Petikan Dari Bloggers Yang Mempertikaikan tindakan KDN dalam isu senjata api di halakan kepada orang ramai..
http://aloqlaloq.blogspot.com/2012/09/kenapa-kdn-terus-berdiam-diri-je-lepas.html?m=1
Lagi pasal peristiwa suka2 acu pistol kat Jasin. Sebelum itu apa kata korang
baca dulu pencerahan teknikal dari sahabat blogger jiwaparadox kat
>>SINI<<.
Dalam tempoh sekarang, dah jadi
tugas polis untuk membuat siasatan dan kalau ada kes, pendakwaan akan dibuat.
Itu kerja mereka, biar mereka teruskan.
Yang aloqlaloq nak bincangkan
pasal syarikat yang mana bodyguard itu bekerja. Aloqlaloq pelik sebab macamana
syarikat ini boleh menyediakan petugas bersenjata yang sebegini
tarafnya.
Apakah syarikat berkenaan tidak memberikan latihan yang secukup
kepada petugas berkenaan dari aspek bukan sahaja fizikal dan kecekapan tapi yang
lebih penting adalah aspek mental. Kelihatan jelas sebenarnya bodyguard
berkenaan gagal mengawal emosi dalam peristiwa itu.
Hujah aloqlaloq
didasarkan dengan ketiadaan sebarang treat dan ancaman yang boleh menyebabkan
kehilangan nyawa atau kecederaan pada tuan badan atau orang yang dilindungi.
Tiada langsung pun sapa2 orang awam yang diacukan pistol itu memegang senjata
api mahupun apa2 jenis senjata lain pun.
Jelas kat sini bodyguard ini
yang diberikan kuasa memegang senjata gagal melaksanakan tugasannya mengikut SOP
dan latihan yang diberikan. Namun terfikir pulak aloqlaloq, benarkah syarikat
keselamatan ini ada SOP dan ada memberikan latihan kepada petugas2 mereka?
Kalau ada SOP dan kalau ada latihan yang sewajarnya, kenapa sampai
sekarang syarikat berkenaan masih mendiamkan diri tanpa membuat sebarang
penjelasan?
Sepatutnya syarikat berkenaan tampil menjelaskan keadaan dan
membuat pengesahan bahawa bodyguard ini telah mendapat latihan yang sewajarnya
sebelum layak untuk memegang senjata api!
Kalau gagal berbuat demikian,
syarikat ini wajar ditutup dengan segera!!!!
Pengambilan petugas yang
secara psikologinya tak stabil, emosi dan 'sewel' sebegini sebenarnya membahaya
bukan sahaja orang ramai tapi turut boleh mencetus keadaan yang huru hara pada
hari kejadian.
Memang pelik macamana syarikat ini begitu bengong dan tak
profesional dalam membuat pengambilan petugas? Happy trigger macam ini
sepatutnya dijauhkan dari memegang senjata api!!
KDN pun apasal senyap je
lepas isu ini berlaku. Jangan lah buat2 bodoh je padahal korang yang
bertanggungjawab dalam memberikan permit dan lesen senjata api ini.
Kata
rakyat didahulukan, siasatlah segera syarikat ini. Kalau mereka jelas tak ada
atau tak ikut SOP, tutup segera operasi mereka. Takkan tu pun nak ajar wahai pak
menteri?
KDN jangan lah asik nak diam je bila ada isu. Pak hisham, keja
la wei. Nyawa rakyat terancam pun nak buat bodoh jugak ke? Tolong jelaskan pada
rakyat SEGERA!!!!
Kalau dah peluru pun dah masuk dalam chamber, keluarkan
dari sarung dan angkat acu pada orang kampung yang berdiri tepi jalan senjata,
memang ada niat la tu nak menembak. Budak kecik pun tau.
Cuma budak kecik
yang kemetot je yang buat2 bodoh untuk terus nafikan perkara ini.
Pak
menteri KDN, jangan lupa jalan tugas anda untuk kekal relevan di mata rakyat.
Kalau tu pun lembab, baik jangan jadi menteri lagi.