MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MENYIMPAN NOSTALGIA LAMA YANG BERHARGA - GELANGGANG ABBEY

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA 22.3.2017 JAM 9.00 MALAM SAYA DAN BEBERAPA ORANG PELAJAR TELAH MENGADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN KEMBALI GELANGGANG SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG KG ABBEY.

KEADAAN SEPERTI YANG LAMA DAN TERASA RINDU YANG AMAT SANGAT UNTUK BERAKSI DAN BELAJAR DI GELANGGANG TERSEBUT.

GELANGGANG BERPASIR DAN DITEMANI BUNYI CENGKRIK DAN SUASANA KAMPUNG MENYOROT KEMBALI PELBAGAI KENANGAN BERMULA DATI TAHUN 2000 HINGGA SEKARANG SUDAH BERUMUR 17 TAHUN GELANGGANG TERSEBUT.

PELBAGAI SUKA DUKA DAN KENANGAN YANG TELAH DIRAKAMKAN DI GELANGGANG TERSEBUT.

HANYA ALLAH JUA YANG TAHU AKAN SEGALANYA YANG TERSIMPAN PELBAGAI NOSTALGIA BERHARGA UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI..

DOAKAN SEMUGA GELANGGANG INI AKAN TERUS SUBUR DAN TERUS MELAHIRKAN PESILAT YANG BERBAKTI PADA KEDUA IBUBAPA , KELUARGA , AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

INSYA ALLAH..




0 comments:

TAHNIAH SENI SILAT SENDENG GELANGGANG KG CHOHONG

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah tahniah kepada Persatuan Seni Silat Sendeng Warisan Melaka Gelanggang Chohong kerana telah Berjaya mengadakan Majlis Kkhatam Asas pada 18.3.2017 di kg Chohong yang lepas. Majlis telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Ahmad Hamzah Ahli Parlimen Jasin dan YB Datuk Wira Haji Ghazale Muhammad Adun RIM.

Tahniah kepada cikgu Azhar yang telah Berjaya mendidik anak anak sendeng dengan baik sekali.

Terimakasih




0 comments:

MAKAM NISAN BELIMBING , CHOHONG JASIN MELAKA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
 
Alhamdulillah pada hari ini 19 Mac 2017 telah diberi kesempatan untuk menziarahi Makam Berlimbing yang ada di kampong Chohong. Saya bernasib baik kerana berjumpa dengan Tuan Haalim Noordin yang ketika itu sedang berbincang dengan sahabat dari Selangor untu menzaiarahi makam tersebut.
 
Setakat ini belum ada maklumat atau kajian berkaitan kawasan pemakaman tersebut. Diberitakan kawasan pemakanan tersebut sudah lama dan mungkin wujud sebelum atau semasa kerajaan negeri Melaka.
 
Sebenarnya bukan hanya bentuk belimbing saja nesan tersebut tetapi ada pelbagai bentuk nesan yang ada di kawasan tersebut. Namun setakat ini tiada keputusan atau jawapan khusus berkaitan kawasan pemakaman tersebut.
 
Mungkin ada sejarah bernialai yang boleh didapati di kawasan pemakaman tersebut dan mungkin pelbagai andaian akan muncul dengan menculnya kawasan pemakaman ini.
 
Pihak perzim atau issma akan mengerakkan pasukan arkeologi untuk menjalankan sisasatan berkaiatan penemuan makam ini..Sama sama kita nantikan penyelidikan tersebut.





0 comments:

PENDIRIAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA DALAM ISU KOREA UTARA

0
PENDIRIAN GERAKAN BELIA 4B  MALAYSIA NEGERI MELAKA DALAM ISU KOREA UTARA 

Gerakan Belia 4B Negeri Melaka menyokong Penuh tindakan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dalam isu Korea Utara.

Tindakan Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia keluar dari Negara tersebut adalah satu tindakan yang melanggar prinsip hubungan diplomatik dan undang-undang antarabangsa.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan budaya hidup yang memuliakan persahabatan dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat akrab dengan semua negara di dunia dan Negara ini wujud  bukan mengamalkan budaya peperangan

Gerakan Belia 4B Negeri Melaka juga menyokong Penuh Segala usaha Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj  Abd Razak - Perdana Menteri dalam menyelamatkan Rakyat Malaysia di Korea Utara dan melakukan apa sahaja berlandaskan undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa.

Gerakan Belia 4B Negeri Melaka juga mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara dan penyelesaian yang sebaiknya dalam hubungan Bilateral diantara Kuala Lumpur dan Pyongyang.

MOHD NIZAM BIN HJ.OMAR
Pengerusi 
Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka
 

 

0 comments:

ISU KOREA UTARA - SILA HORMATI NEGARA LAIN

0



LAWAK ANTARABANGSA


Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?


Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara. 


Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan. 


Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon. 


Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia. 


Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik? 


“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara. 


Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam. 


Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.


“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang. 


Siapakah lawak antarabangsa sekarang?


- Ayman Rashdan Wong -
(SUMBER FB - PATRIOTS)

0 comments:

PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA

0




 
LATAR BELAKANG PERTUBUHAN

PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA 

 

Dato’ Nazri selaku Presiden Pengasas terbentuknya Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Bentan Malaysia, menjelaskan : persatuan kebajikan zuriat keturunan pusaka Bentan Malaysia telah didirikan tahun 2012. Tujuannya untuk membuat amal kebajikan serta budaya di bumi Malaysia dan Bintan, Kepulauan Riau serta Riau. Banyak kerja-kerja amal dan budaya sudah dilakukan khusus untuk merapatkan jaringan kekerabatan diantara anak cucu Melayu Bintan, dimanapun mereka berada. Objektifnya untuk membantu dan membangunkan tanah tercinta , tanah leluhur  iaitu Bintan

 
Gunung Bintan menjadi saksi peradaban kegemilangan bangsa Melayu dengan sejarah Melayu Bintan, dari istana Bukit Bijana hingga istana Kota Kara. Dari Tun Telani, permaisuri Wan Seri Beni, Sang Nila Utama, Laksamana Hang Tuah, Laksamana Megat Sri Rama, dan banyak lagi tokoh-tokoh pembesar-pembesar dari Bintan yang membuat sejarah Bintan begitu menjulang dai pelosok nusantara.
 


Sudah terbukti kemantapan sejarah Bintan. Dan hari demi hari, persatuan kebajikan zuriat keturunan Bentan Malaysia akan terus bergandeng bahu, bekerjasama dalam budaya dan kebajikan di Bintan mempromosikan Bintan ke mancanegara.
 


AKTIVITI-AKTIVITI PERTUBUHAN
 
Pada saat Dato’Nazri melakukan aktifitas Budaya dan Seni ini beliau juga melibatkan dan bekerja sama dengan Kepala Daerah setempat, seperti :
Gubernur dan Wakil Gubernur Kepri (masa Khidmat 2011-2016) Bapak Drs. H. Muhammad Sani dan Bapak Soeryo Respationo, bersama Dinas Pariwisata Provinsi dan LAM Provinsi Kepri
Walikota dan Wakil Walikota Batam ( DR. H Ahmad Dahlan dan H. Muhammad Rudi) bersama Dinas Pariwisata Kota Batam dan Lembaga Adat Melayu Kota Batam – Pelancaran Buku Sejarah Melayu tulisan DR. H. Ahmad Dahlan
Bupati Bintan ( Bapak Anshar Ahmad)  berserta jajaran
Bupati Karimun dan beberapa Daerah di Provinsi Kepulauan Riau.
Berbagai Kerjasama ini Dapat dibuka
 
 




 
 
Persatuan Bentan Malaysia ingin mengadakan Konsert Amal Otai Masih Berbisa” bersama-sama artis tempatn dan jemputan dalam program membantu serba sedikit kepada ibu tunggal yang berada di sekitar Seremban dan umumnya Negeri Sembilan.Persatuan kami juga telah beberapa kali membuat program kerja amal sebelum ini.Di antarannya:-
Perlawanan Bola Sepak Amal di antara artis melawan bekas-bekas pemain Negeri Sembilan bagi membantu kutipan derma Rumah Anak-Anak Yatim pada tahun 2013 di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi.
Perlawanan Bola Sepak artis melawan pilihan Negeri Sembilan dan Malaysia bagi membantu kutipan tabung derma SELAMATKAN GAZA 2013
Perlawanan Bola Sepak pilihan artis Negeri Sembilan melawan pasukan kerabat Di Raja Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir,
Pertandingan Golf Amal bagi membantu Pusat Tahfiz Al-Quran As-Salihin,Seremban dan Maahad Nurul Nurul Quran Tunku Jaafar,Seri Menanti.
Menyalurkan bantuan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Bekerjasama dengan Muzium Negeri Sembilan dalam menjayakan Progrm Persukuan Adat Perpatih di Istana Lama Seri Menanti.Persatuan ini mengadakan gelombang pendekar nusantara seramai 1282 pesilat nusantara pada tahun 2014
Program pelancaran buku sejarah Melayu bekerjasama dengan Yayasan Karyawan Malaysia dan Dewan Bahasa Pustaka Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 2015
BEBERAPA PENGHARGAAN YANG DIPEROLEH :
 
 
- Menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’dari Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 2014
- Menerima gelaran Dato’ Indera Setia dari Perhimpunan Agong dan kerabat  Kerajaan Riau Lingga (Indonesia) oleh Yang Dipertuan Besar Tengku Hussin Ibni Tengku Saleh Damnah pada tahun 2013
- Menerima anugerah dari Pemerintah Kota Batam  pada tahun 2015 oleh Walikota Batam iaitu anugerah Mitra budaya
- Menerima anugerah Ahli Kehormat Pasukan Rela Malaysia(penguasa rela) dibawah pasukan sukarelawan Malaysia (Wilayah Persekutuan),tempoh lantikan dari 2015-2019
- Dilantik sebagai penasihat khalifah Persatuan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia (Seri Pelangi Gangga Chula Sakti) pada tahun 2013
- Anugerah Perpat sebagai Tokoh Peduli Terhadap Sejarah,Budaya ,Masyarakat Tempatan & Berdedikasi Dalam Pembangunan Provinsi Kepulauan Riau pada tahun 2016
 
 

0 comments:

SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN - JEMPUT DATANG BERAMAI RAMAI 25-26 MAC 2017

0
 
 




TEATER BANGSAWAN

LAKSAMANA BENTAN


PENERBIT

Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan
Karya, Olahan dan Arahan         

Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan & Monaliza Hamzah          


KARYA PEMENTASAN
Karya yang ingin kami pentaskan adalah bertajuk Laksamana Bentan dan berdurasi selama lebih kurang 120 minit.
Hasil nukilan Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan dan Monaliza Hamzah.Ia merupakan sebuah karya yang berbentuk bangsawan.
 
ANJURAN
Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI),Institut Seni Malaysia Melaka,Institut Kajian Sejarah, Patriotisme Malaysia (IKSEP),Persatuan Kebudayaan Suara Alam,Selangor, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC),Batam BISA Production,Sanggar Seni Bulan Mengambang dan Provinsi Kepulauan Riau
TARIKH & TEMPAT
Tarikh   : 25, 26  Mac 2017 – 2hari pementasan
Masa      8.45 malam
Tempat :   Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat  
Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala
Lumpur
 
 
 
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
LAKSAMANA BENTAN  adalah cerita tentang pembalasan (dendam) Laksamana Megat Seri Rama kepada Raja yang zalim, saya sekadar ingin menceritakan sinopsis cerita ini kepada semua, pasti semuanya masih ingat filem lakonan Nordin Ahmad ini dalam cerita Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Ceritanya adalah tentang konflik istana, ketaatan hulubalang, penentangan terhadap lanun dan kezaliman sultan yang membawa kepada kemangkatannya. Ceritanya mencapai klimaks apabila Laksamana lakonan dihantar ke luar untuk menghapuskan lanun-lanun yang bermaharajalela merompak dan melakukan kerosakan.
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
Saat pemergian Laksamana itu, beliau meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Dalam menjalankan tugasnya dan isterinya pula mengidamlah untuk memakan buah nangka. Kebetulan pula lalulah orang istana yang membawa buah nangka Sultan Mahmud. Isteri Laksamana ini meminta dan merayu untuk diberikan kepadanya walaupun seulas sebagai memenuhi selera mengidamnya itu. Seulas nangka diberi dan akhirnya membawa kepada kemurkaan Sultan dan baginda terus menghukum bunuh isteri Laksamana itu dengan kejam sekali.
Ungkapan yang mungkin paling digemari penonton bahkan menjadi satu frasa yang tegas lagi indah untuk dititipkan semula pada masa sekarang adalah "Raja adil raja ku sembah, raja zalim raja ku sanggah" yang dituturkan oleh pelakon yang berperanan sebagai Laksamana. Kesudahannya, keturunan Laksamana Megat Sri Rama dan sekalian anak bentan disumpah muntah darah jika menginjak kaki ke tanah Kota Tinggi. Cerita ini menunjukkan kepada kita bahawa menentang kezaliman itu adalah suatu perkara wajib dan sebagaimana al-Quran tidak memberikan ketaatan mutlak kepada pemimpin sebagaimana ketaatan kepada Allah dan Rasul. Cerita ini sekadar sinopsis dari cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
PENUTUP
Permulaan dan proses gerak kerja ke arah pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar objektif yang tersurat dan tersirat dapat direalisasikan.
Justeru, penglibatan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan dan diperlukan. Selain itu, dengan usaha murni ini diharapkan juga satu maklum balas yang positif wujud dan kejayaan amatlah dinantikan, semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T.
Semoga pihak tuan dapat memberi bantuan dan kerjasama yang akan memudahkan pengurusan dan perjalanan teater ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati serta dilimpahkan kurnia kepadaNya.
Sekian dari kami, Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dan disudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Amiinn.
 
(SUMBER : DATO NAZRI KAMAL AL BENTAN)
 
 
 
 

0 comments: