MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KUATKAN SEMANGAT..KENTAL KAN HATI..TEGUHKAN PENDIRIAN.. INSYAALLAH KITA PASTI BERJAYA...

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN


ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA KASIH SAYANGNYA KITA DAPAT BERSUA LAGI DI ALAM BLOGSPOT YANG DAH LAMA SAYA TAK UPDATE..
PERTAMANYA MUNGKIN KERANA KESUKARAN UNTUK MENG UPDATE DALAM BLOG NI..SEBAB MESTI KENA CARI INTERNET..NAK UPDATE DLM HP AGAK SUKAR DAN MEMERLUKAN MASA UNTUK MENAIP , MENGARANG CERITA DSB..
BERBANDING UNTUK UPDATE DALAM FB , AMAT MUDAH RINGKAS DAN BERKESAN..YANG PENTING TIDAK PERLU GUNA DATA INTERNET YANG BANYAK ATAU PELBAGAI GAJET YANG PERLU KITA GUNAKAN UNTUK UPDATE..
TAK SEMUA ORANG KITA NI MINAT MEMBACA APATAH LAGI NAK MENULIS NAMUN YANG PENTING BLOG INI AKAN MENJADI JURNAL KEHIDUPAN DAN MENJADI RUJUKAN KITA ATAU SESIAPAPUN SEPANJANG HAYAT SEPANJANG ZAMAN.
KITA SEDAR DAN INSAF..KEADAAN SEKARANG TIDAK SAMA DENGAN KEADAAN SEBELUMNYA..KEADAAN TIDAK SAMA DENGAN SEBELUM BELUMNYA..
SAYA TERHENTI UPDATE KERANA SIBUK MEMBANTU CALON BN DUN ASAHAN BERKEMPEN HINGGALAH KEHARI PENGUNDIAN IAITU HARI PENENTUAN KEMENANGAN ATAU KEKALAHAN BN DALAM PRU KE 14.
SIAPA SANGKA DAN SEMUA TIDAK MENYANGKA..
PERSIAPAN YANG BEGITU RAPI YANG MELIBATKAN MASA DAN PERUNTUKAN YANG BESAR TELAH DIGEMBELINGKAN UNTUK MENGHADAPI PRU 14..
SEBELUM PENAMAAN CALON LAGI AHLI AHLI POLITIK YANG MENGHARAP AKAN MENJADI CALON TELAH MEMASANG BADAN DAN ADA YANG TIDAK SEGAN SILU MENGUMUMKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI CALON WALAUPUN PENAMAAN CALON BELUM DILAKUKAN.
AKHIRNYA APABILA PENAMAAN CALON TELAH DIJALANKAN DISETIAP NEGERI MAKA ADALAH YANG KECEWA DAN ADA YANG GEMBIRA DAN BERSEMANGAT UNTUK MEMULAKAN KEMPEN. ADA JUGA YANG TIDAK BERPUAS HATI DAN CUBA MEMBOIKOT KEPUTUSAN DARIPADA PIMPINAN PUSAT BARISAN NASIONAL.
NAMUN..
NAMA TELAH DIUMUMKAN MAKA AHLI PARTI PERLU AKUR DAN TERUS MEMBANTU CALON UNTUK MEMENANGI PRU KE-14 INI.
TEMPOH BERKEMPEN PUN DAH SELESAI MAKA PROSES PENGUNDIAN PUN BERMULA DARI PAGI HINGGA KE PETANG.
WALAUPUN CUACA AGAK BAIK TAPI KEADAAN TIDAK BERAPA SELESA DAN TENTERAM.KEADAAN AGAK TIDAK MENENTU DAN SEDIKIT KERISAUAN KEPADA JENTERA PARTI BN. SELEPAS PENGIRAAN UNDI BERJALAN MAKA KEPUTUSAN TELAH DIUMUMKAN DAN BN TELAH KALAH DAN PRU KALI INI DIMENANGI OLEH PAKATAN HARAPAN.
NAMUN BERKAT KEIKHLASAN DAN PERJUANGAN SELAMA INI DUN ASAHAN TELAH MENANG DENGAN MAJORITI TIPIS IAITU 245 UNDI PADA KALI INI.
MALAYSIA TELAH JATUH KE TANGAN PH DAN INI ADALAH SATU KEPUTUSAN YANG MEMERANJATKAN DAN MELAKA JUGA TELAH TEWAS...
SELEPAS KEKALAHAN DAN KEADAAN INI AMAT MENYEDIHKAN APABILA RAMAI KAWAN KAWAN YANG HILANG PEKERJAAN AKIBAT BERTUKAR KERAJAAN.
SABAN HARI BERITA SEDIH AKAN KEDENGARAN KERANA SAHABAT HILANG PEKERJAAN APATAH LAGI HAMPIR RAMADHAN DAN SYWAL KETIKA ITU. HARI HARI NAJIB PULA DITUDUH DENGAN SKANDAL 1MDB TAPI SEHINGGA KE HARI INI TIDAK ADA PENDAKWAAN DAN PERTUDUHAN YANG DIBAWA KE MAHKAMAH UNTUK MEDAKWA NAJIB TR.
RAMADHAN DILALUI DENGAN SIMPLE DAN TIDAK BANYAK AKTIITI KEBAJIKAN YANG DAPAT DIJALANKAN.
TIADA LAGI KESIBUKAN DALAM MENGHADAPI RAMADHAN DAN TIADA LAGI AKTIVITI KEBAJIKAN SEPANJANG RAMADHAN. TIADA LAGI BERBUKA PUASA BERSAMA PEMIMPIN DAN KEADAAN YANG AMAT PUDAR DAN SEJUK.
DAN KINI SYAWAL MENJELMA DAN BERSAMA KITA SAMBUT HARI RAYA DENGAN INDAH SEKALI..
NAMUN BAGI AKU SEMENJAK KEHILANGAN ABAH DAN EMAK YANG BARU LAGI BULAN MAC LEPAS AKU LEBIH PENTINGKAN PERSIAPAN ANAK ANAK DAN KELUARGA..YANG PENTING ANAK ANAK GEMBIRA..

https://twitter.com/SUHAIZANNOH/status/1007991397104795649

DAN SETERUSNYA KELAS PJJ PERLU KENA HADAP DAN PASTIKAN SUKSESS SEMUA ASSINGMENT DSB.
KUATKAN SEMANGAT..KENTAL KAN HATI..TEGUHKAN PENDIRIAN..
INSYAALLAH KITA PASTI BERJAYA...
AAMIN

SUHAIZAN HAJI NOH
25 JUN 2018
0015

0 comments: