MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

JEREBU - BILA AKAN BERAKHIR

0


Assallammualaikum dan salam perjuangan,

Pertikaian masalah jerebu di Asia Tenggara sehingga kini masih lagi berlaku diantara negara Malaysia - Singapura - Indonesia
Kita tahu pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia menyebabkan jerebu tersebut.
kerakusan manusia yang mengejar kekayaan menyebabkan mereka lupa akan tanggung jawab sejagat...sehinggakan memberi bencana kepada alam dan timbul masalah diplomasi antara negara..
Pengusaha pengusaha ini seharusnya dihukum dan diberi tindakan yang sewajarnya dengan melelong harta harta mereka untuk membiayai proses pembenihan awan dan operasi memadam kebakaran.
namun kita sedar usaha ini tidak akan memadai namun kita sebagai insan yang lemah harus sentiasa berdoa kepada Allah agar negara kita terhindar dari segala malapetaka...


JAKARTA: Indonesia hari ini meminta Malaysia dan Singapura memahami usaha republik itu menangani isu jerebu yang semakin serius.

Ketua Staf Pejabat Presiden, Teten Masduki dipetik oleh portal-portal berita tempatan hari ini sebagai berkata, jerebu tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana kawasan kebakaran di ladang kelapa sawit dan tanah gambut itu sangat luas.

Teten berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada Malaysia dan Singapura mengenai isu jerebu di kedua-dua buah negara itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Katanya, kerajaan Indonesia tidak berdiam diri dan sedang mengambil pelbagai usaha untuk memastikan kebakaran seumpama itu tidak berulang.

Beliau juga berkata, Malaysia dan Singapura selama ini telah menikmati hasil hutan Indonesia bukan sekadar bahan baku produk industri malah keberadaan hutan Indonesia juga turut menyumbang oksigen kepada kedua-dua buah negara itu.

"Saya kira Singapura juga cukup menikmati selama ini bekalan oksigen dari Indonesia selama sembilan bulan dan kita tahu juga banyak industri kebun dieksport ke Singapura," katanya.

Singapura dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada hukuman denda berat terhadap syarikat Indonesia yang bertanggungjawab membakar ladang dan hutan sehingga menyebabkan tahap kualiti udara tidak sihat di sekitar bandar raya negara itu.

Kerajaan Singapura dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, lima buah syarikat Indonesia termasuk syarikat multinasional, Asia Pulp and Paper (APP) bakal menerima notis tindakan undang-undang.

Langkah itu berikutan kemelut diplomatik ekoran kegagalan Indonesia menghentikan jerebu berasap yang turut memberi kesan kepada Malaysia dan berterusan sejak bertahun-tahun.

Sementara itu, jerebu yang serius ditahap berbahaya masih melanda wilayah Pontianak di Kalimantan Barat dan semua sekolah di daerah Palangkaraya di wilayah itu terpaksa ditutup hari ini.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pontianak adalah antara 750 dan 800 sejak tengah hari tadi.

Selain itu, daerah Pekanbaru di Riau masih dalam keadaan darurat jerebu dan menurut laporan berita televisyen tempatan, jarak ketampakan di Pekanbaru sekarang hanya 100 meter dan bacaan IPU mencecah 858.

0 comments: