salam..kini ahli umno sibuk berkempen dan melobi untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa bahagian masing-masing samada puteri , pemuda , wanita dan UMNO..ada bahagian yang berkompromi dan ada bahagian yang bertanding sampai titsan darah yang terakhir..tapi bagi saya semua ini adalah satu situasi yg sihat.saya lebih suka memandang dari sudut positif..bagi saya saya menawarkan diri untuk bertanding dalam jawatankuasa pemuda bahagian alor gajah..dalam alor gajah sendiri terdapat 2 set pemuda yang bertandingan..satu set bahar iaitu set yang saya bernaung dan satu lagi set farok set yang diwar-warkan sebagai set yang dipersetujui oleh bahagian..pelbagai isu dan serangan peribadi yg wujud dalam pertandingan ini namun bagi saya itu adalah proses kematangan politik dalam pemuda..kita masih lagi dibawah satu bumbung dan panji perjuangan..dan pengalaman ini ternyata mematangkan saya dan memberi pengalaman baru tentang perjuangan politik yang sebenar..
lihat sajalah apa yang berlaku dan pastinya pertandingan ini masih diperingkat permulaan..
Hidup UMNO..
Senario kini memang terbukti bahawa rakyat kita semakin matang berpolitik.mereka kini membaca banyak sumber samada di internet , blogs , media cetak dsb.mereka sentiasa menilai dan melihat sendiri bahkan ada juga yang merasai sendiri apa yang dilakukan oleh dua pihak kini iaitu kerajaan dan pembangkang.kita sudah boleh menilai akan tahap pemikiran , idealogi yang dilontarkan dan berkemampuan membuat keputusan tanpa ada sebarang paksaan , ugutan ataupun bayaran.UNDI adalah kuasa terbesar rakyat.Parti kerajaan seharusnya menggunakan masa kini untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada mereka bukannya berselisihan pendapat sesama sendiri.wujudkan kembali pakatan parti yang kuat seperti dulu.bukannya rakyat dihidangkan dengan percanggahan pendapat sesama sendiri seperti isu MB Terengganu yang belum selesai.Istana adalah Institusi Melayu yang Kukuh dan sebagai alternatif terakhir untuk membela nasib Melayu.Kita sebagai rakyat sentiasa kukuh berada dibelakang kerajaan dan parti untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN masih relevan dan berkarisma untuk memerintah Malaysia berdaulat ini.Dan Istana adalah simbol Ketuanan Melayu di Tanah Melayu.Kita perlu bersama membina kepercayaan rakyat untuk negara tercinta.Apapun hasilnya kita sebagai rakyat tetap mementingkan Kedamaian untuk mencipta kemajuan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat.