MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KATA KATA HIKMAT SYEIKH ABD QADER AL JAILANI

0
Selama hidup di dunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka.”
             ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Orang itu dikatakan dekat dengan ALLAH selama dia meluangkan waktunya untuk 
berdzikir setiap 
hari.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis, 
padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit mahupun 
banyak. Raihlah kasih sayang ALLAH dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada 
ALLAH yang telah membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah 
dari ALLAH  sementara kalian mampu memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! 
Bohong kalau kalian mendengar nasihat dan menangis di hadapanku, tapi saat orang datang
meminta uluran tangan, kalian malah membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa 
tangisan kalian belum kerana ALLAH.”
              ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Banyak kenikmatan yang tersembunyi di antara taring-taring bencana. Banyak kegembiraan 
yang menghadap arah di mana beberapa musibah menanti. Bersabarlah atas ujian-ujian 
yang menimpamu kerana segala sesuatu ada sebabnya. Setiap kesusahan itu ada 
kegembiraannya. Setiap yang murni ada campurannya.”
              ~ Imam al-Ghazali Petikan Buku: Mukasyafah al-Qulub.

“Apabila kebenaran keimananmu telah terbukti dan kamu dapat menyesuaikan diri dengan 
kehendak dan perbuatan ALLAH  dan dengan idzin ALLAH juga, maka hendaklah kamu tetap 
bersabar dan redha serta patuh kepada-Nya. Janganlah kamu melakukan apa saja yang dilarang 
oleh ALLAH  Apabila perintah-Nya telah datang, maka dengarkanlah, perhatikanlah, bersegeralah 
melakukannya, senantiasalah kamu bergerak dan jangan bersikap pasif terhadap takdir dan 
perbuatan-Nya, tetapi pergunakanlah seluruh daya upayamu untuk melaksanakan 
perintah-perintah-Nya itu.”
               ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Hendaklah kamu berserah diri dan bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH di dalam 
segala hal, agar Dia memanifestasikan kerja-Nya melaluimu. Jika kebaikan yang didapati, 
maka bersyukurlah. Dan jika bencana yang menimpamu, bersabarlah dan kembalilah 
kepada Dia. Kemudian rasakan keuntungan yang didapati dari apa yang kamu anggap
sebagai bencana itu, lalu tenggelamlah di dalam Dia melalui perkara itu sejauh kemampuan 
yang kamu miliki dengan cara keadaan rohani yang telah diberikan kepadamu. 
Dengan cara inilah kamu dinaikan dari satu peringkat ke peringkat lainnya 
yang lebih tinggi dalam perjalan menuju ALLAH, supaya kamu dapat mencapai Dia.

Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu kedudukan yang telah dicapai oleh 
orang-orang shiddiq, para syuhada dan orang-orang saleh sebelummu. Dengan demikian 
kamu akan dekat dengan ALLAH  agar kamu dapat melihat kedudukan orang-orang sebelummu 
dalam menuju Raja Yang Maha Agung itu. Di sisi Tuhan ALLAH lah kamu mendapatkan 
kesentosaan, keselamatan dan keuntungan.

Biarlah bencana itu menimpamu dan jangan sekali-kali kamu mencuba menhindarkannya 
dengan doa dan shalatmu, dan jangan pula kamu merasa tidak senang dengan kedatangan 
bencana itu, kerana panas api bencana itu tidak sehebat dan sepanas api neraka.
Sebenarnya, bencana yang datang kepadamu itu bukannya akan menghancurkanmu, melainkan 
sebenarnya adalah akan mengujimu, mengesahkan kesempurnaan imanmu, menguatkan dasar 
kepercayaanmu dan memberikan kabar baik ke dalam batinmu. ALLAH berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang 
yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
             (QS 47:31).” -~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Janganlah bersusah payah untuk mendapatkan keuntungan dan jangan pula mencuba 
menghindarkan diri dari malapetaka. Keuntungan itu akan datang kepadamu jika memang 
sudah ditentukan oleh ALLAH untukmu, baik sengaja mencarinya maupun tidak. Malapetaka itu 
pun akan datang menimpamu, jika memang telah ditetapkan oleh ALLAH untukmu, baik 
kamu membencinya, maupun mencuba menghindarkannya dengan doa dan solat atau 
menghadapinya dengan penuh kesabaran, kerana hendak mencari keredhaan ALLAH.”
             ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Taubatlah engkau dari riak dan nifaq. Janganlah malu mengakui hal itu atas dirimu. Yang kuat 
di antara manusia mulia adalah mereka yang semula munafik. Oleh yang demikian, berkatalah 
sebahagian ulama, “Tidak ada yang mengetahui hakikat ikhlas kecuali murai (orang riak)”. Yang 
paling beruntung ialah mereka yang ikhlas mulai dari awal hingga akhirnya.”
              ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

“Fikirlah bahawa di dunia ini, suatu yang kamu cintai tidak akan kekal selamanya. 
Tidak abadi, pasti fana. Jika hal ini telah benar-benar kamu sedari, tentu kamu tidak akan 
melupakan-Nya walau sekejappun. Namun, kebanyakan tidak ada manusia yang mengingatkan 
hal itu. Barang siapa telah merasakan, bererti telah mengetahuinya. Manusia yang demikian 
adalah termasuk salah satu dari mereka yang tidak tahan tinggal bersama makhluk..”
             ~Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

0 comments: