MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

26.03.2015 UCAPAN ALU ALUAN SAYA DI MESYUARAT PIBG SK NYALAS

0
SUHAIZAN HAJI NOH


Assallammualaikum wmt wbt
Salam Satu Malaysia , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau , Melaka Maju Fasa Kedua.
Terimakasih kepada pengacara majlis Cikgu ____________________________ , yang berbahagia Tuan _____________________________, selaku perasmi Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Yang berbahagia cikgu Asiah bin Ahmad , Guru besar SKN , Cikgu __________________________ GPK Hal Ehwal Murid , Cikgu ___________________________ GPK Koku , Guru guru kanan , guru guru , kakitangan sekolah , barisan jawatankuasa pibg SKN , seterusnya kepada ibubapa yang dirahmati sekalian.
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah tuhan semesta alam ,selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad SAW , kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya kita pada hari ini dapat sama sama berhimpun dalam sebuah majlis pemuafakatan untuk sama sama menyumbang idea kearah kemajuan pendidikan anak anak kita di sekolah ini. Ini juga merupakan salah satu tugas dan tanggung jawab kepada semua ibubapa apabila mendaftarkan anak anak mereka kesekolah ini , iaitu menghadirkan diri dalam mesyuarat Agung PIBG setiap tahun.
Kita juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada perasmi mesyuarat kita pada hari ini kerana sudi melapangkan masa untuk sama sama melihat dan mendengar perkembangan dan kemajuan pendidikan anak anak kita di SKN.
Disini saya ingin merakamkan jutaan terimakasih terutamnya kepada guru guru yang telah sepenuh jiwa mendidik anak anak kita di sekolah ini, termakasih kepada kakitangan pejabat skn kerana bersama menguruskan urusan pentadbiran sekolah dengan baik , terimakasih kepada pekerja rendah awam dan tukang kebun kerana menjaga kebersihan dan lanskap sekolah dengan baik , terimakasih kepada warden asrama yang menjaga anak anak asrama dengan teratur dan baik , terimakasih kepada pengawal keselamatan sekolah yang sentiasa membantu anak anak kita melintas jalan ketika datang dan pulang kesekolah dan pastinya terimakasih kepada ibubapa semua yang menghnatar anak anak kesekolah saban hari untuk sama sama menyediakan modal insan terbaik untuk negara kita tercinta.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Nyalas,


Untuk makluman hari ini merupakan pemilihan semula Jawatankuasa PIBG sekolah ini dan diharap ibu bapa dapat memilih barisan jawatankuasa yang boleh sama sama menyumbangkan idea dan tenaga untuk kemajuan sekolah kita bersama.Dan sekiranya ucapan saya ini ucapan yang terkahir dalam jawatankuasa PIBG ini saya mewakili AJK PIBG sessi ini memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakcekapan sepanjang kami bersama PIBG yang mana kita tahu kekangan masa dan tugas tugas hakiki yang lain amat mencemburui kita , namun atas rasa sayang dan tanggung jawab kita pada SKN ini digagahi jua dengan apa saja peluang dan ruang untuk berbakti dan berkhidmat dengan PIBG. Namun kami sentiasa berdoa dan berharap agar SKN akan terus maju dan mara kehadapan. Suka saya ingatkan disini , PIBG bukanlah satu badan NGO yang ingin bersaing dengan mana mana pihak yang ada disekelilingnya , kerana PIBG ditubuhkan adalah untuk membantu sekolah bagi mencapai misi dan visi dasar pendidikan negara. Dan pemilihan kami untuk menduduki kerusi JK PIBG adalah diatas kesukarelaan dan tidak menjanjikan sebarang imbuhan. Sebaliknya kami berlapang dada dan terbuka untuk menerima bantuan dan kerjasama dari semua pihak asalkan untuk membantu guru guru dan sekolah ini meningkatkan prestasi murid murid sekolah yang kita cintai dan kasihi ini.
Untuk makluman ibubapa dan guru semua , pada tahun ini PIBG mensasarkan beberapa projek pembangunan di sekolah ini untuk memastikan keselesaan anak anak kita berada disekolah ini. Dan diantaranya laluan kedua untuk pejalan kaki masuk kesekolah terutamanya anak anak murid yang tidak perlu berkongsi jalan masuk dengan kenderaan guru sekolah. Ini akan dapat membantu menjaga keselamatan anak anak murid supaya tidak berlaku kecelakaan disuatu hari nanti. Dan kita akan mengabdikan nama orang yang mewakafkan tanah ini untuk pembinaa sekolah iaitu _____________________________.
YB Datuk Wira , Guru guru dan tuan tuan yang dikasihi sekalian,
Didalam program sarana ibubapa kami amat memerlukan sumbangan dari ibubapa semua samada dari segi idea , tenaga dan wang ringgit untuk pembangunan disekolah samada material atau kerohanian. Sumbangan dari pihak swasta , orang persendirian dan agensi yang berkaitan amat diperlukan seperti penyediaan wakaf bacaan , bilik konsultan pibg , program pembangunan insaniah , kelas tambahan matapelajaran utama dan sebagainya. Justeru itu kami berharap agar ibubapa dapat memahami bahawa sumbangan pibg bukanlah satu bebabnan tetapi adalah salah satu interpetasi atau tanda terimakasih kita kepada sekolah dan guru untuk membantu kelancaran pendidikan di sekolah ini. Bersamalah kita menasihati kepada ibubapa lain yang sekiranya meluahkan teridakpuashatian kenapa perlu menyumbang ke tabung pibg kerana bagi kami kadar sumbangan ini adalah terendah dikalangan sekolah sekolah sekitar kita.
InsyaAllah apa yang diusahakan pasti berjaya berkat doa dari ibubapa semua dan bertawakal kita menyerahkan segala apa yang kita usahakan kepada Allah agar keputusannya nanti adalah kejayaan untuk semua anak anak kita yang merupakan anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi kepimpinan dan kemakmuran negara kita tercinta ini. Jadilah kita hamba yang bersyukur atas kenikmatan hidup di bumi bertuah ini dan zahirkanlah terimakasih kita dengan sama sama bersatu padu menjaga keamanan dan kestabilan negara. Jauhilah fahaman ekstrim yang menggugat keamanan negara dan bersama kita bendung budaya merusuh supaya nanti kita sama sama mewarisi negeri dan negara yang stabil yang sentiasa dalam rahmat Allah seperti yang tertulis didalam al quran negeri yang Baldatu Toyyibatun Warabbun Ghaffur.
Negeri Melaka Aman Sentosa
Kaya Dengan Tumbuh Tumbuhan
Marilah kita membuat jasa
Mudah Mudahan Allah kabulkan

Terimakasih semua atas komitmen untuk kejayaan pendidikan anak anak kita disekolah ini. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah , Assallammualaikum wmt wbt. Terimakasih.


0 comments: