TIADA YANG KUAT DAN GAGAH MELAINKAN ALLAH
0
Assallammualaikum wmt wbt..Salam Perjuangan
Alhamdulillah jauh disudut hati ini hasrat untuk membuka kembali gelanggang persilatan perguruan seni silat kota sendeng telah dizahirkan dengan menggumpulkan belia dan remaja kampung yang masih berminat untuk mempelajari seni silat warisan bangsa ini.
Terimakasih kepada keluarga yang terus membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk meneruskan perjuangan mewarisi dan mengembangkan seni silat Melayu ini. Terimakasih juga kepada penyumbang penyumbang yang terus mempercayai dan menyakini kepada saya untuk bersama sama menghangatkan lagi dunia persilatan ini.
Saya akui saya bukannya seorang yang hebat dan handal bertempur dan saya pun bukannya atlit negara ataupun pesilat olahraga yang disegani..tetapi saya adalah seorang yang percaya pada diri sendiri..saya percaya apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan bersama untuk agama bangsa dan negara.
Minat saya pada warisan silat memang mendalam , bermula dengan minat lantas saya mempelajari dan apabila mempelajari silat saya rasakan itu adalah satu amanah dan perlu saya serahkan kembali kepada anak anak bangsa yang inginkan ilmu persilatan melayu.
Saya berdoa dan bermohon kepada Allah agar ilmu persilatan ini diberkati dan dilindungi Allah.Kerana ilmu persilatan ini adalah amanah dan ianya terbit dari jiwa nuraini yang sentiasa mengingati Allah..kerana setiap gerak adalah zikir dan turun naik nafas adalah munajat kepada Allah untuk mendapat keredhaan di dunia dan di Akhirat..tiada lain segala pujian hanyalah bagiNya dan segala segalanya adalah dari yang Esa.
Tiada yang kuat dan gagah melainkan Allah dan kita hendaklah sentiasa mengingatiNya walau apa jua keadaan sekalipun.
Ya Allah , hambaMu ini bertawakal kepadaMu dan menyerahkan segala galanya kepada Mu Ya Rabbi..
Dipos oleh Suhaizan Haji Noh.
Sebahagian pesilat gelanggang Kg Abbey