MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

APA ITU GST

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Jom kita share sedikit info ttng GST..

GST bukanlah cukai tambahan baru.Dengan pelaksanaan GST pada April 2015, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.

Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai, yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST.

Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum.

Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak. Lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST.

Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan. Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini.
Hampir kesemua negara maju telah lama melaksanakan GST atau VAT atau cukai nilai ditambah ini, malah negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Laos dan Cambodia telah melaksanakannya. Hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

Kadar GST ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus.

Kerajaan telahpun mengambil tempoh beberapa tahun, yakni masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian dengan teliti dan menyeluruh serta mengambil kira semua pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dewan perniagaan, pelabur, pakar ekonomi, ahli akademik, persatuan pengguna dan NGO.

GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas , Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST; Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan, Perkhidmatan pengangkutan,perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih

Apabila GST dilaksanakan kelak, Kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada penerima isi rumah BR1M dan Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna.

Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Umumnya, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai dan Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.

Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.

Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.Langkah-langkah tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2015.

Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus. Langkah ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2016

Sahabat yg lain bleh rujuk pd link ini utk DATA BERFAKTA LEBIH TERPERINCI

http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_ci.aspx

PERSIAPAN UNTUK HOL MUHARAM

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Sekarang sedang fokus dan giat menjalankan persiapn bagi sambutan hol muharam pada tahun ini..alhamdulillah sebagaimana yg dimaklomkan Pssks Asahan menjadi tuan rumah bagi program yang baik ini.

Sekarang dalam fasa terakhir utk memastikan bahawa bajet utk menjalankan program ini terlaksana dengan sempurna..supaya apa yang dirancang akan terlaksana..

AJARAN SESAT DAN BUNUH...NAUZUBILLAH...

0
PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pemandu van syarikat pembekal rokok, Zamri Yusuf, 26, yang dipercayai penuntut ekstrem ajaran sesat menikam empat orang awam di tiga lokasi berasingan dalam kejadian amuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Gombak dan berhampiran Stesen LRT Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa yang ditikam menggunakan pisau Rambo tersebut meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam kejadian pertama, Zamri secara tiba-tiba menikam seorang wanita, Lau Siew Ling, 49, iaitu pemilik kedai runcit di Stesen LRT Taman Gombak serta pekerja wanita warga Indonesia, Suliani Johari, 31, sebaik sahaja dia selesai menghantar bekalan rokok di kedai itu.
Lelaki itu kemudian memandu vannya menuju ke Stesen LRT Taman Melati iaitu tiga kilometer dari Stesen LRT Taman Gombak dan tidak semena-mena mengejar seorang lelaki, Lee Kah Ghee, 48, lalu menikamnya sehingga mati.

Perbuatan Zamri tidak terhenti di situ apabila dia terus memandu vannya menghala ke Jalan Tumbuhan iaitu kira-kira 200 meter dari Stesen LRT Taman Melati sebelum melanggar sebuah kereta yang dinaiki seorang pelajar kolej swasta, Kwan Chun Thai, 25.

Sebaik sahaja pelajar lelaki itu turun dari kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku, Zamri mengejarnya lalu menikam bahagian dada mangsa yang menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tempoh kejadian yang berlaku antara ketiga-tiga lokasi tersebut memakan masa kira-kira 30 hingga 40 minit.
Menurut Khairi, salah seorang anggota polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menangkap lelaki itu yang cuba melarikan diri dan orang ramai turut memukulnya sehingga menyebabkan cedera di bahagian kepala.

Beliau memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental ekoran daripada ajaran sesat ekstrem yang dipelajari.
“Ketika polis tiba untuk menangkap suspek, dia kelihatan tidak normal dan berzikir dalam nada yang kuat tanpa henti menyebabkan kita percaya dia mempunyai masalah psikiatri.
“Walau bagaimanapun, polis akan turut menjalankan pemeriksaan lanjut sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khairi memberitahu, senjata yang digunakan suspek untuk menikam keempat-empat mangsa juga telah dirampas.
Katanya, kejadian pertama kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan manakala Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kejadian kedua dan ketiga kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131025/je_01/Dua-mati-dua-cedera-parah#ixzz2ihGxWGh0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RYC - RURAL YOUTH CENTRE......PENJENAMAAN BELIA KAMPUNG

0

 RYC
 RURAL YOUTH CENTRE

 MELAKA
  
*******************************************


1.0        PENDAHULUAN

RYC adalah merupakan singkatan kepada Rural Youth Centre yang merupakan ilham kepada RTC dan UTC yang telah dizahirkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia di Negara kita.

RYC diwujudkan di kawasan kampung , desa atau pedalaman yang jauh daripada kawasan bandar dan kurang mendapat akses internet atau pengangkutan awam. Banyak menafaat yang boleh didapati oleh golongan belia disekitarnya dan ini memberi penjenamaan baru kepada belia dikawasan desa atau kampong tersebut. Ini akan menjadikan mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan dan kemodenan Negara.

2.0        MATLAMAT

Memberi maklumat tanpa batasan kepada golongan belia di kampong kampong supaya mereka tidak tercicir dari arus siber dan gaya hidup masa kini.

3.0        OBJEKTIF

A.   Memberi pendedahan dan maklumat yang tepat dikalangan belia dan seiring dengan perkembangan belia di kawasan Bandar.
B.    Memberi peluang yang luas kepada belia desa untuk mengenegahkan bakat dan meningkatkan potensi diri.
C.   Menjadi pusat kecergasan dengan aktiviti yang dijalankan.
D.   Menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran belia kawasan / parlimen tersebut.
E.    Menjadi pusat penyebaran ilmu dengan mengadakan bengkel-bengkel atau kursus setiap bulan di pusat tersebut.
  

4.0        PENGISIAN

A.   TINGKAT BAWAH
·         Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :-
o   Pejabat pentadbiran dan tandas
o   Bilik gymnasium dan latihan silat olahraga
o   Bilik alatan muzik @ jamming

Ruang gym dan dilengkapi dengan latihan silat olahraga
Ruang jamming @ alatan muzik
 Ruang pejabat dan kemudahan tandas awam

B.    TINGKAT ATAS
·         Dibahagikan kepada 2 bahagian :-
o   Ruang Cyber
o   Bilik seminar / bengkel dan lcd
 Ruang cyber dan akses internet
 Bilik seminar atau bengkel
 Dilengkapi LCD
  
C.   HALAMAN
·         Dibahagikan 2 ruang :-
o   Kiosk untuk peniaga makan
o   Tapak lapang untuk perhimpunan atau persembahan kebudayaan
 Kiosk peniaga makanan
Tapak lapang dan dataran


5.0        RANCANGAN AKTIVITI

A.   SETIAP HARI
·         Membuka latihan muzik atau jamming kepada bakat belia kampong.
·         Membuka latihan gym kepada belia kampong.
·         Latihan pesilat olahraga atau kick boxing kepada belia kampong.
·         Kios dibuka untuk jualan makanan kepada pengunjung.
·         Pusat internet / cyber jalur lebar dibuka kepada umum dan penyediaan perkhidmatan wifi.
·         Laman RYC boleh digunakan untuk latihan kecergasan atau senamrobik kepada semua.
·         Latihan tarian kebudayaan berbilang kaum juga boleh diadakan.
·         Kelas tambahan kepada pelajar-pelajar boleh dibuka mengikut subjek yang dikehendaki.
·         Kelas tajwid atau fardu ain juga boleh dibuka kepada belia untuk menambahkan ilmu keagamaan.
B.    HUJUNG MINGGU
·         Bengkel bengkel keilmuaan dan motivasi boleh dijalankan
·         Kursus juga boleh diadakan disegenap lapisan masyarakat.
·         Kursus kemahiran seperti membaiki computer atau alatan elektronik seperti handphone juga boleh diadakan.
·         Kursus kemahiran jurulatih untuk silat dan pelbagai seni beladiri lain.
·         Mesyuarat pelarasan aktiviti belia juga boleh diadakan.
·         Menjadi tempat kuliah video conference kepada belia yang mengambil pendidikan jarak jauh.
C.   BERKALA ATAU BERMUSIM
·         Menjadi tempat menonton perlawanan bola sepak dengan layar gergasi dan Program sembang sembang belia bersama pemimpin
·         Tempat pertemuan belia dan persatuan ngo belia
·         Tempat perhimpunan untuk menyuarakan pandangan belia
·         Tempat pertandingan kompang atau keseniaan yang lain.
·         Mengadakan ceramah ditempat terbuka ,
·         Latihan kawad atau displin yang lain.
6.0         
7.0        AKTIVITI BELIA , NGO DAN MASYARAKAT SETEMPAT
Persatuan belia terbesar di Parlimen Alor Gajah ialah Gerakan Belia 4B , Majlis Belia Felda dan Persatuan Silat-silat Melayu.
·         Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah
·         Majlis Belia Felda
·         Persatuan Seni Silat Melaka
o   Seni Silat Kota Sendeng
o   Seni Silat Gayung Malaysia
o   Seni Silat Gayung Fatani
o   Seni Silat Kilau Cendana
o   Seni Silat Cekak Malaysia
o   Seni Silat Pukulan Melaka
·         Persatuan NGO yang lain seperti:-
o   Pekida Malaysia
o   Perkasa Malaysia
o   Pergerakan Pemuda UMNO
o   Pergerakan Puteri UMNO