MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TERIMAKASIH SAHABAT YANG HADIR BERAYA 26.6.2018

0



ASSALLAMMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH TERIMAKASIH KEPADA SAHABAT DAN ANAK ANAK GELANGGANG YANG SEMPAT HADIR BERAYA DIRUMAH SAYA PADA 26.6 YANG LEPAS. SEBAGAI TANDA PENGHUBUNG UKHUWAH ANTARA KITA SUPAYA TERUS BERSAMA HIDUP DIMUKA BUMI YANG FANA INI.

WALAUPUN DALAM KEADAAN YANG SERBA SEDERHANA NAMUN DAPAT JUA MERAYAKAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA DENGAN KELUARGA DAN SAHABAT.

SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN ADA PERBUATAN DAN TUTURKATA YANG MENGGURIS PERASAAN KITA.

SEMUGA TERUS MAJU JAYA DAN SUKSESS DUNIA DAN AKHIRAT..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

0 comments:

GERAKAN SELEMPANG MERAH 1945

0






GERAKAN SELEMPANG MERAH 1945

1) PENGENALAN

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

(2) Selempang Merah Bangkitkan Semangat Lawan Komunis

Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.
Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.
Kisah Panglima Selempang Merah menentang ancaman komunis di sekitar daerah ini dan Muar selepas penjajahan Jepun, mungkin kurang diketahui rakyat negara ini.
Namun bagi penduduk asal utara Johor, jasa Panglima Selempang Merah atau nama sebenarnya, Salleh Abdul Karim, yang dilahirkan pada 1916 di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, tidak mungkin luput dari ingatan.
Di zaman penentangan beliau, komunis digambarkan melihat Panglima Salleh sebagai seorang yang perkasa dengan pedangnya, kelihatan melayang di udara, setiap kali terbabit dalam pertempuran.
Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau direkodkan dalam sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap dikenang dan kisahnya dikongsi secara lisan oleh penduduk setempat.
Semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang sentiasa membara, ketokohan Panglima Salleh bukan saja warak dan bijak memimpin pengikut, malah menguasai pelbagai ilmu kebatinan yang dipelajari daripada ramai guru.
Gabungan tiga faktor itu menjadikan Panglima Salleh begitu teliti dan tertib dalam setiap pergerakannya mendepani ancaman komunis Bintang Tiga. Keampuhan ilmu kebatinan yang dimiliki menyebabkan komunis kecut perut apabila mengetahui kehadirannya di kawasan mereka.
Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Johor, Dr Md Akbal Abdullah, berkata kajiannya mendapati satu persamaan daripada pelbagai sumber yang ditemui, menunjukkan pejuang bangsa itu dikenang mengenai kehebatan ilmu kebatinannya.
"Kehebatan Panglima Salleh dan pengikutnya menjadi buah mulut kerana komunis takut melihat kelibat Tentera Selempang Merah terutama parang digunakan mereka dikatakan mampu terbang mencari mangsa untuk dicantas ketika pertempuran.
"Itu yang membuatkan kisah Panglima Salleh sinonim dengan parang terbang sehingga kini. Lebih menarik, mereka mampu menewaskan komunis dengan hanya berbekalkan senjata tradisional seperti parang dan tombak, walaupun pengganas bersenjata api.
"Selain itu, pengikut Panglima Salleh juga mempunyai identiti tersendiri apabila masing-masing dipakaikan selempang merah yang tertulis ayat al-Quran dan diberi gelaran Tentera Selempang Merah," katanya.
Md Akbal berkata, komunis yang gentar melihat Tentera Selempang Merah mendakwa pengikut Panglima Salleh itu berubah menjadi besar dan tinggi seperti gergasi dalam jumlah ribuan, padahal pengikut pejuang itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja.
"Insan yang banyak memainkan peranan di belakang kehebatan Panglima Salleh adalah isterinya, Basariah Abd Latif, yang dikenali dengan panggilan Kak Esah dalam kalangan masyarakat setempat.
"Kak Esah juga seorang yang warak serta mempunyai kepandaian dalam ilmu kebatinan, banyak membantu Panglima Salleh terutama menyediakan selempang untuk dipakai pengikut suaminya," katanya.
Md Akbal berkata, kebangkitan Panglima Salleh dan orang Melayu sekitar Batu Pahat serta Muar menentang komunis berpunca daripada tekanan hidup selepas pemimpin tempatan seperti penghulu, ketua kampung dan guru agama, dibunuh satu persatu secara senyap.
Katanya, pembunuhan didalangi komunis itu adalah sebahagian taktik melemahkan orang Melayu di kawasan kampung sekitar Batu Pahat dan Muar, sekali gus mahu menguasai kaum terbabit, sehingga mereka bangkit menentangnya hasil kepimpinan Salleh.
Sementara itu, waris Tentera Selempang Merah, Mohd Radhi Jamhari, 30, melahirkan rasa bangga apabila mengetahui ayahnya, Allahyarham Jamhari Mohd Said, yang juga bekas imam Masjid Tongkang Pechah, adalah di antara pengikut Panglima Salleh .
"Ketika hayatnya, ayah pernah berkongsi kisah pembabitannya bersama Panglima Salleh menentang komunis. Ayah berkata, semua pantang larang termasuk amal ibadat yang diamalkan kumpulan pejuang Selempang Merah tidak mampu dipatuhi generasi kini.
"Antara amalan diceritakan arwah ayah termasuklah sentiasa berzikir, berpuasa, tidak pernah meninggalkan solat dan membaca Surah Yassin serta pelbagai ayat al-Quran sepanjang masa ketika mahu bertempur, selain pantang larang yang diarahkan ketua mereka.
"Arwah ayah juga ada menyimpan sebilah pedang yang mempunyai ukiran ayat al-Quran. Apabila terjumpa pedang itu dan membuka bungkusannya, saya pernah dimarahi ayah yang berkata senjata terbabit bukan permainan biasa.
"Bagaimanapun pedang terbabit ghaib daripada rumah kami, apabila ayah meninggal dunia pada tahun 2002 ketika berusia 79 tahun," katanya.

Kisah Berdarah Perang Sabil Di Sungai Manik
Kisah Perang Sabil di Sungai Manik bermula apabila seorang komunis bangsa melayu yang bernama Mail Rudo dari Markas Besar Komunis di Sungai Tungku telah mati ditetak oleh pejuang Banjar yang bernama Utoh Putih di Parit 6 Pekan Rabu, Bendang D.O yang sekarang dikenali sebagai Chenderong Balai. Pihak komunis ketika itu terkenal dengan sikap tidak berhati perut terhadap orang kampung.
Komunis kerap menculik orang yang dikatakan rapat dengan Jepun atau tidak mahu bekerjasama dan mangsa culik tersebut akan dibunuh dan kemudian mayatnya akan dibuang ke Sungai Perak. Tentang hal Mail Rudo dibunuh adalah kerana dia telah cuba memaksa penduduk kampung di Bendang D.O dan Sungai Manik untuk menyertai perjuangannya bersama komunis. Tentera Komunis kemudiannya mula mencari siapa dalang yang membunuh Mail Rudo. Setelah pembunuh Mail Rudo dikenal pasti, tentera komunis yang bersenjatakan raifal MK5 menuju ke Parit 6 Pekan Rabu dan membunuh Utoh Putih. Utoh Putih ditembak mati oleh pihak komunis ketika sedang tidur dirumahnya. Kematian Utoh Putih telah menyebab orang kampung semakin berang dan amarah orang kampung terhadap komunis semakin membuak-buak apabila komunis di markas Sungai Tungku menuntut agar orang kampung menyerahkan beberapa orang wanita muda kepada mereka untuk dijadikan tempat melempiaskan hawa nafsu mereka. Jika tuntutan ini tidak dipenuhi dalam tempoh seminggu, Bendang D.O. dan Sungai Manik akan menjadi padang jarak padang terkukur.

Pemimpin agama dari keturunan Banjar bernama Patuan Guru Haji Bakri yang berasal dari Batu Pahat menjadi pemimpin untuk kebangkitan orang-orang Melayu dan Banjar dalam mempertahankan maruah dan hak mereka. Beliau berjaya mengumpulkan orang-orang Banjar dan Melayu di sekitar Bendang D.O dan Sungai Manik untuk bangkit menentang pihak komunis. Dihari terakhir sebelum masa yang ditetapkan oleh pihak komunis tamat, pejuang-pejuang tentera sabil ini melakukan serangan hendap keatas kedudukan komunis di markas kecil mereka di Bendang D.O. Hampir 30 orang komunis maut ditetak oleh pejuang-pejuang Banjar dan ketika itulah bermulanya siri Perang Sabil diantara orang-orang Melayu serta Banjar keatas pihak Komunis di sekitar Sungai Manik. Peristiwa serangan keatas kedudukan komunis di Bendang D.O oleh orang-orang Melayu dan Banjar menyebabkan pihak komunis membalas dendam dengan membakar dan memusnahkan rumah serta penempatan orang Melayu di sepanjang Sungai Perak. Puluhan orang Melayu dari Kampung Gajah dan Balun Bidai memohon bantuan dan menyertai perjuangan Patuan Guru Haji Bakri. Seminggu selepas itu, Patuan Guru Haji Bakri melantik Acil yang merupakan cucu beliau sebagai pemimpin serangan keatas kedudukan komunis di Sungai Tungku. Dengan bersenjatakan parang dan kurniaan wafaq yang diikat dikepala dari Tuan Guru Hj Bakri, para pejuang tentera Sabil mula menggempur tentera komunis di Sungai Tungku. Pihak komunis telah bersedia dengan kehadiran orang-orang kampung namun mereka tidak berjaya menahan kemaraan pejuang-pejuang tentera sabil meskipun mempunyai senjata yang lebih hebat berbanding pejuang-pejuang tentera sabil. Berpuluh-puluh tentera komunis terbunuh dalam serangan tersebut dan markas komunis di Sungai Tungku berjaya dimusnahkan.

Lima orang pemimpin komunis telah berjaya melarikan diri sewaktu pertempuran tersebut berlangsung. Perang ini berlanjutan untuk beberapa ketika sehinggalah tentera British daripada India tiba mengamankan keadaan di Bendang D.O dan Sungai Manik. Perang ini menyebabkan berlakunya ketegangan berpanjangan diantara orang-orang Melayu dan Cina. Akibatnya banyak kedai-kedai dan penempatan orang Cina di Sungai Tungku, Chenderong Balai hingga Kampung Gajah dimusnahkan kebanyakan daripada mereka berpindah ke penempatan orang cina di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Langkap dan Chui Chak.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri.

Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: -

ü Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

ü Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek.

ü Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.

ü Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.

ü Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah  Hujurat : 13).

0 comments:

Sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim

0
“SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis,” demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak.
Jasa Panglima Salleh atau Kiai Salleh amat besar dan mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau, tetapi seiring peredaran masa jasa pemimpin ini semakin dilupakan dan mungkin akan hilang dari catatan sejarah negara sautu hari nanti. Walaupun nama beliau tidak banyak tercatat dalam dokumen sejarah akan tetapi nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.
dssgft
Berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengetahui dan mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Sumbangan yang ditabur oleh Panglima Salleh amatlah besar ketika Komunis menganas dengan menyerang dan membunuh penduduk tempatan terutamanya Batu Pahat dan Muar. Tokoh pejuang ini telah bangkit menentang untuk menpertahankan maruah bangsa.
Kepimpinan Panglima Salleh terselah semasa kekalahan Tentera Jepun ditangan Tentera Berikat pada pertengahan Ogos 1945. Sebelum ketibaan pihak British, pihak Komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum ini berjuang menentang Jepun dibawah Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk memerintah dan bertindak kejam dengan membunuh kejam mereka-mereka yang dianggap berkerjasama dengan Jepun. Lazimnya mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
dssgft
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Batu Pahat dengan berbekalkan senjata parang panjang di bawah pimpinan Panglima Salleh telah menyerang kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Panglima Salleh ‘Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
dssgft
Panglima Salleh berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu. Untuk pengetahuan semua pembaca, keberanian dan kegagahan Panglima Salleh telah diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.
Sebagai mengenang jasa Panglima Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

0 comments:

RESUME UNTUK STID 1103

0



PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)



Nama Pelajar
SUHAIZAN HAJI NOH
suhaizan78@gmail.com
017-6876799
No. Matrik
257744
Pusat
UUM, BANDARAYA MELAKA
TahunPendaftaran
Semester OktoberApril 2018/2019





TUGASAN INDIVIDU
STID 1103 –APLIKASI KOMPUTER DAN PENGURUSAN
Tuliskan soalan/tajuk pilihan anda
TAJUK : RESUME



Tarikh Serahan
( diisi oleh pelajar )
SerahankepadaPensyarah
PERTEMUAN 2  =
26-27 MEI 2018
PN. NOR RATNA BINTI MASROM
013-5330580



Markahdiperolehi
CatatanPensyarah



MUKA HADAPAN TUGASAN




BUTIRAN PERIBADI

01.NAMA PENUH                           : SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT , PJK , PBB  

02.TARIKH LAHIR                         : 1 November 1978

03.ALAMAT                                     : JB 1711 Jalan Utama Taman Nyalas Baru ,

                                                              77100 Asahan Melaka

04.JAWATAN SEKARANG           : Penolong Juruaudit

05.ALAMAT MAJIKAN                 : MAJLIS PERBANDARAN JASIN , Vista Alamanda ,

                                                             77000 Jasin Melaka

06.WARGANEGARA                     : MALAYSIA

07.UMUR                                          : 40 Tahun

08.NO KAD PENGENALAN         : 781101-01-5733       

09.NO TELEFON                             : +6017- 6876799 , +6012-3008208

10.MEDIA SOSIAL                          : Email             :- suhaizan78@gmail.com

                                                              Twitter           :- suhaizannoh

                                                              Instagram      :- suhaizannoh

                                                              Facebook       :- Suhaizan Noh

                                                              Weblogs        :- http://suhaizannoh.blogspot.com



11.PENCAPAIAN AKADEMIK    :

1.1999 - Diploma Pengurusan Bank

Universiti Teknologi MARA Cawangan Lendu Alor Gajah , Melaka

2.1995 – Sijil Pelajaran Malaysia ( Pangkat 1)

Sekolah Menengah Sempang Bekoh , Jasin Melaka

3.1993 – Peperiksaan Menengah Rendah

Sekolah Menengah Sempang Bekoh , Jasin Melaka

4.1990 – Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Sekolah Rendah Kebangsaan Masjid Baru , Melaka 



12.STATUS                                                    : Berkahwin

13.NAMA ISTERI / WARIS                        : NORAZLIN BINTI SUJANO

14.NO KAD PENGENALAN ISTERI      : 831214-01-5820

15.NAMA ANAK ANAK / TANGGUNGAN

1.Nurin Fatihah binti Suhaizan

2.Nurin Aleesya binti Suhaizan

3.Nurin Zulaikha binti Suhaizan

4.Siddiq Naufal bin Suhaizan



16.PENGALAMAN / KEGIATAN SUKARELAWAN/PERSATUAN

1.Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia (2012-2015)

2.Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (2012-2015)

3.Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka (2012-2015)

4.Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah (2012-2015)

5.Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah (2012-2015)

6.Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka (2013)

7.Setiausaha Kehormat , Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka (2016 - kini)

8.Setiausaha Kehormat , Persatuan Seni Silat Kota Sendeng (1999 – kini)

9.Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah ( 2016 – kini)

10.  Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sek Keb Nyalas ( 2013 – kini)

11.  Ahli Majlis , Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (2017 – kini)

12.  Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Pondok Batang Abbey (2010 – kini)

13.  Ketua Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Kampung Pondok Batang Abbey (2010 – kini)

14.  Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg Pondok Batang Abbey (2010-kini)

15.  Bendahari Surau Al Abidin Kg Abbey (2010-kini)



17.ANUGERAH / PINGAT YANG DITERIMA

1.2010 - Pingat Bakti Belia (PBB) – Majlis Gabungan Belia Melaka

2.2015 - Pingat Ahli Memangku Naning (AMN) –YAM Dato Merah Penghulu Naning ke – 14

3.2011 - Pingat Jasa Kebaktian (PJK) – Kerajaan Negeri Melaka

4.2014 - Bintang Khidmat Terpuji (BKT) – Kerajaan Negeri Melaka

5.2015 - Tokoh Maal Hijrah – (Belia / Saidina Ali Abi Talib RA) – Kerajaan Negeri Melaka

6.2016 - Anugerah Pingat Hang Tuah – Dunia Melayu Dunia Islam

7.2017- Bintang Laksamana Bentan– Persatuan Zuriat Laksamana Bentan Malaysia

8.2018 - Selempang Waris Hang Tuah – Keturunan Hang Tuah Zuriat ke-13



18.PENGALAMAN BERKHIDMAT / BEKERJA

1.2000 - Guru Sandaran di Sek Menengah Sempang Bekoh

·   Mengajar subjek Sejarah , Geografi dan Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan Dua.

2.2001 - Penolong Pegawai Pemasaran Saanen Goat & Soap Sdn Bhd

·   Merangka dan merancang kaedah pemasaran untuk sabun / pencuci muka susu kambing.

·   Memastikan penggunaan sabun ini melauas dan mendapat tempat dihati pengguna.

·   Mengadakan jualan di expo expo dan mengedarkan flyers untuk memperkenalkan produk.

3.2002 - Penolong Pegawai Kewangan & Pemasaran MAIM Industries Sdn Bhd

·   Menguruskan jualan dan pembekalan dengan Majlis Agama Islam Melaka.

·   Menguruskan sebut harga dan mencari harga yang terendah dan berkualiti.

·   Meluaskan lagi jaringan pemasaran dan pembekalan di Jabatan atau agensi kerajaan.

4.2004 - Pembantu Akauntan , Majlis Daerah Jasin

·   Membantu menguruskan akaun semasa dan akaun simpanan tetap MDJ.

·   Merekod dan mencatit keluar masuk duit di bahagian kewangan MPJ.

·   Menyimpan buku kira-kira dan mengemaskini baki harian duit di MPJ.



5.2006 - Penolong Akauntan , Majlis Daerah Jasin

·   Mengetuai Unit Hasil untuk memastikan kutipan hasil di MDJ secara optimum.

·   Menyelia kaunter MDJ dengan mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan.

·   Membantu menyediakan penyata kewangan bulanan dan juga bajet tahunan.

6.2010 – Sehingga kini Penolong Juru Audit , Majlis Perbandaran Jasin

·   Mengetuai Unit Audit Dalam MPJ.

·   Mengetaui auditan kualiti berkaitan pematuhan ISO , 5S dan lain lain.

·   Menyediakan laporan berkaitan tugasan khas yang diberikan oleh YDP , MPJ.

19.LAIN-LAIN KEMAHIRAN

1.Mempunyai lesen memandu B2 dan D dan mempunyai kenderaan sendiri.

2.Berpengetahuan dalam  menguruskan pentadbiran , penilaian kualiti dalam pejabat.

3.Bertanggung jawab , bebas dan mempunyai kesedaran motivasi yang tinggi.

4.Sentiasa berfikiran terbuka dan berminat untuk belajar.

5.Suka dalam keadaan yang bekerja dalam satu pasukan dan sentiasa bantu membantu antara satu samalain.

20.KEMAHIRAN BERBAHASA

Bahasa                                                                         Tulisan             Percakapan

Bahasa Malaysia                                                         10                                10

Bahasa Inggeris                                                           8                                  6

21.RUJUKAN

1.YB DATUK SERI HAJI ABD GHAFAAR BIN HAJI ATAN

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN ASAHAN

Tel : 012-6285700

2.TUAN MEJAR (K) MOHD NIZAM BIN OMAR

PRESIDEN , GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

Tel : 019-2332206

0 comments:

KUATKAN SEMANGAT..KENTAL KAN HATI..TEGUHKAN PENDIRIAN.. INSYAALLAH KITA PASTI BERJAYA...

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN


ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA KASIH SAYANGNYA KITA DAPAT BERSUA LAGI DI ALAM BLOGSPOT YANG DAH LAMA SAYA TAK UPDATE..
PERTAMANYA MUNGKIN KERANA KESUKARAN UNTUK MENG UPDATE DALAM BLOG NI..SEBAB MESTI KENA CARI INTERNET..NAK UPDATE DLM HP AGAK SUKAR DAN MEMERLUKAN MASA UNTUK MENAIP , MENGARANG CERITA DSB..
BERBANDING UNTUK UPDATE DALAM FB , AMAT MUDAH RINGKAS DAN BERKESAN..YANG PENTING TIDAK PERLU GUNA DATA INTERNET YANG BANYAK ATAU PELBAGAI GAJET YANG PERLU KITA GUNAKAN UNTUK UPDATE..
TAK SEMUA ORANG KITA NI MINAT MEMBACA APATAH LAGI NAK MENULIS NAMUN YANG PENTING BLOG INI AKAN MENJADI JURNAL KEHIDUPAN DAN MENJADI RUJUKAN KITA ATAU SESIAPAPUN SEPANJANG HAYAT SEPANJANG ZAMAN.
KITA SEDAR DAN INSAF..KEADAAN SEKARANG TIDAK SAMA DENGAN KEADAAN SEBELUMNYA..KEADAAN TIDAK SAMA DENGAN SEBELUM BELUMNYA..
SAYA TERHENTI UPDATE KERANA SIBUK MEMBANTU CALON BN DUN ASAHAN BERKEMPEN HINGGALAH KEHARI PENGUNDIAN IAITU HARI PENENTUAN KEMENANGAN ATAU KEKALAHAN BN DALAM PRU KE 14.
SIAPA SANGKA DAN SEMUA TIDAK MENYANGKA..
PERSIAPAN YANG BEGITU RAPI YANG MELIBATKAN MASA DAN PERUNTUKAN YANG BESAR TELAH DIGEMBELINGKAN UNTUK MENGHADAPI PRU 14..
SEBELUM PENAMAAN CALON LAGI AHLI AHLI POLITIK YANG MENGHARAP AKAN MENJADI CALON TELAH MEMASANG BADAN DAN ADA YANG TIDAK SEGAN SILU MENGUMUMKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI CALON WALAUPUN PENAMAAN CALON BELUM DILAKUKAN.
AKHIRNYA APABILA PENAMAAN CALON TELAH DIJALANKAN DISETIAP NEGERI MAKA ADALAH YANG KECEWA DAN ADA YANG GEMBIRA DAN BERSEMANGAT UNTUK MEMULAKAN KEMPEN. ADA JUGA YANG TIDAK BERPUAS HATI DAN CUBA MEMBOIKOT KEPUTUSAN DARIPADA PIMPINAN PUSAT BARISAN NASIONAL.
NAMUN..
NAMA TELAH DIUMUMKAN MAKA AHLI PARTI PERLU AKUR DAN TERUS MEMBANTU CALON UNTUK MEMENANGI PRU KE-14 INI.
TEMPOH BERKEMPEN PUN DAH SELESAI MAKA PROSES PENGUNDIAN PUN BERMULA DARI PAGI HINGGA KE PETANG.
WALAUPUN CUACA AGAK BAIK TAPI KEADAAN TIDAK BERAPA SELESA DAN TENTERAM.KEADAAN AGAK TIDAK MENENTU DAN SEDIKIT KERISAUAN KEPADA JENTERA PARTI BN. SELEPAS PENGIRAAN UNDI BERJALAN MAKA KEPUTUSAN TELAH DIUMUMKAN DAN BN TELAH KALAH DAN PRU KALI INI DIMENANGI OLEH PAKATAN HARAPAN.
NAMUN BERKAT KEIKHLASAN DAN PERJUANGAN SELAMA INI DUN ASAHAN TELAH MENANG DENGAN MAJORITI TIPIS IAITU 245 UNDI PADA KALI INI.
MALAYSIA TELAH JATUH KE TANGAN PH DAN INI ADALAH SATU KEPUTUSAN YANG MEMERANJATKAN DAN MELAKA JUGA TELAH TEWAS...
SELEPAS KEKALAHAN DAN KEADAAN INI AMAT MENYEDIHKAN APABILA RAMAI KAWAN KAWAN YANG HILANG PEKERJAAN AKIBAT BERTUKAR KERAJAAN.
SABAN HARI BERITA SEDIH AKAN KEDENGARAN KERANA SAHABAT HILANG PEKERJAAN APATAH LAGI HAMPIR RAMADHAN DAN SYWAL KETIKA ITU. HARI HARI NAJIB PULA DITUDUH DENGAN SKANDAL 1MDB TAPI SEHINGGA KE HARI INI TIDAK ADA PENDAKWAAN DAN PERTUDUHAN YANG DIBAWA KE MAHKAMAH UNTUK MEDAKWA NAJIB TR.
RAMADHAN DILALUI DENGAN SIMPLE DAN TIDAK BANYAK AKTIITI KEBAJIKAN YANG DAPAT DIJALANKAN.
TIADA LAGI KESIBUKAN DALAM MENGHADAPI RAMADHAN DAN TIADA LAGI AKTIVITI KEBAJIKAN SEPANJANG RAMADHAN. TIADA LAGI BERBUKA PUASA BERSAMA PEMIMPIN DAN KEADAAN YANG AMAT PUDAR DAN SEJUK.
DAN KINI SYAWAL MENJELMA DAN BERSAMA KITA SAMBUT HARI RAYA DENGAN INDAH SEKALI..
NAMUN BAGI AKU SEMENJAK KEHILANGAN ABAH DAN EMAK YANG BARU LAGI BULAN MAC LEPAS AKU LEBIH PENTINGKAN PERSIAPAN ANAK ANAK DAN KELUARGA..YANG PENTING ANAK ANAK GEMBIRA..

https://twitter.com/SUHAIZANNOH/status/1007991397104795649

DAN SETERUSNYA KELAS PJJ PERLU KENA HADAP DAN PASTIKAN SUKSESS SEMUA ASSINGMENT DSB.
KUATKAN SEMANGAT..KENTAL KAN HATI..TEGUHKAN PENDIRIAN..
INSYAALLAH KITA PASTI BERJAYA...
AAMIN

SUHAIZAN HAJI NOH
25 JUN 2018
0015

0 comments: