti yang tidak lengkap kepada SPRM.

Oleh itu, selepas ini bersedialah kepada pemimpin PKR dan DAP yang akan ditelanjangkan hasil penyelewengan mereka selama ini

 TONY TAN DI SPRM

KENA INGAT ASAL USUL - TERESA 


MULUT JANGAN CELUPAR!!!

0 comments:

BOLA SEPAK ATAU NAK BERGADUH?

0
SUASANA yang kurang sihat berlaku di Stadium Hang Jebat, Melaka malam kelmarin ketika aksi persahabatan antara Harimau Muda A dengan Melaka United:-“PENYOKONG pasukan bola sepak perlu berfikiran profesional dan bersedia menerima dengan hati terbuka dengan apa sahaja keputusan sesuatu perlawanan.”Demikian tegas jurulatih skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee semalam.Menurutnya, sikap seperti itu akan membantu mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.“Dalam perlawanan bola sepak, menang atau kalah adalah adat permainan dan harus diterima secara profesional.“Akibat tindakan segelintir penyokong yang sukar menerima kekalahan, ia akan menjurus kepada tercetusnya pergaduhan antara penyokong yang boleh menjejaskan reputasi kejohanan bola sepak di negara kita.“Apa yang berlaku sekarang begitu merisaukan dan saya terkilan dengan penyokong yang sepatutnya perlu bersikap rasional menerima kekalahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Muda A menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat di Melaka malam kelmarin.Kim Swee diminta mengulas perkara tersebut selepas banyak berlaku kekecohan melibatkan penyokong sejak kebelakangan ini dengan insiden terbaru melibatkan pergaduhan antara penyokong Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat lalu.Tambah beliau, para penyokong harus berfikiran positif untuk menerima keputusan perlawanan dan pada masa sama terus menyokong pasukan mereka setiap kali beraksi sama ada di tempat sendiri atau di tempat lawan.“Apa yang lebih penting, mereka harus menyokong dengan cara yang lebih profesional tanpa mencetuskan kekecohan,” katanya.Sebelum itu, pada aksi persahatan antara Harimau Muda A dengan Melaka United, skuad bimbingan Kim Swee itu mencatat keputusan seri 1-1.Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-24 menerusi jaringan Amir Shahreen Abd. Mubin sebelum Harimau Muda A menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi ledakan Mohd. Azrif Nasrulhaq.- KOSMO

0 comments:

MESYUARAT UMNO BHGN ALOR GAJAH

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
TAHNIAH KEPADA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH KERANA BERJAYA MENGADAKAN MESYUARAT AJK PADA MALAM NI BANYAK MAKLUMAT BARU DIPEROLEHI DAN MEMBERI KESAN POSITIF UNTUK KEMAJUAN UMNO ALOR GAJAH
KPI SETIAP AJK TELAH DISEDIAKAN UNTUK MEMASTIKAN AJK MENGIKUT PENCAPAIAN AJK UMNO DI TAHAP MEMBANGGAKAN.
TAHNIAH UMNO...
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

0 comments:

TIADA YANG KUAT DAN GAGAH MELAINKAN ALLAH

0
Assallammualaikum wmt wbt..Salam Perjuangan

Alhamdulillah jauh disudut hati ini hasrat untuk membuka kembali gelanggang persilatan perguruan seni silat kota sendeng telah dizahirkan dengan menggumpulkan belia dan remaja kampung yang masih berminat untuk mempelajari seni silat warisan bangsa ini.

Terimakasih kepada keluarga yang terus membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk meneruskan perjuangan mewarisi dan mengembangkan seni silat Melayu ini. Terimakasih juga kepada penyumbang penyumbang yang terus mempercayai dan menyakini kepada saya untuk bersama sama menghangatkan lagi dunia persilatan ini.

Saya akui saya bukannya seorang yang hebat dan handal bertempur dan saya pun bukannya atlit negara ataupun pesilat olahraga yang disegani..tetapi saya adalah seorang yang percaya pada diri sendiri..saya percaya apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan bersama untuk agama bangsa dan negara.

Minat saya pada warisan silat memang mendalam , bermula dengan minat lantas saya mempelajari dan apabila mempelajari silat saya rasakan itu adalah satu amanah dan perlu saya serahkan kembali kepada anak anak bangsa yang inginkan ilmu persilatan melayu.

Saya berdoa dan bermohon kepada Allah agar ilmu persilatan ini diberkati dan dilindungi Allah.Kerana ilmu persilatan ini adalah amanah dan ianya terbit dari jiwa nuraini yang sentiasa mengingati Allah..kerana setiap gerak adalah zikir dan turun naik nafas adalah munajat kepada Allah untuk mendapat keredhaan di dunia dan di Akhirat..tiada lain segala pujian hanyalah bagiNya dan segala segalanya adalah dari yang Esa.

Tiada yang kuat dan gagah melainkan Allah dan kita hendaklah sentiasa mengingatiNya walau apa jua keadaan sekalipun.

Ya Allah , hambaMu ini bertawakal kepadaMu dan menyerahkan segala galanya kepada Mu Ya Rabbi..



Sebahagian pesilat gelanggang Kg Abbey





0 comments:

TAHNIAH MAULUDIR RASUL PARLIMEN ALOR GAJAH

0
Assallammualaikum wmt wbt dan SALAM PERJUANGAN

Alhamdulillah disini saya mengucapkan tahniah kepada UMNO Bahagian Alor Gajah dan barisan kepimpinannya yang dinakhodakan oleh YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Atan kerana telah berjaya mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat parlimen Alor Gajah yang juga dihadiri YAB Datuk Seri Hj Ir Idris Haron Ketua Menteri Melaka

Dalam program itu jugak diraikan penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun TYT pada hujung tahun 2013 yang lepas.

Program tersebut juga diserikan dengan kumpulan Maulud Dibaie yang diketuai oleh Imam Ramli Masjid kg Keling dan penceramah dari luar negara iaitu Syeikh Abd Razak Al Misri dan Habib Al Sagaff dari Indonesia.

Alhamdulillah dikesempatan ini kita berjaya menimba ilmu dan sama sama berkongsi pengetahuan tentang maulud dan kehidupan sebagai seorang muslim.

Tahniah semua..







0 comments:

TAHNIAH SAHABAT PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG

0
Assallammualaikum
salam perjuangan

Tahniah kepada anak anak perguruan yang berkorban masa dan tenaga di hari cuti untuk sama sama memeriahkan lagi hidup ini dengan aktiviti yang berfaedah..
1. Gelanggang Tmn Seri Kemendor mengikuti perarakan Maulidur Rasul peringkat Dun Rim
2. Sulaiman Jurulatih Gelanggang Felda Bkt Senggeh diwawancara oleh pelajar
3. Gelanggang Duyong dan Durian Tunggal mengadakan majlis penyampaian sijil dan diserahkan oleh Tuan Guru Hasan Naib YDP PSSKS..

Tahniah semua



0 comments:

KAMI WARGA BELIA MENGALU ALUKAN KEDATANGAN YAB PM KE MELAKA

0

KAMI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
KAWASAN ALOR GAJAH
MENGALU ALUKAN KEHADIRAN
YAB PM YANG KITA SAYANGI
UNTUK LAWATAN KERJA KE MELAKA

KAMI MENYOKONG KEPIMPINAN
YAB PM
DAN
YAB DS IDRIS HARON
KM MELAKA

TAHNIAH 

BERGERAK!!!!


0 comments:

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

0

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

0 comments:

SELAMAT DATANG YAB PM

0
KAMI WARGA BELIA MENGALU ALUKAN KEHADIRAN YAB PM KE MELAKA

TAHNIAH N TQ PM




0 comments:

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AKTIVITI PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG DI GELANGGANG NYALAS

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

-UNTUK MEDIA-
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG AIR REPAT , NYALAS

MAJLIS INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH ENCIK SHAHRIL SAMZAINAL PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN NYALAS JUGA SELAKU KETUA PEMUDA UMNO CAW NYALAS..BELIAU AMAT MENYOKONG DAN BERSETUJU PENUBUHAN GELANGGANG SILAT INI DAN SEDIA MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN PEMBIAYAAN AKTIVITI GELANGGANG TERSEBUT. BELIAU JUGA MENEGASKAN SILAT MELAYU ADALAH MERUPAKAN WARISAN BANGSA DAN PERLU DIKEKALKAN DAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI SETERUSNYA.

TURUT HADIR . SUHAIZAN HAJI NOH SETIAUSAHA PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA DAN ENCIK MOHD IHAM BIN ARIS JURULATIH PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL INI ADALAH UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA PESILAT UNTUK TERUS MENYERTAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG.
GELANGGANG INI DIBAWAH GERAK WAJADIRI GERAKN BELIA 4B CAWANGAN NYALAS.



0 comments:

SELAMAT DATANG YAB PM KE MELAKA

0



ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT DAN SALAM PERJUANGAN

KAMI WARGA BELIA MENGALUALUKAN KEHADIRAN YAB PM KE MELAKA PADA 7 FEBRUARI 2014 INI. TERIMAKASIH DIUCAPKAN DIATAS KESUDIAN YAB PM UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KERJA SEHARI DI NEGERI BERSEJARAH INI.

PELBAGAI ACARA TELAH DISEDIAKAN UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN YAB PM DAN INI ADALAH SATU PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT MELAKA KERANA KESUDIAAN YAB PM UNTUK TURUN PADANG MELAWAT KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA.

KAMI BERHARAP DENGAN HADIRNYA YAB PM KE NEGERI BERTUAH INI AKAN MEMBERI IMPAK POSITIF DEMI KEMAKMURAN NEGERI INI.

KAMI BARISAN BELIA NEGERI MELAKA AMAT MENGALU ALUKAN KEHADIRAN PM DAN AMAT BERBANGGA..

TAHNIAH PM

WE LUV PM


0 comments:

TENTATIF MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KALI KE – 37/2012

0

TENTATIF
MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KALI KE – 37/2012

15 Febuari 2014 ( SABTU )

10.00 Pagi - 03.00 Petang - PENDAFTARAN PERWAKILAN
- 03.00 Petang - Mesyuarat Agung Penuh 1
- Taklimat Oleh Pengerusi Tetap
- Ucapan Presiden
- Majlis Perasmian

07.00 Malam - Makan Malam
08.30 Malam - Mesyuarat Agung Penuh 11
- Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat yang lalu

- Menerima dan Meluluskan Penyata Tahunan

- Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan

- Membahaskan Usul
- Pengumuman Ahli Majlis Kerja
Tertinggi 4BM sesi 2012 – 2015

- Ucapan Penangguhan
- Penangguhan Mesyuarat

16 FEBUARI 2014 ( AHAD )

07.00 Pagi - Sarapan Pagi
08.00 Pagi - Acara Bebas
02.00 Petang - Daftar Keluar
- Perwakilan Selamat Pulang




*** Jadual tertakluk kepada perubahan.

0 comments:

TAHNIAH GERAK WANIS ALOR GAJAH

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TAHNIAH KEPADA GERAK WANIS GB4B ALOR GAJAH DIPENGERUSIKN OLEH PN SHAMSIAH BINTI ABD RAZAK KERANA BERJAYA MENGADAKAN KEM BINA INSAN PADA MINGGU LEPAS DI KAMPUNG WARISAN PAYA LEBAR MASJID TANAH MELAKA

PELBAGAI ACARA MENARIK DISEDIAKAN UNTUK MEMBINA JATIDIRI DAN SEMANGAT JUANG KEPADA PESERTA YANG MENGIKUTINYA. PROGRAM INI ADALAH AMAT BAIK DAN PERLU DITERUSKAN UNTUK MEMASTIKAN SAMA SAMA MENJAGA KELANGSUNGAN BUDAYA PATRIOTISME DI KALANGAN ORANG ORANG MUDA DIDEWASA INI

TERIMAKASIH JUGA KEPADA YB MAS ERMIYATI (MP MASJID TANAH) KERANA SUDI BERSAMA SAMA DALAM PROGRAM TERSEBUT. DAN INI MENJADI CONTOH DAN TAULADAN KEPADA ANAK ANAK MUDA KINI.

TERIMAKASIH JUGA KEPADA AZNIZAA KETUA PUTERI UMNO ALOR GAJAH YANG TURUT SAMA SAMA MEMABANTU PROGRAM INI HINGGA BERJAYA BERSAMA NKP SITI HAJAR AMIR YANG SENTIASA MENYOKONG PROGRAM INI.

TIDAK DILUPAKAN JUGA BAHAGIAN SAHABAT BELIA JKM JUGA MEMBERIKAN PANDUAN DAN GALAKAN UNTUK MEMASTIKAN PROGRAM INI BERJAYA DAN SUKSESS..

TAHNIAH SEMUA..SUKSESS

 MAJLIS PENUTUP

 MAJLIS PERASMIAN

MAJLIS PELEPASAN

BERSAMA PENGERUSI GB4B KAW ALOR GAJAH

0 comments: