MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

BAB (1) KONSEP MASYARAKAT

0

KONSEP MASYARAKAT

Asal usul perkataan masyarakat adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu syarika yang merujuk kepada perhubungan pembentukan suatu kelompok atau kumpulan. Dalam bidang sosiologi, masyarakat didefinisikan sebagai sebuah kumpulan manusia yang membentuk sistem sosial, yang mana interaksi lazimnya berlaku di antara individu lain dalam kumpulan. Secara asasnya, masyarakat adalah sebuah populasi manusia yang diklasifikasikan oleh bentuk hubungan antara individu yang berkongsi perbezaan budaya atau institusi. Sebuah masyarakat juga merupakan suatu bentuk ekonomi, sosial dan infrastruktur industri yang mana ianya mengandungi kepelbagaian manusia. 

Manusia yang tingal bersama dikatakan sebagai society or community. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan. Menurut Ibnu Kaldun, manusia itu sememangnya mempunyai sifat yang lemah dan oleh kerana itu manusia harus menjalani kehidupan secara berkelompok. Sebagai contoh, kehidupan tolong menolong dan saling bantu membantu bagi memudahkan proses kehidupan, dan ini mewujudkan sistem pengorganisasian dalam masyarakat dan juga norma yang harus dipatuhi oleh setiap individu. Manakala, kepelbagaian di antara masyarakat ini adalah bergantung kepada jenis dan tahap organisasi dalam kumpulan. Sehubungan dengan itu, masyarakat dalam organisasi juga sebagai masyarakat awam yang merupakan asas kepada kejayaan sebuah Negara yang demokratik. 

Malaysia dikenali dengan kepelbagaian sususan atau masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras atau etnik yang berada di bawah satu sistem pentadbiran. Kepelbagaian etnik ini turut mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Interaksi sosial yang ada mengukuhkan perpaduan masyarakat ke arah pembangunan mampan negara. Malaysia merupakan sebuah masyarakat multirasial, multiagama yang mana Islam dominan dari segi politik mahupun budaya.  Secara khususnya, kenapa kita perlu mengetahui konsep masyarakat adalah disebabkan oleh: (i) Memahami hakikat bahawa manusia, untuk kelangsungan kehidupan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada kehidupan bermasyarakat; (ii) Sebagai manusia haruslah memahami secara mendalam mengenai cara hidup bermasyarakat; (iii) Keperluan untuk memahami budaya masyarakat lain; dan (iv) Memupuk semangat kerjasama dan saling membantu di antara masyarakat secara langsung memahami sikap dan ciri-ciri masyarakat kerana setiap masyarakat tersebut adalah dinamik. 

1.1.2  Klasifikasi Masyarakat

Masyarakat mempunyai kepelbagaian lapisan dan ianya merupakan proses yang lazim terdapat dalam kelompok masyarakat. Klasifikasi masyarakat ini terbahagi kepada dua sifat iaitu stratifikasi sosial tertutup dan stratifikasi sosial terbuka. Stratifikasi sosial tertutup ialah merujuk kepada setiap anggota masyarakat tidak dapat berpindah ke strata atau tingkat sosial yang lebih tinggi atau lebih rendah. Sebagai contohnya sistem kasta dalam masyarakat India yang terdiri daripada lapisan Brahmana, Kstria, Waisya, Sudra dan yang terendah adalah lapisan Paria. Ciri-ciri sistem kasta ini boleh didefinisikan kepada beberapa perkara yang pertama ialah keanggotaan setiap kasta adalah diwarisi secara turun temurun, setiap kasta akan mewariskan keunggulan, pola perkhawinan pula adalah dalam kasta yang sama dan hak serta kewajipan dalam setiap kasta juga adalah berbeza.  

Manakala stratifikasi sosial tertutup pula merujuk kepada setiap anggota masyarakatnya dapat berpindah atau bertukar daripada satu tingkat kasta ke satu tingkat yang lebih baik. Kebiasaanya perubahan daripada satu kasta ke kasta lain adalah disebabkan oleh faktor pendidikan, kekayaan, kekuasaan mahupun pangkat yang dimiliki. Sebagai contoh, masyarakat di Malaysia tidak mungkin akan mewarisi keturunan keluarga untuk hidup miskin bahkan mereka akan berusaha samada melalui pendidikan untuk berubah daripada satu lapisan kepada lapisan lain yang lebih baik.

1.1.3  Ciri-ciri utama masyarakat

Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok; berbudaya; mengalami perubahan; berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar); mempunyai kepimpinan; dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta).

a. Berkelompok

Secara amnya, setiap individu yang dilahirkan mempunyai keupayaan dan kebolehan yang berbeza, oleh yang demikian bagi mengembangkan kemampuan dan memenuhi keinginan, individu tidak akan mampu menjalani kehidupan secara bersendirian tetapi memerlukan orang lain. Kerana itulah individu hidup secara berkelompok dan membentuk masyarakat. Melalaui amalan kehidupan berkelompok inilah wujud norma-norma atau peraturan-peraturan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan sejagat. 
 
b. Budaya

Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, yang mana manusia bertanggungjawab untuk mencipta, mengubah atau melestarikan budaya serta menurunkan kepada generasi ke generasi. Proses pewarisan budaya inilah yang akan membantu pekembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Budaya ini boleh terdiri daripada pemikiran sains, teknologi, kepercayaan adat resam, falsafah mahupun kesusasteraan dan agama. 

c. Mengalami perubahan

Setiap masyarakat itu sentiasa mengalami perubahan. Perubahan pada masyarakat memang telah berlaku sejak zaman dahulu, pada masyarakat tradisional yang masih memegang adat resam, perubahan yang berlaku memang sangat lambat. Masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat statis. Walaubagaimanapun, dewasa ini perubahan berlaku sangat cepat sehingga mengelirukan masyarakat ditambah pula dengan kepesatan teknologi dan gologan masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat dinamis. Perubahan yang berlaku adalah secara consistent kerana setiap perubahan tersebut terikat dengan waktu dan tempat. Catatan sejarah telah membuktikan bahawa dalam beberapa abad yang lalu, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, khususnya pengembangan bahasa Melayu. Perubahan juga terdiri daripada beberapa sifat iaitu: (i) Perubahan merupakan hal yang wajar dan harus berlaku; (ii) Perubahan adalah secara umum; (iii) Setiap masyarakat mesti mengalami perubahan; (iv) Sama ada perubahan tersebut meluas atau tidak; dan (v) Cepat atau lambat. 

 d. Berinteraksi

Masyarakat yang bersifat kelompok memerlukan jaringan di antara satu sama lain dan perlu mewujudkan hubungan dikalangan kelompok masyarakat lain. Masyarakat harus bersosialisasi untuk meneruskan kelangsungan hidup serta memenuhi keperluan hidup samada dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan mahupun kesihatan. Pembangunan dan kemajuan ketamadunan sesebuah masyarakat atau negara sangat bergantung kepada jaringan interaksi. 

e. Kepimpinan

Pemimpin merupakan tunjang kepada pergerakkan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Lazimnya, setiap individu adalah dianugerahkan menjadi seorang pemimpin, samada pemimpin di dalam keluarga mahupun masyarakat. Kepimpinan haruslah mempunyai pengetahuan atau idealisme yang memperjuangkan kepentingan bersama. Selain itu, kepimpinan itu juga merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat. Untuk menjadi seorang pemimpin seseorang itu haruslah mempunyai daya intellectual yang tinggi, mempunyai kemahiran berkomunikasi serta bermotivasi dan mampu mengharungi risiko. Oleh yang demikian, sesebuah masyarakat amat bergantung kepada kepimpinan yang berkesan dan cekap untuk membawa mereka atau mewakili mereka ke arah kejayaan. 

f. Aturan sosial

Sesebuah masyarakat mempunyai susun lapis yang akan menentukan tahap kedudukan individu dalam kehidupan bermasyarakat. Kebiasaanya lapisan ini berbeza daripada segi latar belakang pendidikan dan juga pekerjaan. Stratifikasi sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, kelas yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kedua, status ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga, kasta yang keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. Dalam masyarakat Melayu tradisional, stratifikasi sosial dibahagikan kepada golongan pemerintah (golongan diraja dan bangsawan) dan golongan yang diperintah (rakyat dan hamba). Dalam masyarakat moden pula, kelas sosial terdiri daripada golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan. Terdapat tiga jenis status sosial iaitu : (i) Ascribed Status yang merujuk kepada status yang terdapat sejak dilahirkan seperti jantina, ras, kasta, dan juga keturunan. (ii) Achieved Status merupakan status yang didapati oleh seseorang kerana kerja keras, usaha seperti mencari harta kekayaan, menimba ilmu sehingga ke menara gading dan kenaikan pangkat dalam pekerjaan.  (iii) Assigned status adalah sesuatu yang bukan dimiliki sejak dilahirkan tetapi ianya merupakan anugerah daripada masyarakat hasil daripada kepercayaan dan kebolehan untuk memikul tanggungjawab, ianya juga merupakan satu bentuk pengiktirafan di kalangan masyarakat, contohnya seperti jawatan ketua adat atau ketua suku kaum.  

1.2 PERKEMBANGAN EVOLUSI MASYARAKAT

Evolusi adalah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa latin yang ertinya membuka gulungan atau membuka lapisan. Kemudian bahasa itu diserap menjadi bahasa Inggeris evolution yang bererti perkembangan secara bertahap. Masyarakat mengalami perubahan daripada satu tahap untuk memajukan sebuah kehidupan. Evolusi masyarakat adalah merujuk kepada perubahan samada berlaku secara cepat atau lambat. Perubahan yang berlaku adalah di dalam budaya atau biologi sesebuah masyarakat tersebut. Perubahan biologi adalah sesuatu yang berdasarkan kepada perubahan struktur, fungsi dan proses kehidupan. Terdapat tiga tahap pola perubahan masyarakat yang sering berlaku iaitu, perubahan lambat dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Seterusnya perubahan sedang dan lambat, yang mana jika berlaku perubahan adalah sangat lambat dan hanya pada unsur-unsur tertentu sahaja dan yang ketiga adalah perubahan cepat, iaitu perubahan yang berlaku melalui kekerasaan contohnya seperti perebutan kuasa, politik dan sebagainya. 

Jika dikaji dari perspektif ekonomi, tahap perubahan manusia tersebut boleh dibahagikan kepada empat tahap. Tahap yang pertama ialah masyarakat memburu yang mana mereka menggunakan teknologi mudah untuk memburu binatang yang akan dimanopoli oleh golongan lelaki, manakala kaum wanita pula bercucuk tanam. Tahap yang kedua ialah masyarakat berkebun dan menternak yang mengusahakan ladang dengan menggunakan peralatan tangan yang mudah. Seterusnya wujud masyarakat pertanian yang mana pada tahap ini terdapat banyak peluang pekerjaan dan juga pengkhususan dalam bidang pekerjaan. Tahap yang keempat pula dikenali sebagai masyarakat industri. Masyarakat pada tahap ini menggunakan sumber semulajadi dan alatan canggih untuk menghasilkan mesin berbanding tenaga manusia. Kemunculan ini seiring dengan revolusi industri dan sistem ekonomi pula menjadi lebih kompleks

Teori Evolusi Biologi telah diperkenalkan oleh Darwin dan Teori Evolusi masyarakat telah diperkenalkan oleh Herbert Spencer. Teori Evolusi adalah berlaku dalam perkembangan kebudayaan manusia yang melalui tahap-tahap tertentu. Teori Evolusi masyarakat yang pertama dipelapori oleh Herbert Spencer iaitu berkaitan dengan manusia dan masyarakat mengalami perkembangan sesuai dengan tahap tertentu, iaitu dari yang sederhana  menjadi kompleks dan sampai pada tahap yang sempurna. Peringkat ini dikenali sebagai Unilinear Theory of Evolution.  Peringkat seterusnya adalah Universal Theory of Evolution yang merujuk kepada pekembangan masyarakat tidak perlu melalui tahap perubahan yang tetap, tetapi kebudayaan manusia itu telah bergerak selari dengan garis-garis perubahan. Ketiga, adalah Multilined Theory of Evolution yang menumpukan kepada pemerhatian dan penelitian terhadap tahap pekembangan tertentu dalam evolusi masyarakat.  

Perkembangan evolusi ini telah mewujudkan ketemadunan. Tamadun berasal darpada perkataan arab iaitu madana yang bermaksud membina dan manaik taraf kehidupan ke tahap yang beradab. Dimana, kehidupan masyarakat menjadi lebih baik, tersusun dan lebih berbudi pekerti. Terdapat lima ciri asas ketamadunan manusia iaitu, yang pertama wujudnya penempatan masyarakat secara berkelompok di sesuatu kawasan yang akhirnya membentuk penempatan Bandar. Kedua, adalah berlakunya peningkatan taraf kualiti hidup manusia ke arah yang lebih baik. Seterusnya, terdapat sistem organisasi dan institusi sosial yang lebih baik dan sistematik. Sehubungan dengan itu, masyarakat juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa serumpun dan juga terdapat undang-undang yang mengatur atau sebagai garis panduan tingkah laku manusia dalam kehidupan bermasyarakat. 

Manakala menurut Xavier Bartlett ciri-ciri ketamadunan manusia itu adalah melalui beberapa peringkat iaitu, masyarakat dibahagikan kepada beberapa penempatan kecil seperti di kawasan kampung dan kawasan yang lebih besar dan akhirnya bertukar menjadi sebuah bandar. Ciri yang kedua pula, terdapat pusat perkembangan agama, sistem politik dan juga sistem pentadbiran yang membentuk undang-undang ke arah kehidupan masyarakat yang lebih aman. Ciri yang ketiga, apabila terdapat lebihan sumber ianya akan membantu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pertukaran yang akhirnya mewujudkan proses perdagangan barangan. Seterusnya, terdapat lapisan masyarakat yang berbeza mengikut pekerjaan terutama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Ciri yang kelima pula, masyarakat semakin sedar bahawa peri pentingnya untuk merekod segala maklumat dan juga informasi yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan dengan itu, ketamadunan manusia juga tidak asing lagi diperkatakan mengenai zaman prasejarah yang boleh diterangkan dengan lebih mudah berdasarkan jadual berikut:

 Rajah 1.1: Evolusi Masyarakat
Ciri-ciri Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam
Cara hidup
Nomad dalam kelompok keluarga berkumpulan.
Nomad dalam kelompok keluarga berkumpulan.
Menetap (tidak berpindah randah) dalam kelompok besar.
Menetap (tinggal tetap) dan mempunyai rumah.
Tempat tinggal
Tepi tasik sekitar sungai dalam gua.
Tepi tasik sekitar sungai dalam gua.
Tepi tasik dan sekitar sungai.
Petempatan yang lebih besar dan kota pertahanan. Berkembang menjadi bandar.
Pekerjaan Memungut hasil hutan Menangkap ikan dan memburu binatang.
Memungut hasil hutan Menangkap ikan dan memburu binatang.
Bercucuk tanam, menternak binatang, melebur logam. Mengamalkan kegiatan tukaran barang.
Perdangan maritim.

Alatan Alatan batu kasar.
Alatan batu kasar dan hanya mengutamakan satu fungsi sahaja.
Alatan batu yang telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi menghasilkan tembikar.
Alatan besi Mencipta perahu untuk tujuan pengangkutan dan juga rumah.

1.3  PENGORGANISASIAN DAN MASYARAKAT

Kehidupan secara berkumpulan dalam masyarakat telah lama wujud, namun kajian terhadap kepentingan organisasi kepada masyarakat semakin diberikan penekanan sejak abad ke-20. Keadaan ini adalah kerana masyarakat semakin peka mengenai hubungan organisasi dan kehidupan masyarakat. Organisasi secara umumnya boleh diertikan sebagai kebergantungan kepada kepentingan, dimensi, kriteria dan skop kajian masyarakat yang ada pada zaman tersebut. Bagaimanapun pembentukan sebuah organisasi sering dianggap untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, organisasi sering mengabungkan kelompok-kelompok manusia tertentu berbanding secara individu untuk mencapai matlamat tersebut. Menurut Coulter (2011), sebuah organisasi ialah penyusunan manusia untuk menyelesaikan beberapa tujuan tertentu. Contohnya, Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah sebuah organisasi. Terdapat tiga karakteristik sesebuah organisasi, iaitu:  (i) Distinct purpose, di mana setiap fungsi ini kebiasaanya akan mengambarkan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.  (ii) Setiap organisasi memerlukan individu, iaitu jika seorang sahaja yang melakukan pekerjaan situasi tersebut tidak dinamakan sebagai organisasi. Oleh yang demikian, organisasi memerlukan sekumpulan individu untuk melaksanakan tujuan dan matlamat organisasi.  (iii) Setiap organisasi membangunkan struktur supaya setiap individu dapat melakukan kerja dengan baik. Struktur yang dibentuk oleh organisasi mungkin berbentuk terbuka dan flexible, ataupun jaringan yang senang dan tidak rigid serta samada struktur organisasi adalah lebih jelas seperti penjelasan tanggungjawab dan juga garis panduan di organisasi.

Peranan organisasi dalam masyarakat  ialah untuk mengstrukturkan masyarakat menjadi lebih tersusun dan mempunyai arah yang  jelas untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam sesebuah kelompok  masyarakat tersebut. Sehubungan itu, organisasi memainkan peranan penting untuk  mengerakkan masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berdaya saing. Dengan  adanya organisasi juga, dapat mengabungkan kebolehan setiap individu dalam  masyarakat untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Tuntasnya, organisasi memainkan peranan penting untuk ketemadunan masyarakat. Masyarakat moden amnya, memerlukan organisasi untuk bertindak demi kepentingan individu atau kumpulan bagi memenuhi tuntutan sosial, politik mahupun ekonomi. 

Masyarakat moden adalah masyarakat yang berilmu pegetahuan serta mempunyai sistem pendidikan yang disediakan oleh pihak organisasi secara teratur berbanding dengan masyarakat tradisional yang kurang mementingkan tahap pendidikan individu. Selain daripada institusi pendidikan sesebuah msyarakat juga mengutamakan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan harta benda dan nyawa dengan lebih mendalam dan penuh perhatian dan situasi ini jika dibandingkan terdapat berbagai jenis organisasi kewangan atau perbankan serta insuran yang wujud demi menjaga kestabilan ekosistem perubahan struktur dalam sesebuah masyarakat modern. Secara ringkasnya, masyarakat amat bergantung kepada organisasi untuk kelangsungan hidup.    Organisasi dapat dedifiniskan sebagai sebuah institusi sosial yang terdiri daripada manusia yang saling bergantungan demi mencapai matlamat yang dikehendaki iaitu melibatkan penyatuan usaha dan perhubungan sesama individu. Kebiasaanya, ciri organisasi adalah tersusun bagi menentukan keberkesanan organisasi tersebut. Contohnya, sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. 

Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat samada dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan khidmat nasihat. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau lebih dikenali sebagai tahap-tahap dalam organisasi. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tahap) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tahap. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tahap autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketuaketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi. 

Contohnya carta organisasi yang kebiasaanya berbentuk seperti piramid yang teratas adalah tahap top level, contohnya pengarah urusan dan dikikuti oleh midle level, seperti penyelia dan yang terendah adalah tahap lower employee seperti pembantu am pejabat. Sehubungan dengan itu, di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagianbahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. Manakala ciri organisasi yang terakhir adalah setiap organisasi itu memerlukan prosedur atau undang-undang serta arahan bagi memastikan operasi pengurusan berjalan dengan lancar serta dapat menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku. Misalnya dalam organisasi awam terdapat Kod Etika Kerja, Akta Pekerja serta Kesatuan Sekerja dan begitu juga dengan organisasi swasta. 
 

0 comments: