MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

ALHAMDULILLAH..SEMUANYA KEHENDAK ALLAH

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan kasih sayang-Nya telah mentakdirkan sesuatu yang tidak pernah termimpi atau terlintas dalam benak jiwa raga saya. Tidak pernah dalam hidup saya untuk mensasarkan atau menetapkan halatuju selama apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapat pengiktirafan tersebut kerana saya tahu dengan apa yang saya sumbangkan selama ini bukanlah yang terlalu hebat tetapi ikhlas dan istiqamah dengan apa yang saya yakini benar dan diterima oleh Allah SWT.

Anugerah Ali bin Abi Talib Tokoh Belia sempena Maal Hijrah 1436 adalah sesuatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran dan akal saya. Tidak pernah saya menginginkan atau mengkehendaki gelaran tersebut tetapi cukuplah dengan apa yang saya lakukan dalam perjuangan belia hari ini diterima dan dihargai..

Saya amat bersyukur kepada-Mu ya Allah dan amat berterimakasih kepada kedua ibubapa saya dan keluarga saya yang amat memahami minat dan pendirian saya berkaitan belia dan sentiasa menyokong membantu dan bersama biar apa jua keadaan saya samada suka atau duka.Isteri saya juga yang sanggup berkongsi minat dengan saya untuk sama sama memajukan bangsa dan kesucian agama ini.

Saya juga mengucapkan terimakasih kepada Kerajaan Negeri Melaka dan jabatan Agama Islam Negeri Melaka kerana memilih saya untuk anugerah tersebut dan ini memberi satu pencetus semangat dan iltizam untuk terus bekerjasama dalam mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan orang muda berilmu berakhlak dan bersyukur.

Saya memohon maaf dan saya berharap agar kerjasama antara semua pihak bagi memartabatkan suara belia dan sama sama membela dari segi pendidikan dan ekonomi belia kini.

Semuga Allah memberkati dan merahmati negeri Melaka dan rakyat juga pemimpinnya.
Wasallam

 Ikhlas

SUHAIZAN HAJI NOH
Kg Abbey , Melaka








0 comments: