MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Alhamdulillah..selesai kursus induksi

0
Alhamdulillah..bermula dari 9 mei hingga 24 Mei telah berlangsung dengan aman dan selamat kursus induksi umum di IKWAS Kluang Johor.
saya mengikuti kursus induksi tersebut tanpa ada sebarang masalah dan halangan..nasib baik dapat pulang setiap hujung minggu semasa induksi tersebut. juga telah berjaya menyiapkan assingment khusus dan assingment berkumpulan.
pada penghujung kursus juga telah diadakan ujian penilaian untuk melengkapkan kursus tersebut.
semuga aku dan rakan rakan semua berjaya dengan cemerlang ujiang penilaian tersebut kerana kalau tak lulus kena ulang semula ujian untuk mendapat tetap dalam perjawatan kerajaan...
berdebar juga ni...adussss...

PERSILATAN MELAYU DAN PERJUANGAN

0
 BERSAMA PEWARIS BUNGA PADI PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG

BERSAMA TUAN GURU TERCINTA .. TUAN GURU UTAMA PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG TUAN GURU RAHMAN BIN HAMID

saya bukan seorang pesilat yang hebat atau perwira..tapi jiwa dan minat saya pada silat tidak boleh dinafikan. walaupun saya bukan seorang jurulatih utama ataupun orang kanan dalam persilatan tapi saya tetap setia memegang amanah silat melayu yang amat bernilai ini. silat bukan hanya melatih fizikal tetapi ianya lebih dari sekadar dari gerakan zahir..kerana paling asas yang kita tahu setiap gerakan itu bermula dari dalam dan kita yakini ada kuasa yang maha berkuasa menggerakan kita.

ketaatan kita pada ibu bapa , guru , pemerintah , ajaran Rasulullah dan Allah swt tidak boleh dipertikaikan lagi.kerana itu anak anak silat telah dilatih untuk berdisplin dan siap siaga..
marilah kita sama sama bantu persilatan melayu dan sama sama menyokong perjuangan mereka
persilatan Melayu dan perjuangan tidak boleh dipisahkan

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

SEMBANG SEMBANG BERSAMA PEMIMPIN DI KG BUKIT SENGGEH BARAT

0

TAHNIAH kepada pemuda UMNO kg bukit senggeh barat dan umno juga belia kerana berjaya mengadakan program sembang sembang bersama pemimpin tempatan. terimakasih jua kepada YB Datuk Perumal kerana meluangkan masa bersama sama pemuda untuk bersembang sembang semasa sessi rehat ketika berlangsung 7 sebelah bola sepak di caw tersebut.

razani pengerusi penyelaras umno juga turut sama dalam sembang sembang ini membawa hasrat untuk penyatuan dan pengukuhan silaturrahim dalam dun asahan. umno mempunyai komitmen yang tinggi untuk bersama pemuda dan belia dalam pembangunan dun asahan.

yb datuk perumal juga menyeru kepada semua belia dan pemuda agar bergading bahu dengan beliau untuk memajukan dun Asahan.sentiasa bersama BN untuk memastikan legasi BN terus kekal di dun Asahan. beliau juga berikrar akan terus menerus berjuang untuk memajukan dan dun Asahan dari aspek fizikal mahupun kerohanian. walaupun beliau dari parti komponen BN iaitu MIC tapi kehendak dan keperluan rakyat di dun asahan akan cuba disempurnakan.

saya selaku pengerusi penyelaras pemuda UMNO dun Asahan berharap agar program sebegini akan dapat diteruskan dan diberi bantuan oleh kerajaan bagi memastikan pemuda dan belia makin hampir dengan pemimpin dan ini akan menimbus segala jurang diantara pemimpin dan pemuda.kita semua tahu bahawa belia dan pemuda adalah pewaris perjuangan bangsa dan semangat dan pewaris ini harus digilap untuk terus menerus bersama BN dan memastikan segala janji dan monifesto mesti terlaksana dan dikota.

tahniah diucapkan kepada pemuda dan umno kg bukit senggeh barat kerana berjaya mendapat peruntukan untuk membaiki padang dan tiang gol bola sepak ada tengahari itu daripada yb datuk Adun kawasan.

TAHNIAH DAN SYABAS BN
BELIA BERGERAK GEMPURRRRRR

SEMBANG SEMBANG BELIA DAN PEMUDA PARLIMEN ALOR GAJAH

0
Terimakasih kepada kerajaan melalui KBS telah memberi peruntukan kepada NGO belia untuk mengadakan program sembang sembang santai bersama pemimpin tempatan. Idea ini adalah amat baik dan bertepatan dengan kehendak YAB PM kita untuk mengetahui denyut nadi rakyat. banyak perkara yang boleh diselesaikan melalui perbincangan secara muzakarah dan berdepan. Kita adalah bangsa beradap dan memegang teguh prinsip yang kelima rukunegara iaitu kesopanan dan kesusilaan. dengan adanya program sembang sembang ini sedikit sebanyak telah membantu pemimpin tempatan dan belia untuk lebih mesra dan lebih mengenali antara satu sama lain..dan tiada lagi jurang diantara belia dan pemimpin tempatan..TAHNIAH BN!!!

SEMBANG SEMBANG DI KG BERINGIN DUN DURIAN TUNGGAL
 SEMBANG SEMBANG DI KG BUKIT SENGGEH BARAT
SEMBANG SEMBANG BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA DI KIOSK PEKAN ALOR GAJAH

SEMBANG SEMBANG BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA DI KIOSK PEKAN ALOR GAJAH