MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

BAB (1) KONSEP MASYARAKAT

0

KONSEP MASYARAKAT

Asal usul perkataan masyarakat adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu syarika yang merujuk kepada perhubungan pembentukan suatu kelompok atau kumpulan. Dalam bidang sosiologi, masyarakat didefinisikan sebagai sebuah kumpulan manusia yang membentuk sistem sosial, yang mana interaksi lazimnya berlaku di antara individu lain dalam kumpulan. Secara asasnya, masyarakat adalah sebuah populasi manusia yang diklasifikasikan oleh bentuk hubungan antara individu yang berkongsi perbezaan budaya atau institusi. Sebuah masyarakat juga merupakan suatu bentuk ekonomi, sosial dan infrastruktur industri yang mana ianya mengandungi kepelbagaian manusia. 

Manusia yang tingal bersama dikatakan sebagai society or community. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan. Menurut Ibnu Kaldun, manusia itu sememangnya mempunyai sifat yang lemah dan oleh kerana itu manusia harus menjalani kehidupan secara berkelompok. Sebagai contoh, kehidupan tolong menolong dan saling bantu membantu bagi memudahkan proses kehidupan, dan ini mewujudkan sistem pengorganisasian dalam masyarakat dan juga norma yang harus dipatuhi oleh setiap individu. Manakala, kepelbagaian di antara masyarakat ini adalah bergantung kepada jenis dan tahap organisasi dalam kumpulan. Sehubungan dengan itu, masyarakat dalam organisasi juga sebagai masyarakat awam yang merupakan asas kepada kejayaan sebuah Negara yang demokratik. 

Malaysia dikenali dengan kepelbagaian sususan atau masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras atau etnik yang berada di bawah satu sistem pentadbiran. Kepelbagaian etnik ini turut mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Interaksi sosial yang ada mengukuhkan perpaduan masyarakat ke arah pembangunan mampan negara. Malaysia merupakan sebuah masyarakat multirasial, multiagama yang mana Islam dominan dari segi politik mahupun budaya.  Secara khususnya, kenapa kita perlu mengetahui konsep masyarakat adalah disebabkan oleh: (i) Memahami hakikat bahawa manusia, untuk kelangsungan kehidupan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada kehidupan bermasyarakat; (ii) Sebagai manusia haruslah memahami secara mendalam mengenai cara hidup bermasyarakat; (iii) Keperluan untuk memahami budaya masyarakat lain; dan (iv) Memupuk semangat kerjasama dan saling membantu di antara masyarakat secara langsung memahami sikap dan ciri-ciri masyarakat kerana setiap masyarakat tersebut adalah dinamik. 

1.1.2  Klasifikasi Masyarakat

Masyarakat mempunyai kepelbagaian lapisan dan ianya merupakan proses yang lazim terdapat dalam kelompok masyarakat. Klasifikasi masyarakat ini terbahagi kepada dua sifat iaitu stratifikasi sosial tertutup dan stratifikasi sosial terbuka. Stratifikasi sosial tertutup ialah merujuk kepada setiap anggota masyarakat tidak dapat berpindah ke strata atau tingkat sosial yang lebih tinggi atau lebih rendah. Sebagai contohnya sistem kasta dalam masyarakat India yang terdiri daripada lapisan Brahmana, Kstria, Waisya, Sudra dan yang terendah adalah lapisan Paria. Ciri-ciri sistem kasta ini boleh didefinisikan kepada beberapa perkara yang pertama ialah keanggotaan setiap kasta adalah diwarisi secara turun temurun, setiap kasta akan mewariskan keunggulan, pola perkhawinan pula adalah dalam kasta yang sama dan hak serta kewajipan dalam setiap kasta juga adalah berbeza.  

Manakala stratifikasi sosial tertutup pula merujuk kepada setiap anggota masyarakatnya dapat berpindah atau bertukar daripada satu tingkat kasta ke satu tingkat yang lebih baik. Kebiasaanya perubahan daripada satu kasta ke kasta lain adalah disebabkan oleh faktor pendidikan, kekayaan, kekuasaan mahupun pangkat yang dimiliki. Sebagai contoh, masyarakat di Malaysia tidak mungkin akan mewarisi keturunan keluarga untuk hidup miskin bahkan mereka akan berusaha samada melalui pendidikan untuk berubah daripada satu lapisan kepada lapisan lain yang lebih baik.

1.1.3  Ciri-ciri utama masyarakat

Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok; berbudaya; mengalami perubahan; berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar); mempunyai kepimpinan; dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta).

a. Berkelompok

Secara amnya, setiap individu yang dilahirkan mempunyai keupayaan dan kebolehan yang berbeza, oleh yang demikian bagi mengembangkan kemampuan dan memenuhi keinginan, individu tidak akan mampu menjalani kehidupan secara bersendirian tetapi memerlukan orang lain. Kerana itulah individu hidup secara berkelompok dan membentuk masyarakat. Melalaui amalan kehidupan berkelompok inilah wujud norma-norma atau peraturan-peraturan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan sejagat. 
 
b. Budaya

Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, yang mana manusia bertanggungjawab untuk mencipta, mengubah atau melestarikan budaya serta menurunkan kepada generasi ke generasi. Proses pewarisan budaya inilah yang akan membantu pekembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Budaya ini boleh terdiri daripada pemikiran sains, teknologi, kepercayaan adat resam, falsafah mahupun kesusasteraan dan agama. 

c. Mengalami perubahan

Setiap masyarakat itu sentiasa mengalami perubahan. Perubahan pada masyarakat memang telah berlaku sejak zaman dahulu, pada masyarakat tradisional yang masih memegang adat resam, perubahan yang berlaku memang sangat lambat. Masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat statis. Walaubagaimanapun, dewasa ini perubahan berlaku sangat cepat sehingga mengelirukan masyarakat ditambah pula dengan kepesatan teknologi dan gologan masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat dinamis. Perubahan yang berlaku adalah secara consistent kerana setiap perubahan tersebut terikat dengan waktu dan tempat. Catatan sejarah telah membuktikan bahawa dalam beberapa abad yang lalu, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, khususnya pengembangan bahasa Melayu. Perubahan juga terdiri daripada beberapa sifat iaitu: (i) Perubahan merupakan hal yang wajar dan harus berlaku; (ii) Perubahan adalah secara umum; (iii) Setiap masyarakat mesti mengalami perubahan; (iv) Sama ada perubahan tersebut meluas atau tidak; dan (v) Cepat atau lambat. 

 d. Berinteraksi

Masyarakat yang bersifat kelompok memerlukan jaringan di antara satu sama lain dan perlu mewujudkan hubungan dikalangan kelompok masyarakat lain. Masyarakat harus bersosialisasi untuk meneruskan kelangsungan hidup serta memenuhi keperluan hidup samada dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan mahupun kesihatan. Pembangunan dan kemajuan ketamadunan sesebuah masyarakat atau negara sangat bergantung kepada jaringan interaksi. 

e. Kepimpinan

Pemimpin merupakan tunjang kepada pergerakkan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Lazimnya, setiap individu adalah dianugerahkan menjadi seorang pemimpin, samada pemimpin di dalam keluarga mahupun masyarakat. Kepimpinan haruslah mempunyai pengetahuan atau idealisme yang memperjuangkan kepentingan bersama. Selain itu, kepimpinan itu juga merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat. Untuk menjadi seorang pemimpin seseorang itu haruslah mempunyai daya intellectual yang tinggi, mempunyai kemahiran berkomunikasi serta bermotivasi dan mampu mengharungi risiko. Oleh yang demikian, sesebuah masyarakat amat bergantung kepada kepimpinan yang berkesan dan cekap untuk membawa mereka atau mewakili mereka ke arah kejayaan. 

f. Aturan sosial

Sesebuah masyarakat mempunyai susun lapis yang akan menentukan tahap kedudukan individu dalam kehidupan bermasyarakat. Kebiasaanya lapisan ini berbeza daripada segi latar belakang pendidikan dan juga pekerjaan. Stratifikasi sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kedua, status ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. Dalam masyarakat Melayu tradisional, stratifikasi sosial dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan. Terdapat tiga jenis status sosial iaitu : (i) Ascribed Status yang merujuk kepada status yang terdapat sejak dilahirkan seperti jantina, ras, kasta, dan juga keturunan. (ii) Achieved Status merupakan status yang didapati oleh seseorang kerana kerja keras, usaha seperti mencari harta kekayaan, menimba ilmu sehingga ke menara gading dan kenaikan pangkat dalam pekerjaan.  (iii) Assigned status adalah sesuatu yang bukan dimiliki sejak dilahirkan tetapi ianya merupakan anugerah daripada masyarakat hasil daripada kepercayaan dan kebolehan untuk memikul tanggungjawab, ianya juga merupakan satu bentuk pengiktirafan di kalangan masyarakat, contohnya seperti jawatan ketua adat atau ketua suku kaum.  

1.2 PERKEMBANGAN EVOLUSI MASYARAKAT

Evolusi adalah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa latin yang ertinya membuka gulungan atau membuka lapisan. Kemudian bahasa itu diserap menjadi bahasa Inggeris evolution yang bererti perkembangan secara bertahap. Masyarakat mengalami perubahan daripada satu tahap untuk memajukan sebuah kehidupan. Evolusi masyarakat adalah merujuk kepada perubahan samada berlaku secara cepat atau lambat. Perubahan yang berlaku adalah di dalam budaya atau biologi sesebuah masyarakat tersebut. Perubahan biologi adalah sesuatu yang berdasarkan kepada perubahan struktur, fungsi dan proses kehidupan. Terdapat tiga tahap pola perubahan masyarakat yang sering berlaku iaitu, perubahan lambat dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Seterusnya perubahan sedang dan lambat, yang mana jika berlaku perubahan adalah sangat lambat dan hanya pada unsur-unsur tertentu sahaja dan yang ketiga adalah perubahan cepat, iaitu perubahan yang berlaku melalui kekerasaan contohnya seperti perebutan kuasa, politik dan sebagainya. 

Jika dikaji dari perspektif ekonomi, tahap perubahan manusia tersebut boleh dibahagikan kepada empat tahap. Tahap yang pertama ialah masyarakat memburu yang mana mereka menggunakan teknologi mudah untuk memburu binatang yang akan dimanopoli oleh golongan lelaki, manakala kaum wanita pula bercucuk tanam. Tahap yang kedua ialah masyarakat berkebun dan menternak yang mengusahakan ladang dengan menggunakan peralatan tangan yang mudah. Seterusnya wujud masyarakat pertanian yang mana pada tahap ini terdapat banyak peluang pekerjaan dan juga pengkhususan dalam bidang pekerjaan. Tahap yang keempat pula dikenali sebagai masyarakat industri. Masyarakat pada tahap ini menggunakan sumber semulajadi dan alatan canggih untuk menghasilkan mesin berbanding tenaga manusia. Kemunculan ini seiring dengan revolusi industri dan sistem ekonomi pula menjadi lebih kompleks

Teori Evolusi Biologi telah diperkenalkan oleh Darwin dan Teori Evolusi masyarakat telah diperkenalkan oleh Herbert Spencer. Teori Evolusi adalah berlaku dalam perkembangan kebudayaan manusia yang melalui tahap-tahap tertentu. Teori Evolusi masyarakat yang pertama dipelapori oleh Herbert Spencer iaitu berkaitan dengan manusia dan masyarakat mengalami perkembangan sesuai dengan tahap tertentu, iaitu dari yang sederhana  menjadi kompleks dan sampai pada tahap yang sempurna. Peringkat ini dikenali sebagai Unilinear Theory of Evolution.  Peringkat seterusnya adalah Universal Theory of Evolution yang merujuk kepada pekembangan masyarakat tidak perlu melalui tahap perubahan yang tetap, tetapi kebudayaan manusia itu telah bergerak selari dengan garis-garis perubahan. Ketiga, adalah Multilined Theory of Evolution yang menumpukan kepada pemerhatian dan penelitian terhadap tahap pekembangan tertentu dalam evolusi masyarakat.  

Perkembangan evolusi ini telah mewujudkan ketemadunan. Tamadun berasal darpada perkataan arab iaitu madana yang bermaksud membina dan manaik taraf kehidupan ke tahap yang beradab. Dimana, kehidupan masyarakat menjadi lebih baik, tersusun dan lebih berbudi pekerti. Terdapat lima ciri asas ketamadunan manusia iaitu, yang pertama wujudnya penempatan masyarakat secara berkelompok di sesuatu kawasan yang akhirnya membentuk penempatan Bandar. Kedua, adalah berlakunya peningkatan taraf kualiti hidup manusia ke arah yang lebih baik. Seterusnya, terdapat sistem organisasi dan institusi sosial yang lebih baik dan sistematik. Sehubungan dengan itu, masyarakat juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa serumpun dan juga terdapat undang-undang yang mengatur atau sebagai garis panduan tingkah laku manusia dalam kehidupan bermasyarakat. 

Manakala menurut Xavier Bartlett ciri-ciri ketamadunan manusia itu adalah melalui beberapa peringkat iaitu, masyarakat dibahagikan kepada beberapa penempatan kecil seperti di kawasan kampung dan kawasan yang lebih besar dan akhirnya bertukar menjadi sebuah bandar. Ciri yang kedua pula, terdapat pusat perkembangan agama, sistem politik dan juga sistem pentadbiran yang membentuk undang-undang ke arah kehidupan masyarakat yang lebih aman. Ciri yang ketiga, apabila terdapat lebihan sumber ianya akan membantu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pertukaran yang akhirnya mewujudkan proses perdagangan barangan. Seterusnya, terdapat lapisan masyarakat yang berbeza mengikut pekerjaan terutama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Ciri yang kelima pula, masyarakat semakin sedar bahawa peri pentingnya untuk merekod segala maklumat dan juga informasi yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu, ketamadunan manusia juga tidak asing lagi diperkatakan mengenai zaman prasejarah yang boleh diterangkan dengan lebih mudah berdasarkan jadual berikut:

 Rajah 1.1: Evolusi Masyarakat
Ciri-ciri Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam
Cara hidup
Nomad dalam kelompok keluarga berkumpulan.
Nomad dalam kelompok keluarga berkumpulan.
Menetap (tidak berpindah randah) dalam kelompok besar.
Menetap (tinggal tetap) dan mempunyai rumah.
Tempat tinggal
Tepi tasik sekitar sungai dalam gua.
Tepi tasik sekitar sungai dalam gua.
Tepi tasik dan sekitar sungai.
Petempatan yang lebih besar dan kota pertahanan. Berkembang menjadi bandar.
Pekerjaan Memungut hasil hutan Menangkap ikan dan memburu binatang.
Memungut hasil hutan Menangkap ikan dan memburu binatang.
Bercucuk tanam, menternak binatang, melebur logam. Mengamalkan kegiatan tukaran barang.
Perdangan maritim.

Alatan Alatan batu kasar.
Alatan batu kasar dan hanya mengutamakan satu fungsi sahaja.
Alatan batu yang telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi menghasilkan tembikar.
Alatan besi Mencipta perahu untuk tujuan pengangkutan dan juga rumah.

1.3  PENGORGANISASIAN DAN MASYARAKAT

Kehidupan secara berkumpulan dalam masyarakat telah lama wujud, namun kajian terhadap kepentingan organisasi kepada masyarakat semakin diberikan penekanan sejak abad ke-20. Keadaan ini adalah kerana masyarakat semakin peka mengenai hubungan organisasi dan kehidupan masyarakat. Organisasi secara umumnya boleh diertikan sebagai kebergantungan kepada kepentingan, dimensi, kriteria dan skop kajian masyarakat yang ada pada zaman tersebut. Bagaimanapun pembentukan sebuah organisasi sering dianggap untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, organisasi sering mengabungkan kelompok-kelompok manusia tertentu berbanding secara individu untuk mencapai matlamat tersebut. Menurut Coulter (2011), sebuah organisasi ialah penyusunan manusia untuk menyelesaikan beberapa tujuan tertentu. Contohnya, Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah sebuah organisasi. Terdapat tiga karakteristik sesebuah organisasi, iaitu:  (i) Distinct purpose, di mana setiap fungsi ini kebiasaanya akan mengambarkan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.  (ii) Setiap organisasi memerlukan individu, iaitu jika seorang sahaja yang melakukan pekerjaan situasi tersebut tidak dinamakan sebagai organisasi. Oleh yang demikian, organisasi memerlukan sekumpulan individu untuk melaksanakan tujuan dan matlamat organisasi.  (iii) Setiap organisasi membangunkan struktur supaya setiap individu dapat melakukan kerja dengan baik. Struktur yang dibentuk oleh organisasi mungkin berbentuk terbuka dan flexible, ataupun jaringan yang senang dan tidak rigid serta samada struktur organisasi adalah lebih jelas seperti penjelasan tanggungjawab dan juga garis panduan di organisasi.

Peranan organisasi dalam masyarakat  ialah untuk mengstrukturkan masyarakat menjadi lebih tersusun dan mempunyai arah yang  jelas untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam sesebuah kelompok  masyarakat tersebut. Sehubungan itu, organisasi memainkan peranan penting untuk  mengerakkan masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berdaya saing. Dengan  adanya organisasi juga, dapat mengabungkan kebolehan setiap individu dalam  masyarakat untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Tuntasnya, organisasi memainkan peranan penting untuk ketemadunan masyarakat. Masyarakat moden amnya, memerlukan organisasi untuk bertindak demi kepentingan individu atau kumpulan bagi memenuhi tuntutan sosial, politik mahupun ekonomi. 

Masyarakat moden adalah masyarakat yang berilmu pegetahuan serta mempunyai sistem pendidikan yang disediakan oleh pihak organisasi secara teratur berbanding dengan masyarakat tradisional yang kurang mementingkan tahap pendidikan individu. Selain daripada institusi pendidikan sesebuah msyarakat juga mengutamakan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan harta benda dan nyawa dengan lebih mendalam dan penuh perhatian dan situasi ini jika dibandingkan terdapat berbagai jenis organisasi kewangan atau perbankan serta insuran yang wujud demi menjaga kestabilan ekosistem perubahan struktur dalam sesebuah masyarakat modern. Secara ringkasnya, masyarakat amat bergantung kepada organisasi untuk kelangsungan hidup.    Organisasi dapat dedifiniskan sebagai sebuah institusi sosial yang terdiri daripada manusia yang saling bergantungan demi mencapai matlamat yang dikehendaki iaitu melibatkan penyatuan usaha dan perhubungan sesama individu. Kebiasaanya, ciri organisasi adalah tersusun bagi menentukan keberkesanan organisasi tersebut. Contohnya, sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. 

Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat samada dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan khidmat nasihat. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau lebih dikenali sebagai tahap-tahap dalam organisasi. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tahap) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tahap. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tahap autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketuaketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi. 

Contohnya carta organisasi yang kebiasaanya berbentuk seperti piramid yang teratas adalah tahap top level, contohnya pengarah urusan dan dikikuti oleh midle level, seperti penyelia dan yang terendah adalah tahap lower employee seperti pembantu am pejabat. Sehubungan dengan itu, di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagianbahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. Manakala ciri organisasi yang terakhir adalah setiap organisasi itu memerlukan prosedur atau undang-undang serta arahan bagi memastikan operasi pengurusan berjalan dengan lancar serta dapat menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku. Misalnya dalam organisasi awam terdapat Kod Etika Kerja, Akta Pekerja serta Kesatuan Sekerja dan begitu juga dengan organisasi swasta. 
 

0 comments:

SUSUNAN TEMPAT DUDUK BAGI MAJLIS DAN ACARA JAMUAN

0



Nama Pelajar
SUHAIZAN BIN HAJI NOH              MATRIKS  : 257744
RAFFI BIN TUMINOH                               MATRIKS   : 257679
Pusat
UUM, BANDARAYA MELAKA
TahunPendaftaran
Semester  Oktober Sesi 2017/2018



TUGASAN
VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
Tuliskan soalan/tajuk pilihan anda
TAJUK : SUSUNAN TEMPAT DUDUK BAGI MAJLIS DAN ACARA JAMUAN



Tarikh Serahan
( diisi oleh pelajar )
SerahankepadaPensyarah
PERTEMUAN 2  =
18 NOVEMBER 2018
PN.SITI ROHANA BINTI OMAR
019-3043027



Markah diperolehi
Catatan Pensyarah





MUKA HADAPAN TUGASAN





ISI KANDUNGAN



BIL
KANDUNGAN
MUKASURAT

1
PENDAHULUAN
3
2
SUSUNAN TEMPAT DUDUK
4
3
PRINSIP SUSUNAN
6
4
BENTUK SUSUNAN MEJA MAJLIS JAMUAN
8
5
RUJUKAN
11


1.PENDAHULUAN

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pelbagai latarbelakang adat dan budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Adat istiadat ini juga melambangkan kekayaan budaya dan ketamadunan setiap bangsa di dunia ini.Mereka menjalankan kehidupan seharian mengikut pelbagai lapisan masyarakat daripada golongan hamba abdi hinggalah ke peringkat kepimpinan sesebuah kerajaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penjagaan adat ini yang berterusan mampu mencerminkan ketinggian penghayatan agama pada diri seseorang.Titah baginda, adat yang dikaitkan dengan ketertiban, bersopan-santun dan berbudi-pekerti itu juga boleh menunjukkan jati diri seseorang.“Sebagai seorang Muslim, penghayatan dan pengamalan adab, adat, pekerti dan budaya yang baik serta mulia, harus ditonjolkan kerana ia memberikan imej yang baik terhadap agama Islam.

Terdapat beberapa jenis Majlis dan acara yang boleh kita kenali supaya mudah untuk membuat pengurusan dari segi protokol dan istiadat mengikut amalan disesebuah negeri. Jenis jenis majlis adalah seperti berikut iaitu majlis rasmi. Majlis Rasmi ialah sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri  yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan. Manakala Majlis  Rasmi dan Formal ialah Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan  seperti hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat dipejabat, diluar pejabat,majlis penuh istiadat ,majlis jamuan (malam atau hujung minggu  aitu diluar waktur kerja).Majlis yang melibatkan pembesar Negara / Negeri dan menepati aspek protokol secara penuh. Majlis Rasmi dan Tidak Formal ialah Majlis / aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun padang, lawatan dan majlis perasmian.

Terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol.Majlis Tidak Rasmi ialah merupakan majlis yang dianjurkan oleh Agensi-agensi Kerajaan /swasta yang tidak melibatkan peruntukan kerajaan serta aspek protokol sepenuhnya. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal ialah majlis  /aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti individu atau pertubuhan/kelab. Majlis dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada Senarai Keutamaan Persekutuan dan Negeri (mengikut rujuk senarai yang terkini). Majlis Separa Rasmi pula ialah majlis/aktiviti seperti  kejohanan sukan dan riadah dimana sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan  atau pertubuhan.

Terdapat beberapa jenis acara yang boleh menjadi panduan untuk kita menguruskan mengikut kesesuaian dan protokol kerajaan tertentu. Acara-acara tersebut adalah seperti berikut :- Seperti acara  Dalaman iaitu Acara dalaman lebih merujuk kepada penyertaan dikalangan  ahli-ahl iorganisasi penganjur sendiri.Untuk Acara Luaran pula acara terbuka merujuk kepada skoppeng libatan peserta yang tidak terhad kepada pekerja atau ahli-ahli dalam sesebuah organisasi atau kumpulan sahaja. Acara kebangsaan ini ialah acara peringkat kebangsaan memerlukan penglibatan atau penyertaan dari pelbagai Negeri.

Acara  Antarabangsa pula ialah acara peringkat antarabangsa biasanya bercorak sukan,kebudayaan, kempen pelancongan, mesyuarat Ketua-ketua Negara serta agenda lain yang melibatkan penyertaan daripada beberapa Negara tertentu.



2.SUSUNAN TEMPAT DUDUK 



Untuk memudahkan lagi pengurusan susunan tempat duduk bagi sesebuah majlis atau acara kita perlu lihat senarai jemputan untuk sesebuah majlis. Daripada ini kita akan mendapat gambaran jelas kedudukan tetamu jemputan pada hari tersebut. Adalah perlu untuk membuat senarai jemputan dan mengadakan semakan terhadap kehadiran tetamu yang telah dijemput.

Susunan tempat sesuatu majlis / acara hendaklah berdasarkan kepada Susunan Keutamaan Persekutuan  dan Negeri serta peranan dan kepentingan tetamu penganjur sesebuah majlis / acara. Walaubagaimanapun bagi program turun padang tempat duduk tetamu kehormat diletakkan bersama dengan rakyat dan orang ramai.

Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan. 

Susunan tempat duduk di atas pentas adalah seperti berikut ,

 Susunan tempat duduk perlu mengikut susunan protokol yang terkini dan seboleh-bolehnya jumlah tetamu kehormat dihadkan dan bilangan ganjil adalah lebih baik. Pergerakan tetamu kehormat juga perlu diselaraskan dan bersesuaian dengan susunan tempat duduk diatas pentas; dan pastikan pegawai pengiring atau perhubungan tetamu kehormat mengetahui akan pergerakan dan peranan nntetamu kehormat semasa majlis/acara.

Penentuan susunan tempat duduk mengikut kepada bentuk bentuk susunan tempat duduk yang telah disusun. Susunan mengikut kepada susunan keutamaan kepada tetamu mengikut hireki jemputan. Dif dif jemputan paling hampir sekali dengan tetamu kehormat.

Penentuan ini adalah mengikut bentuk-bentuk susunan tempat duduk dan juga susunan mengikut keutamaan. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula  dari kanan Tetamu Khas.Penentuan ini juga mengikut susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan.

Kita juga perlu melihat pentas utama mengikut acara perasmian dan sebagainya. Susunan ini juga tertakluk kepada Majlis jamuan rasmi mengikut jumlah ganjil atau genap. Adalah perlu dihadkan tetamu penting kepada tiga , lima , tujuh atau empat enam dan lapan orang termasuk pasangan masing-masing jika ada. Urusetia tetamu jemputan hendaklah memberikan perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat. Bagi dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali. Urusetia hendaklah memberikan keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.





3. PRINSIP SUSUNAN


 Prinsip 1 - SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya  hendaklah mengikut Susunan Keutamaan. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas  diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke  tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan) 


Prinsip 2 - JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD

Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil seperti lima , tujuh dan Sembilan.Sekiranya jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap iaitu enam , lapan , sepuluh dan duabelas. Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja

Prinsip 3 - TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT

Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara. 


Prinsip 4 - ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI

Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput  bersama isteri. 


Contoh-contoh susunan kerusi dan meja.

(1)   Kekakanan bagi empat orang dengan Isteri

(2)   Kekanan bagi enam orang dengan isteri



(3)   Kekanan bagi empat orang



4.BENTUK SUSUNAN MEJA MAJLIS JAMUAN 


Susunan tempat duduk bagi majlis jamuan makanan berbeza sedikit susunan tempat duduk bagi majlis lain. Bilangan tetamu di meja utama biasanya lebih daripada bilangan tempat duduk dalam majlis tersebut.Bagi menentukan kedudukan tetamu utama di meja bulat perkara berikut perlu diberi perhatian antaranya kehadiran tetamu tersebut datangnya seorang / bersama isteri / bilangan genap / ganjil.Majlis jamuan yang diadakan bertujuan untuk mengembirakan tetamu. Peraturan-peraturan yang perlu diketahui ialah :-

  • Tatatertib pergaulan , cara duduk dan berdiri
  • Bersopan santun dan berbudi bahasa
  • Saat ketibaan jemputan
  • Tertib di meja makan
  • Tertib semasa makan
  • Tertib semasa meninggalkan majlis

Bentuk susunan meja terbahahagi kepada empat iaitu :- Susunan Meja Panjang , susunan Meja Bulat , susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat dan susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

Terdapat 3 prinsip yang berkaitan dengan susunan iaitu prinsip pertama , tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan Rumah. Manakala prinsip kedua ialah susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan dan prinsip ketiga ialah anita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.

Terdapat juga Prinsip Am yang berkaitan meja jamuan iaitu Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya  setaraf , Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas , Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang , Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama.

(1)   Meja santapan bersama Yang DiPertuan Agong dengan Sultan dan Raja Melayu.



(2)   Meja jamuan Perdana Menteri bersama jemputan





5.RUJUKAN

(1)   Utusan Malaysia  - 8 Mac 2018

(2)   Buku Panduan Protokol dan Istiadat UKM

(3)   Buku Panduan Protokol dan Istiadat Rasmi – Jabatan Perdana Menteri








0 comments:

PENDEKAR CILIK YANG TAK PERNAH JEMU BERSILAT

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..Alhamdulillah pada 8.12.2018 mendapat jemputan persembahan silat untuk meraikan anak sahabat berkhatan di Kampung Tanjung Laboh Tangkak..Sahabat tersebut merupakan sahabat lama dari darjah satu di sekolah SKMB sehingga tingkatan tiga di SMSB..namanya nasir bin muit seorang sahabat yang amat rapat dengan saya dan keluarga saya...banyak kenangan lama yang tersimpan suka dan duka dan ianya tersimpan rapi dalam lipatan sejarah hidup kita..



semuga anak ini terus istiqamah dalam perjuangan untuk mempelajari silat warisan bangsa..
Alhamdulillah....



0 comments:

8.12.2018 ZIARAH GUNUNG LEDANG BERSAMA SAHABAT DARI KUALA LUMPUR

0

 Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah pada hari ini 8.12.2018 saya bersama jemaah dari Kuala Lumpur ingin menziarahi Gunung Ledang , Asahan.Ini adalah satu perancangan yang diluar jangka dan tiada pun perancangan awal daripada kami / mereka untuk hadir ke gunung Ledang pada hari tersebut.


Bermula dengan panggilan telefon abg munir yang ingin mengetahui lokasi makanan mee bandung di tangkak dan beliau maklumkan nak ke sagil...

Setelah hampir maghrib baru tahu mereka ingin menziarahi gunung ledang sebelah Asahan. kebetulan pada hari tersebut saya tiada apa apa hal atau program , so saya setuju untuk menyertai mereka ke sana....



Jom saksikan keindahan Gunung Ledang sebelah Asahan di waktu malam....
Alhamdulillah...








0 comments:

CATATAN PERJALANAN KE AIR PAPAN MERSING , JOHOR DARUL TAKZIM

0

 AIR PAPAN MERSING 2/12/2018 - 4/12/2018




PERANCANGAN SEBELUM INI... 

KLIK SINI http://suhaizannoh.blogspot.com/2018/10/rancangan-percutian-ke-air-papan.html

2.12.2018

Bertolak daripada Rumah Taman Nyalas Baru jam 2.00 petang dan singgah di Abbey untuk ambil family kakak..

Jam 4.00 petang tunggu di Plaza Tol Tangkak untuk tunggu keluarga kakak ipar dan mertua untuk gerak saing.



 


Seterusnya masuk ke Lebuh raya dan perjalanan ke Tol Kluang mengambil masa 1 jam setengah. Mengambil keputusan untuk berhenti seketika di Hentian Yong Peng untuk ke tandas...

 
PEMANDU BERHEMAH Setelah keluar dari Tol terus menuju ke Bandar Kluang meneruskan perjalanan ke Mersing hampir 120 km lagi kehadapan..

 



Dalam perjalanan ke Bandar Mersing akan melalui jalan felda dan kampung. Jalan agak baik tapi banyak selekoh. Dan apabila malam rasanya gelap kerana amat kurang lampu jalan..


Kami telah bertemu dengan lingkaran pelangi yang besar dan cantik sepanjang jalan tersebut. Pelangi telah menunggu kehadiran kami ke pantai Mersing....




Sampai di Air Papan Beach Resort jam 7.15 malam...suasana tepi laut hanya disulami dengan ombak kuat dan derasss.....Malam ini kami rehat dan santai santaiiii...

3.12.2018

Bangun pagi ditemani oleh ombak laut dan suasana tepi laut yang natural dan suci..Bilik yang baik , nyaman dan selesa untuk 7 orang 3 keluarga di Air Papan Beach Resort.. pagi ini cari sarapan dan bole mandi di pool bersebelahan dengan bilik kami dan seberang jalan ada pantai Air Papan yang indah dan bersih....

KLIK SINI AIR PAPAN BEACH RESORT
  Swimming pool Air Papan beach Resort..

 
 


MEMANG SELESA DAN BERSIH KOLAM MANDI YANG DISEDIAKAN DAN AMAT BERSESUAIAN UNTUK MEMBAWA ANAK ANAK MANDI SEKELUARGA...TERBAIK DAN ANAK ANAK AMAT GEMBIRA..BERBALOI CUTI MEREKA KALI INI.. 


PANTAI AIR PAPAN MERSING (HADAPAN AIR PAPAN BEACH RESORT - HANYA 200 METER DARI RESORT)

Selepas puas mandi manda di kolam APBR , kami nak mencuba mandi di laut pulak..tak complete jika tak merasa masin air laut di Laut China selatan..memang pantai ini tidak sesuai untuk mandi tapi kita duduk di gigi pantai sajalah...belakang ni pun ade menara keselamatan JAPM...bendera merah dah dipasang sepanjang pantai menandakan ombak kuat dan tidak sesuai untuk mandi atau aktiviti pantai.....

TAPI KAMI......

TIDAK DINAFIKAN OMBAK MEMANG KUAT DAN KAMI TIDAK MANDI DI JAUH KELAUT TAPI HANYA DI GIGI PANTAI SAHAJA..TAPI MEMANG SEGAR SELESA DAN BERSIH..PENUH DENGAN CENGKERANG DAN KULIT KERANG...CANTIK PUTIH PASIR TEPI PANTAI....

LAIN LAIN PEMANDANGAN TEPI PANTAI YANG BERDEKATAN...


 
 




KELUARGA SAYA @ AIR PAPAN MERSING..PERTAMA KALI KAMI SAMPAI...

BELANJA KEROPOKKKK PULAK






Saya pun tak sangka Mersing da jadi pengeluar keropok ikan yang sedap dan boleh menandingi keropok pantai timur. jadi kami berbelanja sakan di kedai jual keropok di sepanjang pantai mersing ni. selepas tu layan cendol mersing dengan satar..huhuhuhhu ini yang buat nak datang lagi ni....

SETAKAT BAWAK BAKUL BOLEH LA..APA LAGI BAYAU LA SENDIRI
 MACAM PELANCONG SPORE LA PULAK..BELI LEBIH SKET..
 KOPAK LE DUIT AKU MCM NI..

LAYAN CENDOL LAGI BAIK
 

PEMANDANGAN SAWAH PADI DAN JETI BANDAR MERSING..










4.12.2018 - CHEK OUT


Setelah berada 3h 2m di Air Papan mersing , menyimpan kenangan keluarga yang tidak mungkin dilupakan..walaupun dalam keluarga yang kecil namun usaha untuk bersama tetap diteruskan dari masa kesemasa.
Sekiranya nak menginap di Air Papan saya boleh syorkan APBR ( Air Papan beach Resort ) kerana selesa bersih tenang dan damai..ade kelengkapan kolam mandi dan dekat dengan pantai..
Kami sekeluarga amat gembira dan berpuas hati percutian kali ini..
Alhamdulillah syukor...

Tidak dilupakan..
Al fatihah untuk arwah abah dan emak yang sentiasa dalam ingatan kami selamanya...






Mersing..jumpa lagi...




0 comments: