MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

DEBARAN KIAN TERASA - PERTANDINGAN PUKULAN ASAS

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah berkat dengan kasih sayangnya kita pada hari ini masih lagi terus bernafas dan beriman kepada Allah untuk sama sama kita semua berjemaah untuk beribadah kepadaNya.

Bersyukur juga kerana diberikan kekuatan fikiran dan fizikal untuk membantu dalam merealisasikan amanah guru untuk mengadakan program Pertandingan Kemantapan Pukulan Buah Pukul Asas Kota Sendeng yang akan diadakan pada 10 Jun 2014 pada hari Selasa jam 8.00 malam di dewan besar Kem Saujana MSN Asahan Melaka.

Program ini diadakan bukan hanya sekadar ingin mencari Johan tetapi mencari pukulan yang terbaik dikalangan yang terbaik dalam Persatuan ini. Namun diingatkan bahawa ini bukanlah sekadar pertandingan tetapi ini adalah bertujuan untuk memastikan sama sama memlihara setiap pukulan adalah tahap yang sebenar dan memastikan semangat anak anak perguruan ditahap yang terbaik untuk mengembangkan dan melestarikan budaya bangsa ini iaitu seni silat warisan bangsa.

Semuga apa yang kita usahakan ini akan memberi momentum yang kukuh untuk memastikan perguruan berada dilandasan yang benar dan mengikut kehendak Guru Utama.

InsyaAllah kami akan cuba lakukan yang terbaik untuk perjuangan ini...

Terimakasih semua...

Debaran kian terasaaaa.....







0 comments: