MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN - JEMPUT DATANG BERAMAI RAMAI 25-26 MAC 2017

0
 
 




TEATER BANGSAWAN

LAKSAMANA BENTAN


PENERBIT

Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan
Karya, Olahan dan Arahan         

Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan & Monaliza Hamzah          


KARYA PEMENTASAN
Karya yang ingin kami pentaskan adalah bertajuk Laksamana Bentan dan berdurasi selama lebih kurang 120 minit.
Hasil nukilan Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan dan Monaliza Hamzah.Ia merupakan sebuah karya yang berbentuk bangsawan.
 
ANJURAN
Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI),Institut Seni Malaysia Melaka,Institut Kajian Sejarah, Patriotisme Malaysia (IKSEP),Persatuan Kebudayaan Suara Alam,Selangor, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC),Batam BISA Production,Sanggar Seni Bulan Mengambang dan Provinsi Kepulauan Riau
TARIKH & TEMPAT
Tarikh   : 25, 26  Mac 2017 – 2hari pementasan
Masa      8.45 malam
Tempat :   Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat  
Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala
Lumpur
 
 
 
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
LAKSAMANA BENTAN  adalah cerita tentang pembalasan (dendam) Laksamana Megat Seri Rama kepada Raja yang zalim, saya sekadar ingin menceritakan sinopsis cerita ini kepada semua, pasti semuanya masih ingat filem lakonan Nordin Ahmad ini dalam cerita Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Ceritanya adalah tentang konflik istana, ketaatan hulubalang, penentangan terhadap lanun dan kezaliman sultan yang membawa kepada kemangkatannya. Ceritanya mencapai klimaks apabila Laksamana lakonan dihantar ke luar untuk menghapuskan lanun-lanun yang bermaharajalela merompak dan melakukan kerosakan.
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
Saat pemergian Laksamana itu, beliau meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Dalam menjalankan tugasnya dan isterinya pula mengidamlah untuk memakan buah nangka. Kebetulan pula lalulah orang istana yang membawa buah nangka Sultan Mahmud. Isteri Laksamana ini meminta dan merayu untuk diberikan kepadanya walaupun seulas sebagai memenuhi selera mengidamnya itu. Seulas nangka diberi dan akhirnya membawa kepada kemurkaan Sultan dan baginda terus menghukum bunuh isteri Laksamana itu dengan kejam sekali.
Ungkapan yang mungkin paling digemari penonton bahkan menjadi satu frasa yang tegas lagi indah untuk dititipkan semula pada masa sekarang adalah "Raja adil raja ku sembah, raja zalim raja ku sanggah" yang dituturkan oleh pelakon yang berperanan sebagai Laksamana. Kesudahannya, keturunan Laksamana Megat Sri Rama dan sekalian anak bentan disumpah muntah darah jika menginjak kaki ke tanah Kota Tinggi. Cerita ini menunjukkan kepada kita bahawa menentang kezaliman itu adalah suatu perkara wajib dan sebagaimana al-Quran tidak memberikan ketaatan mutlak kepada pemimpin sebagaimana ketaatan kepada Allah dan Rasul. Cerita ini sekadar sinopsis dari cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
PENUTUP
Permulaan dan proses gerak kerja ke arah pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar objektif yang tersurat dan tersirat dapat direalisasikan.
Justeru, penglibatan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan dan diperlukan. Selain itu, dengan usaha murni ini diharapkan juga satu maklum balas yang positif wujud dan kejayaan amatlah dinantikan, semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T.
Semoga pihak tuan dapat memberi bantuan dan kerjasama yang akan memudahkan pengurusan dan perjalanan teater ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati serta dilimpahkan kurnia kepadaNya.
Sekian dari kami, Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dan disudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Amiinn.
 
(SUMBER : DATO NAZRI KAMAL AL BENTAN)
 
 
 
 

0 comments: