KERTAS
KERJA DASAR
KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI
GUNUNG LEDANG
1. Muqaddimah
Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang adalah merupakan sebahagian fakta
sejarah bagi Negeri Melaka & Johor. Kehebatan Panglima Hang Tuah sudah
termasyhur di serata Nusantara. Kisah pembelajaran & percintaan Hang Tuah
dgn Puteri Gunung Ledang amat menarik sehingga tercetusnye sebuah filem
megesahkn Puteri Gunung Ledang.
Tentunye aktiviti begini dapat menarik
pelancung luar agar lebih mengenali Malaysia amnye serta Gunung Ledang &
Hang Tuah khasnye. Program Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang ini bakal
disertai oleh Persatuan NGO, Persatuan Pencinta Alam, Pengemar Busana,
Persatuan Sukarela & jabatan kerajaan. Program ini di harap tentunya dapat
mematangkan peserta – peserta terlibat dan menyajikan mereka dengan seribu satu
pengalaman malah mereka mampu mengecapai dan mensyukuri anugerah ciptaan Ilahi
serta lebih mengenali jejak pahlawan melayu Hang Tuah yg unggul ini.
Bertitik tolak daripada itu, penganjur Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang
ini bakal menyajikan pengalaman yg
berguna serta bakal mencatat Malaysia Book Of Record dgn penyertaan ramai
pendaki gunung yg memakai busana melayu lama mendaki jejak Hang Tuah di Gunung
Ledang
2. Objektif
Kembara ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistematik
dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah:
1) Menguji ketahanan fizikal dan mental peserta
2) Mendaki gunung dgn lengkap berbuasana
3) Menjana semangat kepimpinan yg jitu
4) Membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji
5) Menerokai dan menghayati ciptaan Allah yang Maha Agung
6) Memantapkan ukhuwah sesama peserta & persatuan yg terbabit
7) Memantapkan amal jama’i (team building) di kalangan peserta
8) Sambil mendaki mengutip sampah yg ada dlm usaha menjaga warisan bangsa
9)Merasai
perit jerih pengorbanan pahlawan agung Hang Tuah mempertahankan tanah air
daripada penjajah asing serta perjalanan ranjau yg dilalui ketika mementapkn
diri serta mencari ilmu di gunung ledang
10) Menyatakan kesyukuran kepada Ilahi di atas nikmat kemerdekaan selama 57
tahun yg dikecapi oleh Malaysia
3. Tema
”GENERASI BERMARUAH PENERUS BANGSA BERDAULAT”
4. Tempat
GUNUNG LEDANG
5.
Tarikh dan Masa
19 , 20 dan 21 Desember 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
6. Anjuran
a) PESAKA LEDANG JOHOR
7. Kerjasama
Persatuan
Seni Silat Kota Sendeng
Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) Tangkak
Persatuan Seni Silat PANJI RIA M’SIA
Jabatan Hutan
PDRM
8. Peserta Ekspedisi
Peserta Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang adalah terhad seramai 250
orang terdiri daripada berbagai pertubuhan :
a) 100 orang pelajar pesilat dpd 2 persatuan (50 PssKS, 50 PssPRM)
b) 22 orang AJK
c) 100 orang dpd pelbagai pertubuhan lain samada kerajaan atau bukan kerajaan
d) 4 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam
e) 6 orang guide/penunjuk arah
d) 12 orang pengurusan program
9. Penutup
Pengurusan Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang, mengharapkan segala
perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai
objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi yg celik
sejarah, mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Pengurusan
ini juga berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama menyumbangkan buah
fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni kami.
Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh,
(SHAM HJ ABDUL RAHMAN)
KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG