MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TERIMAKASIH ANUGERAH ADAT PERPATIH WILAYAH NANING , AHLI MANGKU NANING (AMN)

0




Assallammualaikum dan salam perjuangan
Selamat pagi

Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan dan dipinjamkan segala nikmatNya ke atas diriku untuk terus hidup dimuka bumi ini sebagai hambaNya dan khalifah dimuka bumi ini, sebagai imam keluarga dan terus berbakti kepada ibubapa , keluarga dan guru tercinta..

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Lembaga Adat Naning yang mencalonkan nama saya untuk pingat adat ,  Ahli Mangku Naning (AMN) dan telah diperkenankan oleh YAM Orang Kaya Merah Dato Undang Naning Jamil bin Sidi.

Saya juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dato Menteri Muda Dato Samzainal Haji Abd Karim atas usaha beliau memperkenalkan saya di dalam Alam Perpatih Naning ini yang menerima saya untuk terus menabur jasa di Mukim Nyalas.

Terimakasih juga kepada sahabat saya Sdr Shahril Samzainal yang banyak menyokong dan membantu saya mengadakan program di Mukim Nyalas..

Dan yang paling berharga adalah anak anak perguruan seni silat kota sendeng gelanggang kg Abbey / Nurzulfakar yang selama ini bersama saya dan sama sama berkorban masa dan tenaga untuk mempromosi dan memperkenalkan silat warisan bangsa ini..

Bagi saya penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan silat di Wilayah Naning khususnya Mukim Nyalas yang selama ini bersama mengembangkan dan mendisplinkan anak anak adat supaya mengenal lebih mendalam yang tersurat dan tersirat dalam perjuangan memartabatkan bangsa , agama dan tanah air tercinta...

TAHNIAH semua , kami mendoakan agar Wilayah Adat Perpatih Naning ini akan terus maju dan makmur dan mukim Nyalas akan menjadi contoh terbaik dikalangan 25 mukim yang ade dalam wilayah ini.. Bukan nama dan pangkat yang kami kejar tetapi biarlah nanti kematian dan peninggalan kami bukan hanya meninggalkan nama jika ingin dipuji tetapi meninggalkan warisan yang akan setia hati dan jiwa mempertahankan kesucian Islam , maruah melayu dan kemerdekaan tanah air tercinta...
Allahu Akbar Allahu Haq...

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

#semangatjuang
#singaberjuang

Ikhlas,


SUHAIZAN HAJI NOH ,
Pewaris Bunga Padi
Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Melaka
Jurulatih
Gelanggang Nurzulfakar , Kg Abbey Melaka

-PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAWASAN ALOR GAJAH
-TIMBALAN PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA
-MAJLIS KERJA TERTINGGI GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
-KETUA PEMUDA UMNO KG ABBEY/PONDOK BATANG
-NAIB PENGERUSI MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH JASIN
-NAIB PRESIDEN MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA
-SETIAUSAHA PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
-AHLI JAWATANKUASA SIGMA (PERSATUAN GURU GURU SILAT MELAKA)
-YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA GURU SEK KEB NYALAS
-AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH
-PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0 comments: