MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

JEJAK HANG TUAH KE BUMI TEMASIKdR

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka bersama Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia telah mengadakan satu program Jejak Hang Tuah Ke Bumi Temasik pada 24 hingga 26 April 2015 dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam dan ISMMA telah berjaya membawa barisan pesilat berbusana pendekar Melayu ke negeri Johor dan Singapura.

Rombongan Jejak Hang Tuah ini telah diberi penerangan khas oleh Dato Paiman bin Keromo Pengarah Muzium DiRaja Johor mengenai pembentukan negeri Johor dan sejarah berkaitan Negeri Johor.Taklimat telah diberikan di dewan

Setelah itu rombongan Jejak Hang Tuah telah memasuki ke Singapura dan diberi sambutan yang gemilang oleh Jameyah Singapura. Majlis kemuncak Jejak Hang Tuah di Bumi Temasik telah diadakan di Dewan Utama Banguna Jameyah Singapura di Geylang 12.

Majlis telah dihadiri
1. YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol - Ketua Deligasi  
2. Datuk Haji Jamil Mokmin - Naib Presiden DMDI
3. Datuk Abu Bakar Abdul - Setiausaha Agung DMDI
4. Dr Hasbi - Presiden Jameyah Singapura
5. 

Program telah bermula dengan ucapan dari kedua dua pihak dan persembahan pencak silat dari Persatuan Pencak Sendeng Singapura.
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka dan Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia telah mempersembahkan Epic Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang

Dalam majlis itu juga Jameyah Singapura yang merupakan wakil DMDI di Singapura telah mengumpulkan pesilat pesilat dari singapura untuk sama sama memeriahkan majlis tersebut.

Alhamdulillah...tahniah dan terimakasih semua yang membantu kejayaan Program ini.

Terimakasih kepada :-

1. Y.A.B. Ketua Menteri Melaka
2. Y.B. Datuk Hajah Norpipah Abdol - Timb Exco Kerajaan Negeri Melaka
3. Presiden Dunia Melayu Dunia Islam
4. Presiden Jameyah Singapura
5. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
6. Komander Akademi JPJ Johor
7. Pengurus Besar ISMMA Melaka
9. Pengarah Muzium Istana Diraja Johor
10. En Mohd Nizam Omar , Pengerusi GB4B Melaka











0 comments:

16/4/2015 @ 3.00PM - TAHNIAH PERTANDINGAN BERCERITA DAERAH JASIN

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TAHNIAH KEPADA SK NYALAS KERANA BERJAYA MENJADI TUAN RUMAH DAN TAHNIAH JUA KEPADA URUSETIA DAN PENGANJUR PETANDINGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN DAN NEGERI MELAKA KERANA PROGRAM YANG SUKSESS DAN TERBAIK..

TAHNIAH DARI KAMI 

PIBG SK NYALAS





0 comments:

UCAPAN PERASMIAN BERTANDINGAN BERCERITA DAERAH JASIN SEK SEK RENDAH DAERAH JASIN

0


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Assallammualaikum wmt wbt
Salam Satu Malaysia , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau , Melaka Maju Fasa Kedua.
Terimakasih kepada pengacara majlis Cikgu ____________________________ ,
1)YANG BERBAHAGIA___________________________________________________
DARI :-_________________________________________________________________
2)YANG BERUSAHA______________________________________________________
DARI :-_________________________________________________________________
3) GURU-GURU PENOLONG KANAN SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS
4) GURU – GURU BESAR DAN GURU GURU YANG MEWAKILI SEKOLAH MENGHANTAR PESERTA PADA HARI INI,
5) GURU – GURU , MURID MURID YANG BERANI MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA PADA HARI INI
6) SETERUSNYA HADIRIN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIN

TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA MEMANJATKAN KESYUKURAN KEPADA ILLAHI KERANA MEMBERI KITA KEMUDAHAN KEMAKMURAN DAN KEHIDUPAN UNTUK KITA BERSAMA DALAM MAJLIS YANG BAIK INI.

SAYA JUGA SELAKU PENGERUSI PIBG SK NYALAS MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI TERIMAKASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA JABATAN PENDIDIKAN DAERAH KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SK NYALAS MENJADI TUAN RUMAH UNTUK PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA MINGGU BAHASA PERINGKAT DAERAH JASIN

KETUPAT RENDANG KETUPAT PALAS
MARI DI MAKAN DI TANJUNG JATI
TERIMAKASIH MEMILIH SK NYALAS
BUDI TUAN KAMI HARGAI

TUAN TUAN / PUAN PUAN YANG DIHURMATI SEKALIAN,

DARI SUDUT PENGHARAPAN IBU BAPA KAMI MEMANDANG USAHA YANG DIJALANKAN INI ADALAH BAIK DAN TERPUJI.IBU BAPA JUGA MEMBERI GALAKAN DAN SOKONGAN KEPADA PROGRAM INI APATAH LAGI ADA DIANTARA ANAK ANAK KAMI YANG TERLIBAT. BERCERITA DENGAN PENUH PENGHAYATAN DAN EMOSI BESERTA DENGAN BAHASA BADAN YANG BERSESUAIAN DAN MIMIK MUKA INI JELAS MENUNJUKKAN PERCAMBAHAN KREATIVITI DAN MENCABAR ANAK ANAK KITA UNTUK BERJAYA DALAM PERTANDINGAN INI. JUSTERUS ITU KAMI PERCAYA BUKAN HANYA PIBG SK NYALAS MALAHAN SEMUA PIBG YANG ADA MENYOKONG PROGRAM INI DAN HARUS DITERUSKAN UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR PELAJAR YANG KREATIF DAN BERDAYA SAING. KERANA DISINI LAHIRNYA BARISAN PEDEBAT UNIVERSITI YANG BAIK , BERPIDATO , BERUCAP DI PENGUCAPAN AWAM DAN SAYA SENDIRI SEMASA TAHUN ENAM PADA TAHUN 1990 ADA MEMASUKI PERTANDINGAN BERCERITA MENGAMBIL DARI SURAH AL FIL,MASA ITU GURU SAYA CIKGU NOTFI DI SEK KEB MASJID BARU , WALAUPUN TIDAK MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DAERAH JASIN TAPI PENGALAMAN ITU MENYEBABKAN SAYA BERANI BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI SEHINGGA HARI INI.

TUAN PENGARAH , GURU GURU SEKALIAN,

SECARA TIDAK LANGSUNG INI MENYEMARAKKAN PENGGUNAAN BAHASA YANG BETUL DAN TEPAT , KERANA KITA TAHU DIDEWASA INI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU ADAKALNYA TIDAK TEPAT DAN BETUL.PENGGUNAAN BAHASA DI PAPAN PAPAN TANDA IKLAN , DI KACA TELEVISYEN , PEMBUNGKUSAN MAKANAN , PAPAN TANDA KEDAI DAN SEBAGAINYA , INI MENJADI MUSUH DAN VIRUS YANG MEROSAKKAN BAHASA , JUGA DI TAMBAHLAGI TEKNOLOGI MENGHANTAR MESEJ BERTULIS DAN BERGAMBAR SEPERTI WHATSAPP , WECHAT , INSTAGRAM , MEREKA MENULIS PENDEK DAN RINGKAS SEPERTI AKU JADI AQ ,AWAK ADA DI MANA JADI AWK KT MN SEHINGGAKAN KANAK KANAK BERUSIA DARJAH 2 HINGGA TADIKA PUN SUDAH TAHU MENGGUNAKAN SINGKATAN INI DAN INI MENYEBABKAN MEREKA KELIRU SEKIRANYA DALAM UJIAN PENULISAN DAN LISAN.INI MEMBERI TUGAS YANG MENCABAR KEPADA GURU GURU UNTUK MEMBERI MEREKA PEMAHAMAN TENTANG PENGUNAAN BAHASA YANG SEBENAR , TEKNOLOGI TIDAK BOLEH DITAHAN ATAU DISEKAT TETAPI KITA BOLEH MENGHADAPINYA DENGAN MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA MERAKA UNTUK MENGASINGKAN YANG MANA SALAH DAN YANG MANA BETUL.DAN ITULAH DIA PERJUANGAN SUCI SEORANG GURU YANG IBARATKAN SEPERTI LILIN MEMBAKAR DIRI UNTUK MENERANGI SUASANA YANG GELAP.


TUAN PENGARAH , GURU GURU SEKALIAN.

KAMI YAKIN USAHA YANG BERPANJANGNA INI AKAN MAMPU MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN MURID MURID KITA.SECARA TIDAK LANGSUNG USAHA INI AKAN BERJAYA MENGANGKAT MARTABAT BAHASA KITA YANG SATU KETIKA DAHULU MENJADI BAHASA UTAMA DI NUSANTARA.
(SUKA JUGA SAYA MENGAMBIL PERHATIAN DISINI SEBAGAI SATU PANDANGAN DARI SAYA YANG KECIL DIDUNIA BAHASA IBUNDA KITA INI , SAYA SELALU TERFIKIR KENAPA APABILA SAYA MENONTON SINETRON ATAU CERITA INDONESIA MEREKA MENGGUNAKAN BAHASA INDONESIA DENGAN LANCAR DAN JELAS NAMUN APABILA SAYA MENDENGAR LAGU YANG MEREKA ALUNKAN SEPERTI NYANYIAN CHINTA BUNGA LESTARI , KUMPULAN UNGU , WALI BAND TAPI SEOLAH BERSYAIR DENGAN BAHASA MELAYU , TAPI LAGU DANGDUT GUNA BAHASA INDONESIA PEKAT , TAPI SEKIRANYA ADA GURU GURU TIDAK PERASAN DENGAN APA YANG SAYA DENGAR INI BOLEH CUBA DENGAR LAGU MEREKA YANG POPULAR..

DAN DISINI SAYA MENGAMBIL KESIMPULAN BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA YANG TINGGI NILAI KESUSASTERAAN DAN MEMPUNYAI NILAI YANG TERSENDIRI.
InsyaAllah apa yang diusahakan pasti berjaya berkat doa dari ibubapa dan guru semua dan bertawakal kita menyerahkan segala apa yang kita usahakan kepada Allah agar keputusannya nanti adalah kejayaan untuk semua anak anak kita yang merupakan anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi kepimpinan dan kemakmuran negara kita tercinta ini. Jadilah kita hamba yang bersyukur atas kenikmatan hidup di bumi bertuah ini dan zahirkanlah terimakasih kita dengan sama sama bersatu padu menjaga keamanan dan kestabilan negara. Jauhilah fahaman ekstrim yang menggugat keamanan negara dan bersama kita bendung budaya merusuh supaya nanti kita sama sama mewarisi negeri dan negara yang stabil yang sentiasa dalam rahmat Allah seperti yang tertulis didalam al quran negeri yang Baldatu Toyyibatun Warabbun Ghaffur.

Negeri Melaka Aman Sentosa
Kaya Dengan Tumbuh Tumbuhan
Marilah kita membuat jasa
Mudah Mudahan Allah kabulkan

ALHAMDULILLAH PERTANDINGAN TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA , DAN ANAK ANAK KITA TIDAK SABAR UNTUK MENDAPAT HADIAH DIATAS KEMENANGAN MASING MASING , SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG MENANG JUGA KEPADA GURU YANG MELATIH DAN IBUBAPA YANG MENGIRINGI MEREKA DENGAN DOA DAN HARAPAN,KETAHUILAH TIADA YANG MENANG ATAU KALAH KERANA SEJAK ADIK ADIK BERSEMANGAT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN ITU ADIK ADIK SUDAH MENANG DAN KITA SEMUA MENANG UNTUK MENJADI INSAN YANG HEBAT,

DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM SAYA MERASMIKAN PERTANDINGAN BERCERITA SEK SEK KEB DI DAERAH JASIN ANJURAN PPD JASIN..TAHNIAH DAN SYABAS,


SEKIAN Terimakasih semua atas komitmen untuk kejayaan pendidikan anak anak kita disekolah ini. TERIMAKASIH

0 comments:

EPIK HANG TUAH 5 BERSAUDARA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG

0





JEJAK HANG TUAH DI TEMASIK

TAJUK : EPIK HANG TUAH 5 BERSAUDARA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG
TARIKH : 25 APRIL 2015 , SABTU
MASA : 8.30 MALAM
LOKASI : DEWAN PUSAT ISLAM SINGAPURA , GEYLANG

BIL
ITEM
TINDAKAN
MASA

1
Tiupan seruling dan paluan gendang
Pasukan Gendang
3 minit
2
Pembukaan Gelanggang
1. Branco
2. Wakil Kota Sendeng
6 minit
3
Persembahan Silat Kota Sendeng
Kota Sendeng dan Gendang
15 minit
4
Sebagai perjalanan usia muda 5 bersaudara
Mempersembahkan seni asas , jurus , bunga , tempur tangan kosong dan pergerakan seragam , lakonan pulang ke kampung
5 orang pesilat kota sendeng dengan memakai baju layang
5 minit
5
Tiupan Seruling


2 minit
6
Melihat pentempuran 5 saudara menentang lanun
10 orang pesilat menentang lanun dengan paluan gendang
5 minit
7
Tiupan Seruling


2 minit
8
Barongan dan Puteri Gunung Ledang
Barongan – Ajib dan Agus


5 minit
9
5 bersaudara menuntut ilmu demonterasi ketahanan dengan kehadiran adiputra , timbulah hang tuah mengabdi diri dan cinta kepada puteri gunung ledang , kemudian timbullah raja melaka menghantar pinangan dgn 7 dulang hantaran...puteri gunung ledang menolak pinangan maka terjadilah pertempuran jiwa...tatkala itu watak seperti tun teja ,puteri hang li po bagi memberi peluang persiapan hang tuah muncul bagi mengesahkan kehadiran beliau di tanah melaka ..Hang Tuah mencampakkan keris dan mengucapkan andai timbul Taming Sari maka Hang Tuah akan kembali........Ketahanan Api....


Panji RIA
15 minit


JUMLAH KESELURUHAN

58 minit




0 comments:

10/03/2015- MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT KOTA SENDENG DI KAMPUNG LAPAN MELAKA

0
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TAHNIAH KEPADA KEKANDA ZAILY RAMLY ATAS PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT DI KG LAPAN MELAKA. MAJLIS DOA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN GURU UTAMA DAN GELANGGANG DI BUKA OLEH KEKANDA RAHIM .

ALHAMDULILLAH SEMUGA PERJUANGAN INI MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN DARI ALLAH SWT.

AMIN 






0 comments:

8.4.2015 - LATIHAN GENDANG NURZULFAKAR

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

MASIH BERTATIH DAN BANYAK PERLU DIPERBAIKI DAN PERLU MENAMBAH INSTRUMENT MUZIK SUPAYA LEBIH MANTAP DAN BAIK.

WALAU BAGAIMANAPUN MASIH JUGA ANAK MUDA BERJIWA SENI YANG CUBA MENDAPATKAN KOD LAGU YANG SESUAI UNTUK BERMAIN SARON.

INSYAALLAH KAMI CUBA YANG TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN SENI SILAT WARISAN BANGSA INI.

ALHAMDULILLAH




0 comments:

KERTAS KERJA JEJAK HANG TUAH DIBUMI TEMASIK

0







JEJAK HANG TUAH DIBUMI TEMASIK
WARISAN BANGSA MENGUKUH UKHUWAH”


ANJURAN

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO ALOR GAJAH

DENGAN KERJASAMA

KERAJAAN NEGERI MELAKA
SKRETERIAT DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA
PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
UNIT SAHABAT BELIA JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

KETUA DELIGASI

YB DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
TIMBALAN EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA

TARIKH

24,25,26 APRIL 2015

DIRASMIKAN OLEH

Y.A.B DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON
KETUA MENTERI MELAKA


PENDAHULUAN

Warisan adalah wadah penyatuan bangsa.Warisan seni silat adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Dengan kesedaran itu kami Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah bersama-sama pertubuhan persilatan yang bernaung di bawah kami bersetuju mengadakan bagi membina semangat nasionalisme dan patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang berdaulat ini merentasi Nusantara dan kali ini kami memilih singapura untuk berkongsi pengalaman hidup dan berguna demi survival bangsa Melayu ini.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

ANJURAN
BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

DENGAN KERJASAMA
KERAJAAN NEGERI MELAKA
SKRETERIAT DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA
PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
UNIT SAHABAT BELIA , JABATAN KETUA MENTERI

KETUA DELIGASI
YB DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
TIMBALAN EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA

TARIKH
24,25,26 APRIL 2015

DIRASMIKAN OLEH
Y.A.B DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON
KETUA MENTERI MELAKA


ATURCARA
24.4.2014 (JUMAAT)

Petang
2.00 - Berkumpul di Audoturium Seri Negeri
3.00 - Ketibaan Tetamu VIP
- YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar bin Atan
- YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol
- YB Senator Tan Sri Mohd Ali b Mohd Rustam
3.15 - Ketibaan YAB Datuk Seri Ir Haji Idris Haron Ketua Menteri Melaka
- Nyanyian Negaraku dan Melaka Maju Jaya
- Bacaan Doa
3.30 - Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah Abdol , Timbalan Exco Pembangunan
Belia dan Warisan Melaka merangkap Ketua Deligasi Ke Singapura
- Ucapan YB Datuk Wira Haji Abd Ghafaar Atan , Exco Kerajaan Negeri
Melaka , Merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
4.00 - Ucapan Perasmian YAB Datuk Seri Ir Haji Idris bin Haron
- Gimik Perasmian
4.30 - Jamuan Ringan
5.00 - Pelepasan Jejak Hang Tuah ke Temasik oleh YAB Datuk Seri
Malam
9.00 - Jamuan Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Johor di Johor Baharu
- Malam Kebudayaan bersama Negeri Johor
11.00 - Penginapan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor

25.4.2014 (SABTU)

Pagi
8.00 - Sarapan pagi
9.00 - Lawatan ke Istana Negeri Johor
9.30 - Taklimat Sejarah dan Pembentukan Negeri Johor
10.30 - Minum pagi
11.00 - Sessi bergambar
12.30 - Makan Tengahari
Petang
2.00 - Bertolak ke Singapura
3.00 - Lawatan Makam Habib Noh
- Lawatan ke Istana Kg Gelam
- Taklimat Sejarah dan Perjuangan Singapura
- Minum petang
Malam
7.00 - Makan malam
8.00 - Ketibaan tetamu Singapura dan Malaysia
8.30 - Ucapan Alu aluan dari Singapura
9.00 - Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah bte Abdol
9.30 - Persembahan Pencak Silat dan Kebudayaan dari Melaka
10.45 - Persembahan Pencak Silat dan Kebudayaan dari Singapura
11.30 - Selawat dan bersurai
11.45 - Bergerak ke Johor Baharu

26.4.2014 (AHAD)

Pagi
8.00 - Sarapan pagi
10.00 - Bertolak ke Melaka


ATURCARA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DARI MELAKA

Masa
Acara
Tindakan

9.30
Bacaan Utusan Ukhuwah dari YAB Ketua Menteri Melaka
YB Datuk Hajah Norpipah bte Abdol
9.45
Persembahan Pencak Silat dari Persatuan Seni Silat Kota Sendeng , Melaka
PSSKS
10.00
Epik Puteri Gunung Ledang
Pencak Silat Panji RIA Malaysia
Panji RIA Malaysia
10.30
Pencak Silat Chemande Gerak Sendi
Chemande Gerak Sendi


PENUTUP

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.

IKHLAS DALAM PERJUANGAN,

DISEDIAKAN OLEH :


(SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB )
017-6876799
http://suhaizannoh.blogspot.com


0 comments:

6/4/2015-SANTAI MALAM

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH SEGALA YANG KITA RANCANG MUGA BERJAYA DAN DIREDHAI ALLAH.

SANTAI BERSAMA SAHABAT MALAM TADI DISAPA OLEH YB DATUK HAJI GHAZALE DUN RIM..PEMIMPIN YANG BAIK DAN MUDAH DITERIMA MASYARAKAT.YB DATUK MINTA BANTU UNTUK MALAM PENDEKAR DUN RIM.

ALHAMDULILLAH SILAT MULA DITERIMA DAN DITEMPATKAN MAJLIS YANG BAIK DAN UKHUWAH.

TERIMAKASIH SEMUA



0 comments:

26.03.2015 UCAPAN ALU ALUAN SAYA DI MESYUARAT PIBG SK NYALAS

0
SUHAIZAN HAJI NOH


Assallammualaikum wmt wbt
Salam Satu Malaysia , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau , Melaka Maju Fasa Kedua.
Terimakasih kepada pengacara majlis Cikgu ____________________________ , yang berbahagia Tuan _____________________________, selaku perasmi Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Yang berbahagia cikgu Asiah bin Ahmad , Guru besar SKN , Cikgu __________________________ GPK Hal Ehwal Murid , Cikgu ___________________________ GPK Koku , Guru guru kanan , guru guru , kakitangan sekolah , barisan jawatankuasa pibg SKN , seterusnya kepada ibubapa yang dirahmati sekalian.
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah tuhan semesta alam ,selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad SAW , kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya kita pada hari ini dapat sama sama berhimpun dalam sebuah majlis pemuafakatan untuk sama sama menyumbang idea kearah kemajuan pendidikan anak anak kita di sekolah ini. Ini juga merupakan salah satu tugas dan tanggung jawab kepada semua ibubapa apabila mendaftarkan anak anak mereka kesekolah ini , iaitu menghadirkan diri dalam mesyuarat Agung PIBG setiap tahun.
Kita juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada perasmi mesyuarat kita pada hari ini kerana sudi melapangkan masa untuk sama sama melihat dan mendengar perkembangan dan kemajuan pendidikan anak anak kita di SKN.
Disini saya ingin merakamkan jutaan terimakasih terutamnya kepada guru guru yang telah sepenuh jiwa mendidik anak anak kita di sekolah ini, termakasih kepada kakitangan pejabat skn kerana bersama menguruskan urusan pentadbiran sekolah dengan baik , terimakasih kepada pekerja rendah awam dan tukang kebun kerana menjaga kebersihan dan lanskap sekolah dengan baik , terimakasih kepada warden asrama yang menjaga anak anak asrama dengan teratur dan baik , terimakasih kepada pengawal keselamatan sekolah yang sentiasa membantu anak anak kita melintas jalan ketika datang dan pulang kesekolah dan pastinya terimakasih kepada ibubapa semua yang menghnatar anak anak kesekolah saban hari untuk sama sama menyediakan modal insan terbaik untuk negara kita tercinta.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Nyalas,


Untuk makluman hari ini merupakan pemilihan semula Jawatankuasa PIBG sekolah ini dan diharap ibu bapa dapat memilih barisan jawatankuasa yang boleh sama sama menyumbangkan idea dan tenaga untuk kemajuan sekolah kita bersama.Dan sekiranya ucapan saya ini ucapan yang terkahir dalam jawatankuasa PIBG ini saya mewakili AJK PIBG sessi ini memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakcekapan sepanjang kami bersama PIBG yang mana kita tahu kekangan masa dan tugas tugas hakiki yang lain amat mencemburui kita , namun atas rasa sayang dan tanggung jawab kita pada SKN ini digagahi jua dengan apa saja peluang dan ruang untuk berbakti dan berkhidmat dengan PIBG. Namun kami sentiasa berdoa dan berharap agar SKN akan terus maju dan mara kehadapan. Suka saya ingatkan disini , PIBG bukanlah satu badan NGO yang ingin bersaing dengan mana mana pihak yang ada disekelilingnya , kerana PIBG ditubuhkan adalah untuk membantu sekolah bagi mencapai misi dan visi dasar pendidikan negara. Dan pemilihan kami untuk menduduki kerusi JK PIBG adalah diatas kesukarelaan dan tidak menjanjikan sebarang imbuhan. Sebaliknya kami berlapang dada dan terbuka untuk menerima bantuan dan kerjasama dari semua pihak asalkan untuk membantu guru guru dan sekolah ini meningkatkan prestasi murid murid sekolah yang kita cintai dan kasihi ini.
Untuk makluman ibubapa dan guru semua , pada tahun ini PIBG mensasarkan beberapa projek pembangunan di sekolah ini untuk memastikan keselesaan anak anak kita berada disekolah ini. Dan diantaranya laluan kedua untuk pejalan kaki masuk kesekolah terutamanya anak anak murid yang tidak perlu berkongsi jalan masuk dengan kenderaan guru sekolah. Ini akan dapat membantu menjaga keselamatan anak anak murid supaya tidak berlaku kecelakaan disuatu hari nanti. Dan kita akan mengabdikan nama orang yang mewakafkan tanah ini untuk pembinaa sekolah iaitu _____________________________.
YB Datuk Wira , Guru guru dan tuan tuan yang dikasihi sekalian,
Didalam program sarana ibubapa kami amat memerlukan sumbangan dari ibubapa semua samada dari segi idea , tenaga dan wang ringgit untuk pembangunan disekolah samada material atau kerohanian. Sumbangan dari pihak swasta , orang persendirian dan agensi yang berkaitan amat diperlukan seperti penyediaan wakaf bacaan , bilik konsultan pibg , program pembangunan insaniah , kelas tambahan matapelajaran utama dan sebagainya. Justeru itu kami berharap agar ibubapa dapat memahami bahawa sumbangan pibg bukanlah satu bebabnan tetapi adalah salah satu interpetasi atau tanda terimakasih kita kepada sekolah dan guru untuk membantu kelancaran pendidikan di sekolah ini. Bersamalah kita menasihati kepada ibubapa lain yang sekiranya meluahkan teridakpuashatian kenapa perlu menyumbang ke tabung pibg kerana bagi kami kadar sumbangan ini adalah terendah dikalangan sekolah sekolah sekitar kita.
InsyaAllah apa yang diusahakan pasti berjaya berkat doa dari ibubapa semua dan bertawakal kita menyerahkan segala apa yang kita usahakan kepada Allah agar keputusannya nanti adalah kejayaan untuk semua anak anak kita yang merupakan anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi kepimpinan dan kemakmuran negara kita tercinta ini. Jadilah kita hamba yang bersyukur atas kenikmatan hidup di bumi bertuah ini dan zahirkanlah terimakasih kita dengan sama sama bersatu padu menjaga keamanan dan kestabilan negara. Jauhilah fahaman ekstrim yang menggugat keamanan negara dan bersama kita bendung budaya merusuh supaya nanti kita sama sama mewarisi negeri dan negara yang stabil yang sentiasa dalam rahmat Allah seperti yang tertulis didalam al quran negeri yang Baldatu Toyyibatun Warabbun Ghaffur.
Negeri Melaka Aman Sentosa
Kaya Dengan Tumbuh Tumbuhan
Marilah kita membuat jasa
Mudah Mudahan Allah kabulkan

Terimakasih semua atas komitmen untuk kejayaan pendidikan anak anak kita disekolah ini. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah , Assallammualaikum wmt wbt. Terimakasih.


0 comments: