NASIB PENOREH GETAH DIKAMPUNG, SIAPA NAK BELA?
Hari ini 10.2.14 saya diminta komen pasal harga sigrap (Lantun) yg harganya semakin merudum jatuh sahingga RM2.10 sekilo. bg yg mengambil upah menoreh getah org lain.. bila di bagi 2 dapatlah RM1.05, skrg pn cuaca panas getah pn segan nk menitis, nak dapat RM50.00 pn ssh, peritnya kehidupan sipenoreh getah skrg ni, dlm masa yg sama barang2 keperluan harian mendadak naik, wlu pn ada kedai 1Malaysia. anak2 baru saja memulakan alam persekolahan, ibu bapa bertungkus lumus menyediakan wang keperluan anak2 sekolah, klu ada 4 org anak sekolah rendah, 2 menengah, 1 dikolej, bayangkn lh.. duit yg klr lbh byk dari yg masuk, ada ibu bapa yg mula ikat perut, kais pagi mkn petang. kepada bapak2 menteri yg berkenaan.. tolong tengok.. kehidupan pekebun kecil dikampung kampung, mereka ini bkn nya peneroka Felda.. yg nasib mereka terbela, saya percaya kebanyakan bapak2 menteri pn asalnya anak atau cucu penoreh getah. apa kah kita nak biarkan rakyat menderita.semasa kita ada kuasa. benarkah harga getah ini dimanopoli oleh estate2 terbesar dinegara ini. sahinggakan kerajaan tk bolih nk campur tangan? fikir-fikirkanlah.. lakukanlh sesuatu untuk membela nasib mereka semakin hari semakin terhimpit dgn kemiskinan. IGM jgn membisu? negara maju.. rakyat..!!!
Saya sampaikan dan suarakan.. isi hati mereka.