MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Majlis Perkahwinan di Felda Bukit Senggeh

0

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH YANG MEMPERCAYAI PSSKS ABBEY UNTUM MEMBUAT PERSEMBAHAN DI RUMAH MAJLIS PERKAHWINAN..

SEMUGA BAHAGIA HINGGA SELAMANYA

TAHNIAH

0 comments:

19.9.2015 Demo Silat Di Ipoh Perak KENANGAN TERINDAH

0






0 comments:

JEREBU - BILA AKAN BERAKHIR

0


Assallammualaikum dan salam perjuangan,

Pertikaian masalah jerebu di Asia Tenggara sehingga kini masih lagi berlaku diantara negara Malaysia - Singapura - Indonesia
Kita tahu pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia menyebabkan jerebu tersebut.
kerakusan manusia yang mengejar kekayaan menyebabkan mereka lupa akan tanggung jawab sejagat...sehinggakan memberi bencana kepada alam dan timbul masalah diplomasi antara negara..
Pengusaha pengusaha ini seharusnya dihukum dan diberi tindakan yang sewajarnya dengan melelong harta harta mereka untuk membiayai proses pembenihan awan dan operasi memadam kebakaran.
namun kita sedar usaha ini tidak akan memadai namun kita sebagai insan yang lemah harus sentiasa berdoa kepada Allah agar negara kita terhindar dari segala malapetaka...


JAKARTA: Indonesia hari ini meminta Malaysia dan Singapura memahami usaha republik itu menangani isu jerebu yang semakin serius.

Ketua Staf Pejabat Presiden, Teten Masduki dipetik oleh portal-portal berita tempatan hari ini sebagai berkata, jerebu tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana kawasan kebakaran di ladang kelapa sawit dan tanah gambut itu sangat luas.

Teten berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada Malaysia dan Singapura mengenai isu jerebu di kedua-dua buah negara itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Katanya, kerajaan Indonesia tidak berdiam diri dan sedang mengambil pelbagai usaha untuk memastikan kebakaran seumpama itu tidak berulang.

Beliau juga berkata, Malaysia dan Singapura selama ini telah menikmati hasil hutan Indonesia bukan sekadar bahan baku produk industri malah keberadaan hutan Indonesia juga turut menyumbang oksigen kepada kedua-dua buah negara itu.

"Saya kira Singapura juga cukup menikmati selama ini bekalan oksigen dari Indonesia selama sembilan bulan dan kita tahu juga banyak industri kebun dieksport ke Singapura," katanya.

Singapura dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada hukuman denda berat terhadap syarikat Indonesia yang bertanggungjawab membakar ladang dan hutan sehingga menyebabkan tahap kualiti udara tidak sihat di sekitar bandar raya negara itu.

Kerajaan Singapura dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, lima buah syarikat Indonesia termasuk syarikat multinasional, Asia Pulp and Paper (APP) bakal menerima notis tindakan undang-undang.

Langkah itu berikutan kemelut diplomatik ekoran kegagalan Indonesia menghentikan jerebu berasap yang turut memberi kesan kepada Malaysia dan berterusan sejak bertahun-tahun.

Sementara itu, jerebu yang serius ditahap berbahaya masih melanda wilayah Pontianak di Kalimantan Barat dan semua sekolah di daerah Palangkaraya di wilayah itu terpaksa ditutup hari ini.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pontianak adalah antara 750 dan 800 sejak tengah hari tadi.

Selain itu, daerah Pekanbaru di Riau masih dalam keadaan darurat jerebu dan menurut laporan berita televisyen tempatan, jarak ketampakan di Pekanbaru sekarang hanya 100 meter dan bacaan IPU mencecah 858.

0 comments:

DOL SAID PAHLAWAN NANING - ASPIRASI ORANG MUDA DALAM PERJUANGAN BANGSA , AGAMA DAN TANAH AIR

0





ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

SAYA TITIPKAN DISINI PENGENALAN AWAL SIAPAKAH DATO DOL SAID PENGHULU NANING KE-9

YANG NYATA BELIAU MENJAWAT AMANAH PENGHULU KETIKA BERUMUR 26 TAHUN "Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun"
SEORANG MUDA BELIA NAMUN MEMPUNYAI SEMANGAT HINGGA MAMPU MENUMPASKAN BRITISH KUASA BESAR KETIKA ITU..
INILAH SEMANGAT YANG PERLU ADA DIKALANGAN ANAK ANAK ADAT SUPAYA KITA MEMPUNYAI JATI DIRI YANG KENTAL DAN ILMU YANG BENAR...

KISAH DIAMBIL DARI BLOG INI http://abdullatip.blogspot.my




British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.

Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.

Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua. 

Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.

Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.

DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka. Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke sembilan.

Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. 

Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.

British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.

Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.
Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832. 

Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. 

Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.




0 comments:

TERIMAKASIH ANUGERAH ADAT PERPATIH WILAYAH NANING , AHLI MANGKU NANING (AMN)

0




Assallammualaikum dan salam perjuangan
Selamat pagi

Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan dan dipinjamkan segala nikmatNya ke atas diriku untuk terus hidup dimuka bumi ini sebagai hambaNya dan khalifah dimuka bumi ini, sebagai imam keluarga dan terus berbakti kepada ibubapa , keluarga dan guru tercinta..

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Lembaga Adat Naning yang mencalonkan nama saya untuk pingat adat ,  Ahli Mangku Naning (AMN) dan telah diperkenankan oleh YAM Orang Kaya Merah Dato Undang Naning Jamil bin Sidi.

Saya juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dato Menteri Muda Dato Samzainal Haji Abd Karim atas usaha beliau memperkenalkan saya di dalam Alam Perpatih Naning ini yang menerima saya untuk terus menabur jasa di Mukim Nyalas.

Terimakasih juga kepada sahabat saya Sdr Shahril Samzainal yang banyak menyokong dan membantu saya mengadakan program di Mukim Nyalas..

Dan yang paling berharga adalah anak anak perguruan seni silat kota sendeng gelanggang kg Abbey / Nurzulfakar yang selama ini bersama saya dan sama sama berkorban masa dan tenaga untuk mempromosi dan memperkenalkan silat warisan bangsa ini..

Bagi saya penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan silat di Wilayah Naning khususnya Mukim Nyalas yang selama ini bersama mengembangkan dan mendisplinkan anak anak adat supaya mengenal lebih mendalam yang tersurat dan tersirat dalam perjuangan memartabatkan bangsa , agama dan tanah air tercinta...

TAHNIAH semua , kami mendoakan agar Wilayah Adat Perpatih Naning ini akan terus maju dan makmur dan mukim Nyalas akan menjadi contoh terbaik dikalangan 25 mukim yang ade dalam wilayah ini.. Bukan nama dan pangkat yang kami kejar tetapi biarlah nanti kematian dan peninggalan kami bukan hanya meninggalkan nama jika ingin dipuji tetapi meninggalkan warisan yang akan setia hati dan jiwa mempertahankan kesucian Islam , maruah melayu dan kemerdekaan tanah air tercinta...
Allahu Akbar Allahu Haq...

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

#semangatjuang
#singaberjuang

Ikhlas,


SUHAIZAN HAJI NOH ,
Pewaris Bunga Padi
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Melaka
Jurulatih
Gelanggang Nurzulfakar , Kg Abbey Melaka

-PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAWASAN ALOR GAJAH
-TIMBALAN PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA
-MAJLIS KERJA TERTINGGI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
-KETUA PEMUDA UMNO KG ABBEY/PONDOK BATANG
-NAIB PENGERUSI MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH JASIN
-NAIB PRESIDEN MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA
-SETIAUSAHA PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
-AHLI JAWATANKUASA SIGMA (PERSATUAN GURU GURU SILAT MELAKA)
-YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA GURU SEK KEB NYALAS
-AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH
-PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0 comments:

HUJUNG MINGGU YANG HEBAT ; 18.9.2015 DAN 19.9.2015

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH ALLAH SWT TELAH MEMBERI PINJAM KESIHATAN DAN KELAPANGAN KEPADA SAYA UNTUK MENGURUSKAN DAN MEMBANTU MEMERIAHKAN MAJLIS PERSILATAN PADA HUJUNG MINGGU YANG HEBAT INI..SAYA DOAKAN AGAR DIRI SAYA DAN KELUARGA SAYA TERHINDAR DARI SEGALA KEJAHATAN DAN BISIKAN FITNAH YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEBENARAN..DAN KALAM ITU PASTI TERDIRI DENGAN SENDIRI..
"WA QUL JAA AL HAQ WAZA HAQQAL BATHILU INNAL BATHILA KAA NA ZAHUKA"

18.9.2015

MAJLIS PERHIMPUNAN PESAKA MERDEKA 2015 DI DATARAN MERDEKA








19.9.2015

MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG DAN PENGKHATAMAN SENI SILAT PANJI CAWANGAN GELANGGANG TAMAN KELEBANG JAYA , IPOH PERAK

ALHAMDULILLAH TAHNIAH GURU SHAM ABD RAHMAN







0 comments:

WACANA BICARA PATRIOTISME PENDEKAR MUDA DUN ASAHAN

0











ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI

SEMUGA TERUS MAJU JAYA


WACANA BICARA PATRIOTISME PENDEKAR MUDA DUN ASAHAN

ANJURAN

SEKRETERIAT PEMBANGUNAN SILAT DUN ASAHAN

KERJASAMA

BIRO TATANEGARA CAW NEGERI MELAKA
MAJLIS KESELAMATAN NEGERI MELAKA
BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO ALOR GAJAH

PERASMI
YG BERBAHAGIA MOHD NIZAM BIN OMAR
MEWAKILI YB SENATOR ZALI MD YAASIN

PANEL
  1. RUZAIDI BIN HAJI ABD RAHMAN
  2. DR JASMI BIN AHMAD
MODERATOR
CIKGU KAMARUL ANUAR BIN TALIB

PESERTA 500 ORANG

  1. PESILAT PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
  2. PESILAT PERSATUAN SENI SILAT CHEMANDE GERAK SENDI
  3. PESILAT PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG FATANI
  4. PESILAT PERSATUAN SENI SILAT GERAK TUAH
  5. PESILAT PERSATUAN SENI SILAT PELANGI SHEGU NEWAH MALAYSIA
  6. PESILAT PESILAT JEMPUTAN SEKITAR MELAKA

YBHG TUAN GURU UTAMA RAHMAN BIN HAMID
PROGRAM INI ADALAH BAIK KERANA BERJAYA MENGHIMPUNKAN PENDEKAR ATAU PESILAT MUDA DALAM MENYEMAI SEMANGAT JATI DIRI SUPAYA ORANG MUDA LEBIH KENAL SEJARAH BANGSA DAN TAHU PERIT GETIR DALAM MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA.

TUAN HAJI JOHARI BIN ADAM
KAMI BERHARAP PROGRAM INI AKAN DIADAKAN DARI MASA KESEMASA DAN DIBERI BANTUAN BERTERUSAN SUPAYA BOLEH DIADAKAN DISETIAP DUN DAN PARLIMEN DALAM NEGERI MELAKA.
PENDEKAR MUDA ADALAH MERUPAKAN ASET TERPENTING NEGARA KERANA MEREKA TELAH DIDIK DAN DIAJAR UNTUK SETIA DAN TAAT DAN DISPLIN DALAM SETIAP PEKERJAAN YANG MEREKA LALUI.

LATARBELAKANG RUZAIDI RAHMAN (PELAKON/PESILAT NEGARA/ATLIT NEGARA)

Profesion:
-JURULATIH SENI BELADIRI,
-PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL,
- PENGIRING VIP,
- AKTOR.
Aliran Seni Beladiri:
-SILAT CEMANDI,
- SILAT SENI GAYONG,
-SILAT PENDEKAR BERTUAH,
-SILAT ABJAD,
-MUAY THAI,
-BOXING,
Antara Pencapaian :
~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA
~ PERNAH MENJADI JURULATIH KEPADA PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR



ATURCARA


  • 8.00 malam : Ketibaan Peserta
  • 8.30 malam : Ketibaan Perasmi
  • 8.45 malam : Perarakan masuk
  • 8.50 malam : Nyanyian lagu Negaraku,Melaka Maju Jaya,Patriotik
  • 9.00 malam : Bacaan doa dan Ikrar Rukunegara
  • 9.10 malam : Demo Silat Pembukaan
  • 9.15 malam : Majlis Ucapan Perasmian
  • 9.30 malam : Forum Bermula
  • 11.30 malam : Bersurai

0 comments:

Storyboard Semerah Padi unplugged

0


Storyboard Semerah Padi unplugged

1.pemain muzik naik pentas dahulu

2. Gitar solo main lagu ulik 2 rangkap

3. Saron masuk main lagu ulik bersama gitar..selepas 2 rangkap

4. Masuk gendang dan gong...main 2 rangkap dan STOP.
*senyap dalam kiraan 5

5. Masuk gitar solo lagu Mentera Serah Padi 

6. Serentak pembukaan silat

7. Lagu mentera semerah padi diteruskan sambil diiringi pesilat membuat jurus 6&7

8. Masuk korus gendang dan gong dan saron akan dimainkan 

9. Pesilat akan buat demo tempur tangan kosong
*buah pukul sampai yg ke4 sahaja

10. Sambung buah parang Aiman vs baby

11.terus sambung jurus 4 dengan semangat dan pantas

12. Stop dan lagu ulik dimainkan dgn gitar solo dan mengikut urutan seperti seperti pembukaan

13. Pesilat membuat jurus penutup 1 penjuru..hurmat dan bererdar kuar gelanggang

14. Muzik habis dimainkan dan stop

15. Pemain muzik berdiri dan hurmat dan keluar dari pentas

Siapa yang terlibat mohon berlatih 

Terimakasih.

0 comments:

PROGRAM YANG DIRANCANG DAN DISERTAI SEPTEMBER FEVER

0

Assallammualaikum 

Salam Perjuangan
Program kita terdekat
1)11.9.2015@7.45pm Sayembara Merdeka di Dataran Belia Jasin.
2)12.9.2015@7.45pm Wacana bicara patriotisme bersama Guru Ruzaidi di dewan Kasturi Selandar
3) 13.9.2015@11.00pagi Himpunan pendekar muda di Menara Taming Sari
4) 18.9.2015@8.00pm Himpunan Pesilat 1Malaysia di stadium Merdeka
5) 19.9.2015@8.00pm Majlis Pembukaan Gelanggang Panji Ria di Perak
6) 11.10.2015@1.00pm Mesyuarat Agung PSSKS didewan MSN Asahan
7) 24.10.2015@9.00am Program Hol Muharam Pak Syeikh Cahaya Dlima di Taman Lagenda Gate B Sagil

Sila respon kehadiran
TqvmSHN

0 comments:

JEMPUTAN HIMPUNAN WACANA PENYATUAN BANGSA

0


JEMPUTAN HIMPUNAN WACANA PENYATUAN BANGSA
📢📢📢Temui Guru Ruzaidi Abdul Rahman di Program
Wacana bicara patriotik akan diadakan secara forum dan panel adalah:-
1. Guru Ruzaidi Abd Rahman @Wak Didi
2. Dr Jasmi bin Ahmad Penceramah Biro Tata Negara
Dan moderator cikgu Kamarul Anuar bin Talib.
✏Program ini akan diadakan pada 12.9.2015 jam 8.00pm di Dewan Kasturi Selandar dan dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abd Ghafaar Atan Adun Asahan.
✏Program ini anjuran Sekreteriat Pembangunan Silat Dun Asahan dengan Kerjasama Biro TataNegara dan Majlis Keselamatan Negara.
🙏Pakaian Busana Pendekar.
✏Jom kita sama sama hadir....
✏Latarbelakang ringkas Guru Ruzaidi
Profesion:
-JURULATIH SENI BELADIRI,
-PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL,
- PENGIRING VIP,
- AKTOR.
Aliran Seni Beladiri:
-SILAT CEMANDI,
- SILAT SENI GAYONG,
-SILAT PENDEKAR BERTUAH,
-SILAT ABJAD,
-MUAY THAI,
-BOXING,
Antara Pencapaian :
~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA
~ PERNAH MENJADI JURULATIH KEPADA PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
📢📢📢📢📢📢📢
✏TENTATIF CADANGAN
Wacana Bicara Patriotisme
1.Menunggu dwaga dgn pendekar
2. Iring masuk dengan paluan gendang pssgfm
3. Sampai tempat duduk sambg nyanyian Negaraku Melaka Maju Jaya dan lagu Warisan(sudirman)
4. Bacaan Ikrar (Sulaiman Othman)
5. Bacaan Doa (imam selandar)
6. Persembahan silat
🏻Pembukaan Abdullah Psscgs
🏻Demo pukulan pssks
🏻Demo tempur pssgfm
🏻Demo tekpi psscgs
🏻Demo pukulan pssgt
🏻Penutup pssspgsm
7. Ucapan Alu Aluan Imam Hj Johari wakil dari sekretariat pssda
8. Ucapan perasmian Dwaga
9. Forum bermula
☑Forum 1 -45 minit
☑Break persembahan silat 5 minit
☑Forum 2 -30minit
☑Soal jawab spontan drp penonton
10. Penyampaian cenderamata
11. Bersurai
📢📢📢📢📢📢📢
Jom hadir.......
tqvmSHN
‪#‎semangatjuang‬
‪#‎sehatisejiwa‬

0 comments:

MERDEKA 58

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA SAHABAT YANG BERSAMA DALAM PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA. SEMUGA SEMANGAT INI AKAN TERUS MEMBARA UNTUK MENJADI SEORANG WARGANEGARA YANG HEBAT DAN BERGUNA

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA





0 comments: