MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TERIMAKASIH KBS

0
TERIMAKASIH..
TERIMAKASIH...kepada kementerian belia dan sukan kerana memberi bantuan pengupayaan kepada persatuan-persatuan belia sebanyak RM 3,000.00.ini menunjukan komitmen kementerian dan kerajaan untuk memastikan institusi belia terus membangun dan maju dipersada negara,,bahkan persatuan belia dinegara kita boleh bersaing di negara luar..belia perlu dipelihara dan dijaga supaya kesinambungan panca warisan kemimpinan negara terurus dan terarah bagi menjamin kestabilan negara..

YB Dato' menteri sanggup turun padang untuk menyerahkan sendiri cek bantuan tersebut..YAB Ketua Menteri juga presiden GB4B Malaysia akan menambah bantuan sebanyak RM 1,000 kepada persatua-persatuan tersebut..Ini menjadikan persatuan belia di negari melaka mendapat RM 4,000.00..

terimakasih diucapkan kepada YAB KM Melaka dan KBS Malaysia..
semoga bantuan ini berpanjangan dan mampu memberikan kebaikan kepada belia-belia kita..
TERIMAKASIH...

GERAKAN BELIA 4B(M)
CAWANGAN KAMPUNG ABBEY/PONDOK BATANG
MELAKA

TAHNIAH BAHARUDDIN ABU BAKAR

0
salam..

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH...kepada saudara Baharudin bin Abu bakar ketua pemuda panchor kerana berjaya memenangi ketua pemuda bahagian alor gajah...ini adalah berkat keikhlasan dan kesabaran saudara dalam mengharungi cabaran getir untuk memenangi undian tersebut..begitu juga saudara Azman Che Man kerana berjaya memenangi naib ketua pemuda bahagian alor gajah..
namun apa yang dikesalkan undian untuk 15 jawatankuasa terpaksa dibatalkan kerana kesilapan teknikal..perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan usia UMNO itu sendiri sudah menjangkau lebih 60 tahun..
perkara ini seharusnya menjadi iktibar kerana ia menunjukkan kurang kecekapan dan ketelitian dalam menjalankan tugas yang dimanahkan oleh ahli umno kepada jk penyelaras pilihanraya merebut jk pemuda umno bahagian alor gajah ini..
kerana itu undian semula untuk jawatankuasa akan diundi semula pada 1 nov 2008 di ILP selandar..
saya mengharapkan agar jk yang akan dipilih ini adalah jk yg boleh bekerja untuk agama , bangsa dan negara...saya sendiri menjadi calon untuk bertanding dalam pemilihan kali ini..
bersama kita berdoa agar PEMUDA Alor Gajah terus maju dan suksesss..
Insya Allah selepas ini saya akan terus memberikan info-info mengenai aktiviti pemuda dan belia yang saya ikuti..
sekian..

HIDUP MELAYU...HIDUP UMNO
ISLAM TINGGI MENJULANG

PEMILIHAN JK PEMUDA BAHAGIAN

0
salam..kini ahli umno sibuk berkempen dan melobi untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa bahagian masing-masing samada puteri , pemuda , wanita dan UMNO..ada bahagian yang berkompromi dan ada bahagian yang bertanding sampai titsan darah yang terakhir..tapi bagi saya semua ini adalah satu situasi yg sihat.saya lebih suka memandang dari sudut positif..bagi saya saya menawarkan diri untuk bertanding dalam jawatankuasa pemuda bahagian alor gajah..dalam alor gajah sendiri terdapat 2 set pemuda yang bertandingan..satu set bahar iaitu set yang saya bernaung dan satu lagi set farok set yang diwar-warkan sebagai set yang dipersetujui oleh bahagian..pelbagai isu dan serangan peribadi yg wujud dalam pertandingan ini namun bagi saya itu adalah proses kematangan politik dalam pemuda..kita masih lagi dibawah satu bumbung dan panji perjuangan..dan pengalaman ini ternyata mematangkan saya dan memberi pengalaman baru tentang perjuangan politik yang sebenar..
lihat sajalah apa yang berlaku dan pastinya pertandingan ini masih diperingkat permulaan..
Hidup UMNO..

KEDAMAIAN

0
Senario kini memang terbukti bahawa rakyat kita semakin matang berpolitik.mereka kini membaca banyak sumber samada di internet , blogs , media cetak dsb.mereka sentiasa menilai dan melihat sendiri bahkan ada juga yang merasai sendiri apa yang dilakukan oleh dua pihak kini iaitu kerajaan dan pembangkang.kita sudah boleh menilai akan tahap pemikiran , idealogi yang dilontarkan dan berkemampuan membuat keputusan tanpa ada sebarang paksaan , ugutan ataupun bayaran.UNDI adalah kuasa terbesar rakyat.Parti kerajaan seharusnya menggunakan masa kini untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada mereka bukannya berselisihan pendapat sesama sendiri.wujudkan kembali pakatan parti yang kuat seperti dulu.bukannya rakyat dihidangkan dengan percanggahan pendapat sesama sendiri seperti isu MB Terengganu yang belum selesai.Istana adalah Institusi Melayu yang Kukuh dan sebagai alternatif terakhir untuk membela nasib Melayu.Kita sebagai rakyat sentiasa kukuh berada dibelakang kerajaan dan parti untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN masih relevan dan berkarisma untuk memerintah Malaysia berdaulat ini.Dan Istana adalah simbol Ketuanan Melayu di Tanah Melayu.Kita perlu bersama membina kepercayaan rakyat untuk negara tercinta.Apapun hasilnya kita sebagai rakyat tetap mementingkan Kedamaian untuk mencipta kemajuan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat.