3.4.2015-UCAPAN ALU ALUAN SAYA DI MALAM PENDEKAR DUN ASAHAN
0
Assallammualaikum
wmt wbt
Salam
Satu Malaysia , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar
Teknologi Hijau , Melaka Maju Fasa Kedua.
Terimakasih
kepada pengacara majlis , sahabat saya Adinda Shahril Samzainal S/U
Biro Kebudayaan dan Keseniaan UMNO Bahagian Alor Gajah. Yang
Berhormat Datuk Wira Haji Abd Ghafaar Atan , Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Asahan , yg juga merupakan perasmi Majlis kita pada
malam ini. Disini juga suka saya memperkenalkan guru-guru yang banyak
berjasa kepada kita dalam mengembangkan seni silat di kawasan kita
iaitu
- Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid – Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
- Tuan Guru Juak Ismail bin Abu – Persatuan Seni Silat Chemandi Gerak Sendi
- Tuan Guru Profesor Haji Mohd Arif bin Mat Hanafiah – Persatuan Seni Silat Gayung Fatani
- Tuan Guru Utama Nur Iezzudin bin Abd Rahman – Persatuan Seni Penchak Silat Qi Digdayaan Seri Pathi Mustika Gemalasari Pelangi Shegu Newah Malaysia
- Tuan Guru Utama Abbas bin Dagang – Pukulan Mat Kelang / Persatuan Seni Silat Gerak Tuah
- Tuan Guru Hasan bin Sudin – Seni Silat Sendeng Malaysia
- Tuan Guru Haji Noh bin Darmo – Seni Silat Kota
Barisan
pesilat yang bersemangat untuk mengadakan persembahan pada malam
ini..
YB
Datuk Wira , Tuan Guru , Tuan tuan,Puan-puan yang dikasihi Allah
sekalian,
Alhamdulillah
, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam ,selawat dan salam ke
atas junjungan besar nabi Muhamad SAW , kerana dengan limpah kurnia
dan kasih sayangNya kita pada hari ini dapat sama sama berhimpun
dalam sebuah majlis pemuafakatan berkongsi perjuangan dan minat yang
sama dengan halatuju yang satu iaitu Bersatu Mempertahankan Warisan
Bangsa. Sebatang Lidi amat mudah untuk dipatahkan tetapi jika
serumpun lidi pasti sukar untuk dipatahkan , bulat air kerana
pembetung namun bulat manusia kerana muafakat.Justeru itu kami
mengambil inisiatif dengan tertubuhnya Sekreteriat Pembangunan Silat
Dun Asahan yang didirikan oleh 5 Perguruan berpaksikan Ukhuwah
Silaturrahim sebagai platform untuk kita sama sama menjalankan
aktiviti persilatan di dalam Dun Asahan.
Kita
juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada YAB DATUK WIRA HAJI ABD
GHAFAAR ATAN ADUN ASAHAN kerana sudi melapangkan masa untuk bersama
sama dengan kita mengambil tahu dan sama sama memastikan bahawa
persatuan silat di dun asahan terus aktif dan seiring dengan wawasan
negara. Kerana kita tahu YAB PERDANA MENTERI kita iaitu YAB Datuk
Seri Najib Tun Abd Razak telah mengiktiraf peranan silat ini sebagai
benteng negara yang ketiga selepas tentera dan polis. Ini adalah satu
penghurmatan dan pengiktirafan terhadap seni silat bangsa kita kerana
ini adalah peranan yang amat besar disamping kita melestarikan dan
menghidupkan seni budaya bangsa tetapi kita juga diiktiraf sebagai
benteng negara..Kestabilan dan keamanan negara adalah tanggung jawab
kita semua dan ketaatan kita dan kesetiaan kita kepada Raja dan
Negara tidak perlu dipertikaikan lagi.
YB
Datuk Wira , Guru Guru dan rakan seperjuangan sekalian,
Disini
saya ingin merakamkan jutaan terimakasih terutamnya kepada guru guru
silat yang telah mendidik kami dan menabur jasa untuk memastikan
pesilat disetiap gelanggang menjadi modal insan yang berguna kepada
diri sendiri , masyarakat , agama dan negara. Seni silat bukan hanya
sekadar seni , atau seni mempertahankan diri tetapi seni silat adalah
satu gaya hidup yang berdisplin dan beriman juga berkahlak mulia.
Kami diajar amalan dari bangun pagi ketika celik dari tidur dengan
ucapan Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan melakukan pernafasan.
Sehingga cara berjalan , cara pergaulan , cara percakapan , cara
kehidupan dan segalanya ade dalam pelajaran silat. Ikut resmi padi ,
lagi tunduk lagi berisi,menghurmati dan menyayangi ibubapa adalah
teras pelajaran silat , menghurmati dan berbakti dengan guru ,
berjuang bersama pemimpin yang adil dan setiap gerakan dan perilaku
adalah ingatan yang tidak putus dengan Sang Pencipta Allah Azza
Wajjalla . Wala Haulawala Quwwata Illah billahil aliyil azim..Tiada
yang kuat dan gagah melainkan Allah.
Terimakasih
juga semua pemimpin diperingkat kampung dan cawangan yang telah
memberi keizinan kepada kami setiap persatuan silat untuk menubuhkan
gelanggang , terimakasih kepada ibubapa yang memberi keizinan dan
keredhaan kepada kami untuk belajar dan juga terimakasih tidak
terhingga kepada YB Datuk Wira kerana sentiasa menyokjong kami untuk
memperjuangkan silat dibumi bertuah ini.
Besar
harapan kami YB Datuk Wira untuk melihat cita cita dan idea dari YB
Datuk Wira untuk membina Gelanggang Adiputra di kaki gunung ledang
menjadi realiti.kerana itu adlah merupakan menifestasi terhadap
komitmen kita semua untuk memastikan perjuangan silat terus subur
dibumi Asahan pesantren Panglima 5 Bersaudara menimba ilmu yang hak
menjadi pagar keamanan sejagat. Dengan berasaskan blue ocean strategi
kami menubuhkan sekreteriat pembangunan silat dun asahan yang
dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Wira untuk menzahirkan betapa
serius dan perlukanya kita kompleks Adeputra tersebut. 5 perguruan
yang bergabung ini telah lulus berdaftar di bawah ROS dan mempunyai
akaun sendiri , jadi kami ini persatuan yang sah disisi undang undang
negara dan sekiranya ada sumbangan pentadbiran boleh disumbangkan
terus kepada akaun kami.
Akhir
sekali , kami berharap agar Malam Pendekar di Dun Asahan ini akan
diadakan setiap tahun sebagai satu majlis yang mengiktiraf guru guru
dan persatuan silat yang wujud di dun Asahan. Dan pada malam ini kita
memperkenalkan Selendang Pengiktirafan kepada individu yang terus
menghidupkan Seni Silat di dun Asahan iaitu Selendang Pendekar Dun
Asahan , Selendang Pendekar Muda Dun Asahan dan Satria Dun Asahan.
Majlis ini adalah majlis kita semua dan ini akan memberi satu impak
positif kepada pembangunan sahsiah dan semangat patriotisme kita
kepada anak anak bangsa yg senario kita anak anak muda kian hilang
pertimbangan , kian hilang semangat patriotisme , kesukarelaan dan
memberontak tanpa iman dan akal kerana mereka kurangnya ilmu dan
kesedaran. Kerna itu perjuangan silat perlu diperkasakan kerana Taat
kami bukan Taat membuta tuli , Tindakan kami bukan bernafsu dimata
beraja dihati , tetapi pertimbangan akal dan iman perlu diperhati ..
intulah pendekar ..Pendekar dun Asahan.
InsyaAllah
apa yang diusahakan pasti berjaya berkat doa dari ibubapa semua dan
bertawakal kita menyerahkan segala apa yang kita usahakan kepada
Allah agar keputusannya nanti adalah kejayaan untuk semua anak anak
kita yang merupakan anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi
kepimpinan dan kemakmuran negara kita tercinta ini. Jadilah kita
hamba yang bersyukur atas kenikmatan hidup di bumi bertuah ini dan
zahirkanlah terimakasih kita dengan sama sama bersatu padu menjaga
keamanan dan kestabilan negara. Jauhilah fahaman ekstrim yang
menggugat keamanan negara dan bersama kita bendung budaya merusuh
supaya nanti kita sama sama mewarisi negeri dan negara yang stabil
yang sentiasa dalam rahmat Allah seperti yang tertulis didalam al
quran negeri yang Baldatu Toyyibatun Warabbun Ghaffur.
Negeri
Melaka Aman Sentosa
Kaya
Dengan Tumbuh Tumbuhan
Marilah
kita membuat jasa
Mudah
Mudahan Allah kabulkan
Kalau
roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan hamba serahkan
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan hamba serahkan
Kelam
Kelip Kusangka Api
Kalau
Api Mana Sumbunya
Hilang
Ghaib Kami Sangka Tuah Mati
Rupanya
Dun Asahan Hidup Semangatnya
Terimakasih
Sekian wabillahi taufiq wal hidayah , Assallammualaikum wmt wbt.
Terimakasih.