MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

AJARAN SESAT DAN BUNUH...NAUZUBILLAH...

0
PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pemandu van syarikat pembekal rokok, Zamri Yusuf, 26, yang dipercayai penuntut ekstrem ajaran sesat menikam empat orang awam di tiga lokasi berasingan dalam kejadian amuk di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Gombak dan berhampiran Stesen LRT Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa yang ditikam menggunakan pisau Rambo tersebut meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam kejadian pertama, Zamri secara tiba-tiba menikam seorang wanita, Lau Siew Ling, 49, iaitu pemilik kedai runcit di Stesen LRT Taman Gombak serta pekerja wanita warga Indonesia, Suliani Johari, 31, sebaik sahaja dia selesai menghantar bekalan rokok di kedai itu.
Lelaki itu kemudian memandu vannya menuju ke Stesen LRT Taman Melati iaitu tiga kilometer dari Stesen LRT Taman Gombak dan tidak semena-mena mengejar seorang lelaki, Lee Kah Ghee, 48, lalu menikamnya sehingga mati.

Perbuatan Zamri tidak terhenti di situ apabila dia terus memandu vannya menghala ke Jalan Tumbuhan iaitu kira-kira 200 meter dari Stesen LRT Taman Melati sebelum melanggar sebuah kereta yang dinaiki seorang pelajar kolej swasta, Kwan Chun Thai, 25.

Sebaik sahaja pelajar lelaki itu turun dari kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku, Zamri mengejarnya lalu menikam bahagian dada mangsa yang menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tempoh kejadian yang berlaku antara ketiga-tiga lokasi tersebut memakan masa kira-kira 30 hingga 40 minit.
Menurut Khairi, salah seorang anggota polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menangkap lelaki itu yang cuba melarikan diri dan orang ramai turut memukulnya sehingga menyebabkan cedera di bahagian kepala.

Beliau memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental ekoran daripada ajaran sesat ekstrem yang dipelajari.
“Ketika polis tiba untuk menangkap suspek, dia kelihatan tidak normal dan berzikir dalam nada yang kuat tanpa henti menyebabkan kita percaya dia mempunyai masalah psikiatri.
“Walau bagaimanapun, polis akan turut menjalankan pemeriksaan lanjut sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khairi memberitahu, senjata yang digunakan suspek untuk menikam keempat-empat mangsa juga telah dirampas.
Katanya, kejadian pertama kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan manakala Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kejadian kedua dan ketiga kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131025/je_01/Dua-mati-dua-cedera-parah#ixzz2ihGxWGh0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: