MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG

0
KERTAS KERJA DASAR
KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG

1. Muqaddimah


Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang adalah merupakan sebahagian fakta sejarah bagi Negeri Melaka & Johor. Kehebatan Panglima Hang Tuah sudah termasyhur di serata Nusantara. Kisah pembelajaran & percintaan Hang Tuah dgn Puteri Gunung Ledang amat menarik sehingga tercetusnye sebuah filem megesahkn Puteri Gunung Ledang.
 Tentunye aktiviti begini dapat menarik pelancung luar agar lebih mengenali Malaysia amnye serta Gunung Ledang & Hang Tuah khasnye. Program Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang ini bakal disertai oleh Persatuan NGO, Persatuan Pencinta Alam, Pengemar Busana, Persatuan Sukarela & jabatan kerajaan. Program ini di harap tentunya dapat mematangkan peserta – peserta terlibat dan menyajikan mereka dengan seribu satu pengalaman malah mereka mampu mengecapai dan mensyukuri anugerah ciptaan Ilahi serta lebih mengenali jejak pahlawan melayu Hang Tuah yg unggul ini.

Bertitik tolak daripada itu, penganjur Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang ini  bakal menyajikan pengalaman yg berguna serta bakal mencatat Malaysia Book Of Record dgn penyertaan ramai pendaki gunung yg memakai busana melayu lama mendaki jejak Hang Tuah di Gunung Ledang


2. Objektif

Kembara ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistematik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah:

1) Menguji ketahanan fizikal dan mental peserta
2) Mendaki gunung dgn lengkap berbuasana
3) Menjana semangat kepimpinan yg jitu
4) Membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji
5) Menerokai dan menghayati ciptaan Allah yang Maha Agung
6) Memantapkan ukhuwah sesama peserta & persatuan yg terbabit
7) Memantapkan amal jama’i (team building) di kalangan peserta
8) Sambil mendaki mengutip sampah yg ada dlm usaha menjaga warisan bangsa
9)Merasai perit jerih pengorbanan pahlawan agung Hang Tuah mempertahankan tanah air daripada penjajah asing serta perjalanan ranjau yg dilalui ketika mementapkn diri serta mencari ilmu di gunung ledang
10) Menyatakan kesyukuran kepada Ilahi di atas nikmat kemerdekaan selama 57 tahun yg dikecapi oleh Malaysia

3. Tema

”GENERASI BERMARUAH PENERUS BANGSA BERDAULAT”

4. Tempat

GUNUNG LEDANG


5. Tarikh dan Masa

19 , 20 dan 21 Desember 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

6. Anjuran

a) PESAKA LEDANG JOHOR


7. Kerjasama

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) Tangkak
Persatuan Seni Silat PANJI RIA M’SIA
Jabatan Hutan
PDRM

8. Peserta Ekspedisi

Peserta Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang adalah terhad seramai 250 orang terdiri daripada berbagai pertubuhan :

a) 100 orang pelajar pesilat dpd 2 persatuan (50 PssKS, 50 PssPRM)
b) 22 orang AJK
c) 100 orang dpd pelbagai pertubuhan lain samada kerajaan atau bukan kerajaan
d) 4 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam
e) 6 orang guide/penunjuk arah
d) 12 orang pengurusan program


9. Penutup

Pengurusan Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang, mengharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi yg celik sejarah, mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Pengurusan ini juga berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama menyumbangkan buah fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni kami. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.


Disediakan oleh,

(SHAM HJ ABDUL RAHMAN)
KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG




0 comments: