PIRAMID TANAH MELAYU - WARISAN ZAMAN SEBELUM BANJIR NABI NUH
0
Gerak yang tiba2 muncul. Setakat menambah rencah tentang piramid2 purba. Ramai sudah berbincang tentang kewujudan piramid2 yang jauh lebih tua dari yang terdapat di Mesir. Maka disebutlah tentang kewujudan piramid2 di Tanah Melayu yang sudah hilang rupa kerana berada di bawah timbunan tanah2 dan batu membentuk bukit dan gunung2. Apakah ini masuk akal? Pada saya amat masuk akal. Malah ada seorang pakar Melayu bertaraf profesor dalam bidang arkitek sanggup menyatakan kepada umum bahawa piramid adalah binaan yang berasal dari Tanah Melayu. Takkan beliau sanggup mempertaruhkan reputasi akademik yang cukup tinggi sebagai seorang pakar bidang dan pensyarah kanan universiti tanpa memiliki maklumat atau kajian yang cukup untuk menyokong kenyataan?
Untuk memahami ini kita harus kembali pada zaman ketika Asia Tenggara membentuk apa yang dikenali ramai saintis dan para pengkaji sebagai Sundaland. Ketika itu paras air laut lebih rendah 200 meter dari sekarang kerana banyak air membentuk lapisan ais besar di Kutub Utara dan Selatan sebelum mencair. Lalu Laut Cina Selatan yang kita lihat hari ini adalah satu dataran landai, Sumatera dan Semenanjung cuma dipisahkan sungai besar yang menjadi Selat Melaka. Menurut kajian geologi akhir sekali Asia Tenggara kelihatan seperti begini adalah sekitar 8,000 tahun Sebelum Masihi. Mereka percaya telah berlaku 3 kali banjir besar, satu pada sekitar 15,000 SM, kedua pada 12,000 SM dan akhir sekali 8,000 SM yang mana akhir sekali itu seperti menepati cerita banjir besar Nabi Nuh.
Kalau kita melihat dunia dari sudut kepercayaan manusia bermula sebagai orang zaman batu maka kita tidak dapat membayangkan mereka mampu membina binaan seperti piramid sebelum zaman banjir Nabi Nuh. Tapi kalau kita sedar Nabi Adam diturunkan ke bumi membawa ilmu tinggi teknologi dari syurga maka tahulah kita manusia sudah amat maju sebelum banjir berlaku. Menurut pakar Barat seperti Dr Stephen Oppenheimer dan Prof Arysios Santos, Sundaland adalah benua besar yang menepati ciri2 tamadun legenda Atlantis. Ia amat subur di kala banyak bahagian dunia yang lain kurang selesa dari segi cuaca dan sebagainya. Lalu muncul tamadun besar manusia bertapak di situ malah menjadi ibu kepada tamadun2 lain. Dapat dibayangkan mereka mampu membina piramid2 yang tinggi lagi besar. Apabila berlaku banjir Nabi Nuh piramid2 ini ditenggelami air. Apabila banjir surut ia diselaputi lumpur, batu batan dan sebagainya. Dan setelah beberapa lama hilang2lah sifat rupa bentuk piramid dari luar. Yang kelihatan bukit bukau dan gunung ganang, itupun kalau berada di atas daratan yang kelihatan sekarang. Kalau berada di bahagian yang sudah menjadi laut, lagi susah le nak kenal rupa. Yang banyak kita kenal seperti di Mesir dan Amerika Tengah itu adalah binaan kemudian iaitu selepas zaman Banjir Nabi Nuh. Cukup gerak bercerita.